Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Friday, April 24, 2009

Siri Jelajah Kenari : Tanjung Dawai

Siri-Siri Jelajah Kenari

Sila Click Pada Mana-Mana Tajuk Untuk Siri-Siri Berikut



Laaa ni, jom kita zoom in spot yang aku dah landed dengan selamat.


"Jom Pi Kedah....!"
Itulah slogan yang terpampang di merata-rata area kat Kedah
pada Tahun Melawat Kedah 2008

Ini lagu yang sering berkumandang di station-station radio Kedah.
Aku first dengarq lagu ini pada tahun 1992,
bila aku pertama kali balik Kedah selepas kali terakhir 1984 tinggalkan Utara Semenanjung pindah ke Kuala Terengganu (Aku dok Terengganu 1984 - 1993).

Mai chek oi mai chek mai.
Kita ke negeri Kedah.
Mai oi bagi ramai. Jamu nasik kawah.
Naik kapai terbang (plane). Turun Kepala Bataih(Kepala Batas).
Makan toksah bimbang. Kami banyak beraih (beras).
Ikut lebuhraya teruih (terus)ke Kayu Hitam.
Jaga check (kataganti nama) oi jaga. Reta meneru neram.
Reta meneru neram (kereta menderu menderam laju).
Mengkala mai (Apabila datang) Kedah. Singgahlah ke Pekan Rabu.
Minum nira nipah. Makan emping kerabu.
Kotlah rasanya penat. Jom pi ke Langkawi.
Langgah ayaq(air) gamat. Minumlah ayaq (air) tongkat ali.
Langgah ayaq gamat. Muka naik seri.
Kedah sudahlah maju. Dak lagi lagu (tak lagi macam) la dulu.
Rumah serba baru. Kenduri ada selalu.
Kelih sana sini. Pembangunan serata negeri.
Ada mesin padi. Ada kilang besi.
Melawak (gurau) orang Kedah. Jangan cepat terasa.
Toksah dok kisah. Berkawan cepat mesra.
Berkawan cepat mesra.


Berjalan menyusur pantai... itulah laluan yang akan ditempuhi sejurus sebelum menjumpai Pekan Tanjung Dawai.

Di kanan jalan adalah pantai yang menyajikan panorama Selat Melaka.
Selat Melaka, nun di lautan lepas, saujana mata memandang.
Oh, aku mula terbang ke kurun ke-2 sebelum masihi.
Macammana agaknya jika kau seorang aku berdiri di hentian ini pada kurun ke-2 sebelum masihi?
(oh, apakah yang aku merepek ini... makhluq...! Spoil the thing!)


* Yang kat dalam gambor ini bukan aku,
itu adik bongsu aku Halimah As-Sa'adiah
masih study form 5 Mara Junior Science College, Pendang, Kedah

Tak ada orang nak tangkap aku berposing, so tak adalah muka aku kat dalam nih... *



Yang kat belakang jadi backround itu bukanlah sebuah pulau,
(mula-mula ingatkan pulau, nampak half ajer, mana nak ingat)
masa nak buat artikel ini puas aku compare & refer Google Earth
dengan replica mukabumi Kuala Muda - Yan yang aku tempek kat posting sebelumnya.
Model mukabumi itu aku snap dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Itulah dia seberang sana Muara Sungai Merbuk
iaitu Tanjung Puteri yang amat terpencil & Teluk Nipah.

Tanjung Dawai.
Sebuah perkampungan nelayan. Punyai ciri-ciri pekan koboi.


Scenario & Observation:

Sebuah pekan yang agak ke'koboi'an masih menebal ciri-cirinya.
Ada kedai mamak, ada kedai makan Cina, tapi Melayu tumpang jual nasik lemak kat kaki lima,
kedai runcit (aku tak perasan pulak kedai Ah Meng ker, kedai Lim Tat ker, kedai Weng Heng)

Rumah-rumah kayu bertiang separa reput , dah melekat tunggul-tunggul teritip laut
kesan air pasang...

Rumah-rumah batu (buat sikit-sikit renovation) banyak yang baru dibina di celah-celah rumah kayu yang sesak padat macam kawasan setinggan...
Kelihatan jelas kesan air naik di dinding batu rumah tepi-tepi kuala sungai ini, kesan air naik & banjir

Kelemahan Pekan Tanjung Dawai:
1. Jalan selorong, kalau sampai simpang, siap sedialah, mana nak reverse, mana nak go ahead, mana nak mengelak... mana nak merempuh...

2. sistem pengaliran & peparitan & kumbahan

3. Aku tak dapat bayangkan kalau berlaku kejadian kebakaran...
macamanalah 'evecuation plan' penduduk kat sini...

4. Garbeach


Kenapa dinamakan Tanjung Dawai?
Pernah dibina pagar dawai di sekeliling kawasan ini
untuk tujuan ketenteraan , untuk strategi pertahanan agaknya.

Tak dapat dipastikan oleh penulis dibina oleh tentera apa.
Tentera Siam? Tentera Kedah? Tentera British? Tentera Jepun?
Tapi aku rasa oleh tentera Kedah (banyak perang saudara di masa silam nak rebut kuasa, sebab empayar Kedah-Siam besar sangat sampai ke Burma, Kemboja nun... banyak raja-raja daerah yang bergelut berperang agaknya)

Kalau ikut Naim Firdausi dalam comments on tajuk "Sejarah Realiti Raja Islam Terakhir"

Tanjung Dawai (Than Wai) – pertahanan awal



Banyak sungguh kambing-kambingan berkelompok berkeliaran di sini.
Boleh naik bot penambang nak cross Kuala Sungai Merbok...
Kalau naik dari jeti Tanjung Dawai akan mendarat di Pantai Merdeka.


Di Tanjung Dawai banyak produk hasil laut
seperti ikan kering (salah satu ikan kering yang paling digemari ialah ikan talang),
belacan, ikan bilis, udang kering, sotong kering & tak tersebut senarainya.

*lokasi ini di sebelah Masjid Tanjung Dawai,
ada banyak bot-bot besar & kapal besar terdampar sebab dah lupus & dah expired,
tengah hujan nih tangkap gambar,
husband & anak-anak tunggu kat dalam kereta dalam 70 meter... layan*


Juga ada satu pusat ikan bakar kat sini.

Curiosity: Melalui pembacaan orang Arab Badwi menternak kambing & biri-biri di kawasan padang pasir yang ada sikit-sikit rumput.
Tapi kebanyakan coast yang aku pergi,
aku dapati banyak sungguh kelopok kambing,
tak kiralah kambing hitam atau kambing putih bersiar-siar di sini.


* Kuala Muda, Kedah*

Contoh:

Kuala Muda, Kedah
Pantai Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Tanjung Dawai, Kedah.

Kambing nih, mereka buat aktiviti apa kat tempat-tempat macam ini?

A) mendapatkan bekalan garam-mineral yang mudah & meluas
B) mengutip lambakan sampah terbiar, sumber protein utama & plastik utama
C) tarikan semulajadi kepada pengunjung dengan gelagat ikhlas mereka
D) mereka pun macam manusia nak hilangkan stress & menikmati alam semulajadi
E) nak rapatkan relationship sesama mereka , team-building activities
F) lari dari asrama yang disediakan oleh tuan mereka

4 comments:

  1. thanks for sharing..
    minat sangat aku kat info dan foto berkenaan Raja Bersiong ko tampal tu

    ReplyDelete
  2. Raja Bersiong ramai hanya tahu versi
    Prak Ong Maha Puthisat...
    Derang ingat Raja Bersiong itu keturunan Gergasi agaknya...

    ReplyDelete
  3. bila baca pasai tanjung dawai ni... tingat pulak pada seseorang yang berasal dari daerah ini.. dan sebab ingatan yang mendalam nilah membawa ambe sampai ke tempat ini suatu ketika dulu...

    ReplyDelete