Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Sunday, November 2, 2008

Chime Long Safari Resort & Convention Centre ... Jom ...!

"Wow....!" and there were also "Whoaaaa!!!"



I like it. I like the concept & the theme applied to the hotel.
Yet, some might protest - whoever care... against animal cruelty...



It's an exclusive five-star convention hotel located in China's only Safari Park area.
The hotel's design and decoration utilises open space and natural materials to create a relaxing environment with the ambience of the wild outdoors.



Once you step into the entrance, you can smell lavender fragrance everywhere...
Cool!


Look, this is the ideas when the lizard turn up to be a crocodile.
I should snap some photos when we having tea time at "Crocodile Bar" next to Flamingo Atrium.

Stuffed real crocodiles every where.... near your sofas, next to the pillars, they attached in crawling motion on the wall... (ingat cicak ker?)...

There was about 20 crocodiles inside "Crocodiles Bar"

All stuffed real crocodiles in "Crocodiles Bar" average size is about 5 to 6 metres.
Small.


Tengok kat gambar memanglah kecik. My handphone camera tak boleh zoom...
Ekor dia ajer muat nak taruk badan manusia sebesar badanku itu...




I put on weight drastically. Obviously 5 kgs in 5 days!
Every day I drank 2-3 glasses of fresh milk (China Milk Scandal? I didn't care, I put trust!
So many white peoples either consumed milk products without being hesitate).

Morning time, 2 omellettes... with mushroom, cheese, tomatoes inside... salmon steaks... aha..


Jangan main-main ,...
Ini bukan Thailand Chicken
Ini Thailand Crocodile...

Mari kita lihat profile dia;

panjangnya 5.58 meter... berat 2,500 kilogram....
umurnya ketika mati : dekat-dekat 60 tahun

Ada dua ekor yang sama besar macam ni diaorang lekat kat pillar.
Laki-bini agaknya,... sehidup-semati kononnya.



In Flamingo Atrium, the hotel captivated a flock of beautiful flamingos in natural set-up.


I noticed that among flamingos there, there were some with darker pinky-peachy shades, some of them have brighter tones... Why?



At first I thought they came from different groups...
But after I saw they use to feed the flamingos with food containing heavy pinky-peachy coloring, I started to think different way.....



Is the color of the feathers depends on food absorbation or its it just like that...?

In addition, to bring me even closer to the safari, there's two White Tigers under White Tigers Atrium, where we can have a morning breakfast just separated by glass sheets away from the tigers.




Don't forget, just be alert.... banyak sungguh bangkai-bangkai binatang di sini....
Cuba cari binatang-binatang tersembunyi... ada ajer terselit di celah-celah sudut, di balik pintu, banyak betul...



There were also Mr & Mrs Giraffe, Gnu, Antelope, Deers, Cheetah, Leopard, White Tiger and many more dried-stuffed real animals....


Hmmm... for those who never been here before, after all I say ... this Chime Long Hotel lebih kurang macam Genting Highlands (in terms of road structure & entrance) and somewhere similar to Sunway Lagoon Hotel Resort & Convention Centre (in terms of decorations & concept)...




On my last day here, during check-out I received a suprise... They suddenly gave me a gift... Baby White Tiger toys... I was questioned why I was the only one there handed the gift.... Oho... then they sang me a "Happy Birthday" song.... hu,hu,hu.... terharu...

Friday, September 19, 2008

Tak Ke Mana-Mana, I'm Stuck...

Hmmm... Ramadhan sudahpun melepasi fasa pertengahannya.
Syawal bakal menyapa.
mind
heart
body
soul
Aku rasa frekuensi chahaya sudah makin laju...
sebab itu sekejap sahaja 24jam yg diperuntukan untuk manusia.
pendek sahaja tempoh satu hari.
Mungkin 2 hari sudah di 'compress' menjadi satu hari.
Maka 2 hari dahulu 'bersamaan' dengan satu hari sekarang.
mind
heart
body
soul
Aku sebagai buyer Jusco busy yaa amat dengan launching Festive merchandise, dari cushions, curtains, seasonal ornaments & bla-bla- bla...
dah seminggu aku tak duduk atas kerusi panas di opis tuh...
Asik turun padang out-station store visit memanjang...
ke Johor Bahru, Penang... (Aku pun tak hingin sebenarnya)
mind
heart
body
soul
Aku sebagai ibu, baru 2 hari berbuka puasa dengan puteri tengah & putera bongsuku.
Lantaran mereka berada di Jengka 13, Putri Malu, Pahang.
Ini hari aku akan pulang seorang ke Tikam Batu, Sg. Petani, Kedah untuk beramah mesra dengan putera sulongku.
mind
heart
body
soul
Aku sebagai isteri, saban petang bertolak pukul 6.30 petang, sampai bangunan KWSP KL dekat Laman Tuanku Abdul Rahman (next to Colliseum) aroud 7.10pm sanggup demi berbuka puasa bersama-sama di gerai Bazaar Ramadhan kitaorang di sana...
Kat Jalan Tuanku Abdul Rahman....
malam sahur kat kedai mamak Jasima, Tmn Tun Dr. Ismail.
mind
heart
body
soul
Raya kali ini agak sederhana.
Aku banyak yang hendak dipaparkan...
Tapi semenjak notebook Fujitsu aku rosak data card dia...
Semenjak laptop Toshiba aku screen black-out...
Aku tak boleh berbuat apa-apa...
mind
heart
body
soul
Aku nak terus mencatat & merekod.
Mungkin, kita jumpa lagi selepas Raya yaaa kawan-kawan...
mind heart body soul
*****Salam Eidul Fitri*****
**MAAF ZAHIR BATIN**

Wednesday, August 13, 2008

Leaving For Seberang Prai City : New Store Opening...

Ohhh, pening for opening new stores.

*** Aku tengah prepare nak buat schematic & tengok overall view 1st floor General Merchandise & Specialty Store lay-out, besar seyyy... berapa square feet? Nak dekat 4 padang bola sepak, department aku saja besar half padang bola, member-member lain pegi makan malam kat mamak Nasi Kandar Mustafa kat bawah sana ***

Ini bulan 8 memang wulan gila.
MAAF. Gila di sini bukan gila from The Creator.
Tapi gila perasaan yang di ada-adakan oleh orang yang berasa bagai nak hilang aqal kalau tak berbekalkan sabar & kekuatan mental.

18th July :attend up-grading test (soalan sikit punya giler.. study bagai nak rak seminggu lamanya.. beli buku lagi IT'S NOT ABOUT A COFFEE : Leadership Principles from a Life at Starbuck... baca 2nd page aku dah lelap.. layan Astro Tom Tom Bak Uncle Aznil lagi best!)


***Manual punya 'schematic plan'... plan duduk letak, mana nak parking barang atas shelf based on assortments of produts & category, hand-writing lagi... pukul 1.30am 6th August aku masih buat kerja, room-mate aku Sumirah yang tengah pregnant 7 bulan dah tidur***


5th August - 7th August : Pastu aku pegi hand-over fixture selling floor both specialty stores & supermarket for my department kat Bandar Perda, Seberang Prai City. Orang sibuk nak Pilihanraya Permatang Pauh (5km jer...) sampai hotel sumer penuh... Aku duk Sunway Seberang Jaya kat Parkson Sunway Carnival Mall tuh...

8th August : aku attend Line Meeting di Jusco Wangsa Maju pakai kasut nyah buat show.
Kena buat presentation Hari Raya 2008 goodies... Soft Furnishing, theme, concept & strategies for Jusco this year...

*** Sekotak RM12.00, aku beli kat Jusco Taman Maluri,
cashier tuh tanya, "Aiii kak? Puasa belum lagi dah beli kurma?"
Aikkk, puasa belum lagi pasal apa Jusco jual kurma yaa - Orang menjual, aku membelilah...
takkan orang nak menjual, aku nak mencuri pula?
Hisyyyhhh... kok yer pun nak berbasa-basi dengan aku...
memanglah kita retailer nih kalo buleh
nak take as much as opportunity buat sales as much as we can...


Cheh, aku makan kurma 365-366 hari setahun... (tipulah)... Tiap-tiap minggu aku makan kurma dengan kadar kekerapan seminggu 3x... aku makan species Kurma Mariami sahaja, species lain wa tak minat... Melainkan Kurma Nabi... lazat sungguh ***


14th August : Up-Grading Interview, nasib baik aku kena session number 2 pukul 10.30pagi... Kalo kena petang, mau aku ber'quarantine' dalam MPH bookstores kat 1st Floor tuh, study buku Management & Leadership sampai turn aku.

*** Trademark Bandar Perda, sumer bangunan, rumah kediaman, lot kedai, pejabat kerajaan ada tiang ala-ala Roman ker Greek ker? Cuma aku tak pasti sama ada reban ayam atau reban kambing diharuskan mengadaptasikan ciri-ciri seni-bina purba-classic nih... Memang pembaziran yang nyata kat situ... Membazir duit rakyat ***

15th August sampai 24 August: Aku turun Seberang Prai City lagik... Hotel penuh. Kitaorang kena duduk Hotel Sunway Georgetown la pulakkkkk... apa punya jauh sungguh. Letih lah makchik...



Masuk nih, aku dah berpengalaman bukak banyak new store.

1. Jusco Metro Prima Kepong (as Section Leader... operation side) year 2004
2. Jusco Tebrau City, Pasir Gudang Johore (as purchaser-merchandiser- designer) December 2005.
3. Jusco Taman Equine, Seri Kembangan (as purchaser-merchandiser- designer) June 2006
4. Jusco Cheras Selatan, Balakong (as purchaser-merchandiser- designer) Early November 2006
5. Jusco Queensbay, Penang (as purchaser-merchandiser- designer) End November 2006
6. Jusco Bandar Sunway, Subang (as purchaser-merchandiser- designer) Bulan Puasa October 2007. Asik ingat AIR - WATER FOR LIFE~SAHAJA....
7. Jusco Bukit Tinggi, Kelang (as purchaser-merchandiser- designer) Nak Christmas 2007.
8. TIGA Neighbourhood Shopping Centre MAx Value : a) Pearl Point, b) Desa Park City, c).Ampang
9. Jusco Seberang Prai City, Bdr Perda, Seberang Prai, Pulau Pinang. August 2008.

*** Ini Houseware Department : Kitchen & Dining... Macam katil berek tentera sahaja... ***

*** Sports Department ***


*** Supermarket Area ***



Dah sepuluh new store aku buka rupanya.
Penat sungguh.
Kat Jusco nih,
merchandiser tak macam buyer kat Parkson ker, Tesco ker, Giant ker, Carrefour ker...

Ko kena buat dari mula sampai follow up after sales solution... everything lah...
patut asik2 high blood pressure.
Tempat kena aku dah macam Bursa Saham, sibuk 24 hours...
Telefon 5 minit tak berbunyi sekali tak sah!...
Cuti-cuti (macam hari nih, ada jer store operation calll...
aku dah tukar nombor rahsia 018-... baru aman...)...
tapi kalo can not be reached by Senior Manager ker hapa, masak aku bila balik opis...
kena lecture lah pulak...


Aku yang kena design fixtures, lay-out, drawing sumer bagai ngalah arkitek Mesir...
Build from Scratch kata orang...
Pastu kena filter 4-5 kali, ammend, color concept... kena buat innovation something new...

Develop product apa yang ko nak kena jual.
Setting harga, setting untung, setting sales per square fit...
Plan event apa nak wat... based on Customer Behaviour Study...


Meh lah, aku dah borinkkk katak dah crita kerja-kerja & tugas-tugas rahsia aku tuh...
Kat atas tadi aku nak tunjuk macammana rupa departmental stores sebelum customers hatta staff depatment tuh sendiri masuk (ini dah kira untung, manyak bersih wooo)


Kena pakai topi kuning construction tuh.. helmet... ya helmet.
Akulah orang pertama masuk selepas construction department masuk... kena handover dulu... > pastu aku handover kat Line Manager...

Kalo nasib baik, masuk dalam building tuh dah ada air-cond.

Kalo nasib tak baik,
air-cond tak ada, line handphone pun tak ada, penuh habuk simen...

Pulak tuh bulan puasa, nak naik elevator (lift) pun tak buleh,
escalator lagila tak buleh...
naik anak tangga nak sampai 70 anak tangga
(5 tingkat aku kira masa kat Bandar Sunway dulu)...
toilet sikit punya jauh, air supply..
eh... maksudku Water Supply pun belum masuk toilet lagik...

HAAA CUBA ANDA BAYANGKAN YANG BUKAN-BUKAN

Aku rugi tak suruh orang tangkap gambar aku tengah mengamuk masa tuh...
Passageway sumer tak boleh dijalani,

merchandise + bundles + carton box + cart rack + Trolley barang + empty boxes penuh...

AKU memang bawak luggage besor macam nak pegi China itu hari.
Jeans 5 pasang, boot sepasang, sneakers sepasang,
mineral water botol besor 4 botol...

100 Plus 2 Botol Besor... Pouch Bag... Knapsack...
tak lupa buah Kurma Mariami.

Saturday, August 9, 2008

Dah 2 Tahun Tak Naik LRT, Inilah Jasanya...

Adeihhh...
Dah ler pakai high heels 3 inci,


Sebelum naik kena jalan 500 meter menapak ke stesen Wangsa Maju
Nak tukar tren kena menapak & mendaki kat 150 meter.
Dah turun menapak 300 meter dari Stesen Maluri...

Tersungkur, tersangkut, tersadung, terpelecok, tergelincir, terpoeleot... semua ader...
Pikul beban kat 12 kilo...
Macam orang jual barang-barang dari rumah ker rumah
sebelah bag besar pegang belah kanan,
satu lagi pegang belah kiri
Tak daya sungguh

Kalo aku tahu... aku bawak kasut 'air-walk'...
Tak der ler leceh...

*** Boleh? Si Fauzi kata kasut aku yang 3 inci dia punya heels nih
kasut nyah buat show atas stage?
Kasut ni la yang aku pakai sampai terpelecok on the way ke LRT Station Wangsa Maju,
oh, mak aku terpeleot! ***

Dah tuh, kat stesen Masjid Jamek...
Nak tukar LRT PUTRA ke LRT STAR...
aku tak tahulah pulak ada renovation lorong tutup...
kena cross terowong sampai kat seberang sana belah Masjid Jamek, tepi Burger King tuh...


Pastu aku melintas balik sebelah Mc Donalds pulak...
Beli tiket punya azab.
?

Apa korang pikir
Ada 5 lane
A,B,C,D,E
Lane C & D , each line takat 20 orang tengah queue...
Lane B ada 2 orang...

Apa tindakan anda di Lane C?
Mestilah korang pun tukar Lane C ke Lane B cepat-cepat,
(setelah teragak-agak & tercegat-cegat nak pastikan Lane B tu berfungsi).

Aku & manager aku Mimi pun pegi Lane B.
Lane C & D dah bergerak cepat.
Lane B dah tak gerak-gerak lagi.
Ramai giler customer lain queue belakang aku & Mimi...

Habis customer yang 2 orang tu berurusan,
staff tu pegi kat belakang, ntah buat apa ntah, buat derkkkk jer, panggil tak layan...
(laaa? Tutup ka?)
aku & Mimi bergerak ke belakang nak queue balik kat Lane C...
Acaihhhh... elok-elok jer pastu staff tu dok balik kat kaunter,
apa lagi orang-orang yang kat belakang aku pakat senyum-senyum kambing...

...CHEH! Lepas bayar fees, aku bancuh akak kaunter tuh cukup-cukup
bla-bla-blah... kot yer pun bersuara ler sikit bila kami nak turn... aku bengang tahap gaban nih...

Mimi & Fauzi naik Tren ker Sri Petaling...
Tinggal aku sowang-sowang naik Tren ker Ampang...
Sampai kat Stesen Maluri, (aku tak ingat nak turun, aku lupa asik ingat kaki sakit jer)
Nasib baik aku sempat baca sign board yang sipi-sipi nampak tuh.
aku bukak kasut - meh nak jalan kaki ayamlah pulak ke JUSCO headquarters...

Aku beli 4 tin REDBULL,
take time dalam kereta minum... pastu start enjin... sampai umah pukul 10 malam...
(elok-elok boleh sampai umah pukul 7 malam).

Hari nih, dah ler aku terbangun pukul 8.36pagi.
Masuk keja pukul 9 pagi.
Pukul 9.42 baru nak terkocoh-kocoh start keta..
Aku bawak 100km/hour
Dalam hotak siap buat calculation;
Sg. Penchala ke Tmn Maluri Cheras about 22km.

100km/hour will = 1 hour to reach HQ
so in 1/2 hour to reach my work place = boleh pegi takat 50km

in 15 minutes? = habih kuat aku boleh lari sampai 25km...

Weiyh... dalam town weiyh... kang ada patrol car kejar aku kang...
Tolak brake, tolak junction, tolak traffic lights, tolak roundabout?
Tolak jalan bila dah turun keta?

Haduish... perderas 120km/hour...


RESULT: 9.03 am swipe in



Sabtu aku tak pakai kasut dalam opis ke sana- ke mari... Siksa.

Thursday, August 7, 2008

Aku Punye Febret... Rempeyek... Besh Giler...

Weihhh... kelmarin dulu 5hb August 2008
semasa dalam bas ke Seberang Prai, Pulau Pinang
aku dah buat nazar...
Kalaulah hajat aku sampai, termakbul, aku nak buat kuih ni.....
edarkan kat member-member aku dalam opis secara free...

Tataw kenapa, aku pikir-pikir cari nazar yang senang nak ditunaikan...
... ini aku sanggup, aku tahu makan ajer kuih rempeyek @ tempeyek nih...
buat tak pernah...
.... resepinya aku dah kumpul macam2 version...
version wong jowo jugak yang aku berkenan...

aku paling suka rempeyek yang pakai tempek & leret ajer kat tepi kuali nun... versi selamba
... tak payah pakai acuan... Super leceh pakai acu-acuwan nih...
Leret biar tinggi nilai seni dia, tak kaku gitu...
Yang lebih afdal : dapat rempeyek yang besar-besar gigantic gitu...

*** Nih gambar yang sungguh amazing aku ambik kat blog Mat Gebu, ada link dia aku taruk kat belah kanan blog aku nih... Ya Allah, lemaknya, rangupnya, crunchy sungguh mempersona kuih rempeyek kat dalam gambar tuh...***


Ni, aku close-up pulak gambor rempeyek yang terlalu duk 'kontrol ayu'... apa nih, bulat-bulat tak berseni, tak ada peluang untuk berkarya bebas..
Tepung dia 'makan minyak', tak ada taste ketumbar jintan...
Nasib baik kacang penuh... tarak kedekut piang...
Aku beli 3 seringgit, kat warong Indon belakang Jusco Taman Maluri Cheras,
dekat depan kedai pasang NGV kereta.

*** Gerai baru dikuak tingkap, aku parking keta ala Tokyo drift tepi car wash tuh,
terus pegi duduk kat bangku pangkin, order kopi suam... pukul 7.15 pagi... tadak orang lagih...
Selalu kalau dah pukul 8 pagi aku malas singgah sebab banyak orang laki kat situ,
pakcik-pakcik teksi duk lepak ***


*** Trima kasih Mat Gebu... blog anda sungguh mengenyangkan saya...
cheyyy... promote sikit,

hmmm... yang ni pun menyelerakan, lebih-lebih lagi kena dengan ikan bilis yang dibelah dua stock fresh mari... fuyoh! ***

Aku kalo hari raya jarang masa jalan umah orang (pegi beraya) makan kuih-kuih cookies @ biskut raya... tak larat weihhhhh... sedih!
Aku mesti cari rempeyek, krepek pisang, krepek ubi... popia mini... keripap mini...

Masa aku kecik (takat tingkatan 4 tuh noleh kira kecik lagi ker?)
Aku mesti usung tong repeyek atau krepek pisang ker, krepek ubi ker
kepit celah ketiak makan sorang-sorang, sorok.
Kuih species lain aku tak pandang dah...

Kuih yang paling aku tak minat?
Kuih samprit & kuih sepit.
Sedih.

Sunday, August 3, 2008

The Lost World: Tinggalan Penempatan Pesakit Kusta, Sungai Buloh

Saya pun tak tahu
bagaimana untuk memulakan penceritaan tentang sesuatu yang sudah dilupakan.
Juga saya tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan kata tentang suatu penyakit yang kini boleh dikatakan berada pada satu tahap - pupus.


Adapun sebelumnya saya tahu secara kasar di mana lokasi 'Hospital Kusta' Sungai Buloh dan saya juga tahu jalan untuk ke situ.



Suatu malam, my husband telah ketemu sama seorang yang ada-ada di sebuah kedai mamak yang bergelar Restoran Jasima di Jalan Burhanuddin Helmy, Taman Tun Dr. Ismail. Sambil borak-borak dengan Sham ketemu dengan si ada-ada itu. Sham bercerita mengenai pencarian tapak untuk mengusahakan ternakan puyuh - si kecil yang penuh potensi.

Si ada-ada menyarankan
agar suami saya pergi meninjau ke belakang Hospital Kusta tengok apa yang ada...

Lantas keesokan paginya saya sebagai penunjuk arah telah membawa keluarga saya ke lokasi yang dimaksudkan...


Agak terpana & tertanya-tanya juga saya kenapa ada banyak rumah-rumah bersaiz mini (kini jadi rumah tinggal) dibina di suatu penempatan yang agak terpencil, tersorok, di pinggir bukit-bukau (saya sampai ke sini tahun 2008, cuba bayangkan keadan tempat ini pada 30 tahun nan lampau...)



Jalan 'off-road', kawasan rumah di kawasan yang agak berbukit-bukit,
sekali tengok macam kat daerah Laos atau Burma... atau Indonesia sana...


"Bang, sini ada rumah sewa tak?" aju suami saya pada seseorang yang jelas saya kira warga Indonesia.

"Tak ada rumah sewa, sini rumah orang sakit".
Terpinga-pinga kami. Rumah orang sakit?


Akhirnya saya membuat rumusan,
penempatan ini bukanlah bekas quarters pekerja Hospital Kusta, tetapi lebih menjurus kepada tempat pengasingan untuk pesakit kusta. Dibina penempatan mereka di daerah yang terpencil ini. Di beri kegiatan/aktiviti ekonomi untuk mereka usahakan.



APAKAH PENYAKIT KUSTA ?

Penyakit berjangkit yang kronik yang melibatkan kulit dan urat saraf.


***Bersumberkan Website Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang ***

APAKAH YANG MENYEBABKAN KUSTA ?

Kusta disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil `Mycobacterium Leprae'

JENIS KUSTA
Kusta ada 2 jenis iaitu:

* Paucibacillary - calitan toreh kulit negatif
* Multibacillary - toreh kulit positif


RAWATAN

Dengan rawatan cara baru, iaitu MDT (multi Drug Theraphy), jangka masa rawatan adalah 1 tahun untuk jenis Paucibacillary dan 3 tahun untuk jenis Multibacillary.


***Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas***

Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen,
merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae.
Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G.A.Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.

Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan.
Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta.
Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik.
Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.

Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadillo.

Banyak rahsia yang tak pernah terungkap dan diketahui pasal tempat ini.
Menurut si ada-ada
(quite somebody yang berkedudukan jugaklah kalau ikut cerita suami saya),
kalau nak tanah free, pergilah ke belakang Hospital Kusta Sungai Buloh itu.


Tanah kat belakang Hospital Kusta itu free
kepada sesiapa yang berkenan untuk mengusahakannya atau membangunkan kediaman - sehinggalah diambil balik oleh kerajaan.


Tanah belakang Hospital Kusta itu sesuai sekali untuk mengusahakan aktiviti pertanian & penternakan. Haaa, kalau nak tinggal di rumah free pun boleh. Ada pondok, banglo pun ada.

Sebahagian lagi rahsia & maklumat yang tak dapat saya paparkan di sini
atas sebab-sebab dan tujuan tertentu.

Sebelum ini umum sedia maklum
bahawa pusat landscape, bunga-bungaan, pokok hiasan dan nursery yang terbesar dan popular
bertumpu di sepanjang tanah rizab jalan utama dari Sungai Buloh ke Kampung Melayu Subang.
(Terdapat kira-kira 44o lot tanah rizab diusahakan oleh majoriti bangsa Cina membabitkan business landscape, nursery dan tanaman hiasan).


Tinjauan kami pada Sabtu 19hb Julai 2008 hari itu, pukul 11.30 pagi
mendapati kawasan itu dibanjiri oleh banyak kenderaan kecil dan besar di pinggir kanan jalan mahupun kiri jalan.


Rupa-rupanya tempat ini juga menjadi lokasi pusat landscape, bunga-bungaan, tanaman hiasan. Orang ramai, kebanyakkannya penduduk tempatan berpusu-pusu membeli produk untuk menghiasi laman mereka. Banyak sekali tanaman orchid, pokok gantung dalam pasu, rumput Manila/Rumput Filipina (rumput carpetlah tu) di jual di tanah belakang Hospital Kusta itu. Terasa bagai berada di mini Cameron Highland pulak dalam suasana begitu.

Dalam ratusan rumah-rumah tinggal di belakang Hospital Kusta tersebut,
kami dapati hanya sebuah rumah sahaja dihuni oleh seorang Melayu.
Majoriti selebihnya dimanfaatkan oleh kaum Cina.
Terdapat juga 20-30 orang warga Indonesia yang menjadi tenaga kerja tinggal di kawasan belakang Hospital Kusta itu. Wah, nampaknya kaum Cina pandai memanfaatkan kemudahan, nikmat tanah free tanpa mengambil kisah kedhaifan kawasan itu.
Rata-rata halaman rumah tinggal di situ sudah menjadi tapak semaian/nursery - tumbuhi (akibat dek ditanami) pokok-pokok hiasan, bonzai, pokok orchid dan rumput Manila.

Ada papan tanda tunjuk arah 'Surau & Church"... tak jumpa pun surau (untuk warga Indonesia Muslim agaknya), yang kami jumpa gereja sahaja. Jumpa satu kindergarden. Tapi sungguh dhaif lagi menyeramkan sahaja....

Betapa saya tak dapat bayangkan jika terpaksa tinggal di situ.....

Sunday, July 27, 2008

Puyuh: Si Kecil Yg Penuh Potensi

Kami sekeluarga sekarang sudah asyik berulang -alik 'menziarahi' kedai haiwan
mahupun ladang...
Baik di Tmn Tun Dr. Ismail, Kuala Selangor,
Sg. Serai di Kuang, ke Kepong, Sungai Buloh, Pasar Pudu (Pasar Pudu nih best bagi orang yang suka bela ikan, aku gila banyak ikan macam-macam species dalam besen & beg plastik, aku lupa bawak handphone hari tuh )...
serata lokasi habis kami tinjau
untuk mendapatkan harga terbaik...
terbaik bagi harga makanan, harga anak puyuh dalam usia 20 hari dan lain-lain...

Ini adalah lokasi pertama bagi kami membeli DOQ (day old quail) atau starter puyuh.
Kami beli 100 ekor anak puyuh usia 20 hari...
Lokasi: Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor

Tuan punya kedai tengah me'loading' anak puyuh sebanyak seratus hekor
ke dalam kotak yang telah di tebuk-tebuk agar anak puyuh tidak mati kepanasan.


"Assalamualaikum!" ucap Si Tiung Mas menyambut ketibaan kami sekeluarga.


Ayam katik sepasang RM250.00

Si Kecil ini udah tak sabar-sabar meninjau dari dalam kotak
semasa perjalanan balik dari Sungai Buloh ke Sungai Penchala...


Upacara memindahkan puyuh-puyuh dari dalam kotak ke dalam sangkar.
Satu sangkar kapasiti = 100 ekor.
Tapi kami taruk satu sangkar = 40 ekor sahaja.


Atiqah very excited nengok gelagat puyuh
yang kelihatan 'caca-marba' kena environmental shock.


Dari anjung gubuk burukku,
aku melihat perbincangan giat dijalankan untuk membuka penempatan puyuh di bawah naungan pokok-pokok rambutan yg telah ditanam sejak tahun 1968 ini...

Aku tak dapat imagine apa akan jadi kalau kat sini jadi ladang puyuh...
Uishhh... ini adalah area anak-anak aku naik 'hammock'.
Kat bawah bukit kecil ini adalah jalan besar.

Kandang koloni puyuh, (1 meter persegi), kapasiti = 50 ekor, nisbah jantina;
10 puyuh jantan : 40 puyuh betina.
Ini adalah skala untuh pemeliharaan biasa, bukan untuk tujuan pembakaan.