Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Sunday, August 3, 2008

The Lost World: Tinggalan Penempatan Pesakit Kusta, Sungai Buloh

Saya pun tak tahu
bagaimana untuk memulakan penceritaan tentang sesuatu yang sudah dilupakan.
Juga saya tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan kata tentang suatu penyakit yang kini boleh dikatakan berada pada satu tahap - pupus.


Adapun sebelumnya saya tahu secara kasar di mana lokasi 'Hospital Kusta' Sungai Buloh dan saya juga tahu jalan untuk ke situ.



Suatu malam, my husband telah ketemu sama seorang yang ada-ada di sebuah kedai mamak yang bergelar Restoran Jasima di Jalan Burhanuddin Helmy, Taman Tun Dr. Ismail. Sambil borak-borak dengan Sham ketemu dengan si ada-ada itu. Sham bercerita mengenai pencarian tapak untuk mengusahakan ternakan puyuh - si kecil yang penuh potensi.

Si ada-ada menyarankan
agar suami saya pergi meninjau ke belakang Hospital Kusta tengok apa yang ada...

Lantas keesokan paginya saya sebagai penunjuk arah telah membawa keluarga saya ke lokasi yang dimaksudkan...


Agak terpana & tertanya-tanya juga saya kenapa ada banyak rumah-rumah bersaiz mini (kini jadi rumah tinggal) dibina di suatu penempatan yang agak terpencil, tersorok, di pinggir bukit-bukau (saya sampai ke sini tahun 2008, cuba bayangkan keadan tempat ini pada 30 tahun nan lampau...)



Jalan 'off-road', kawasan rumah di kawasan yang agak berbukit-bukit,
sekali tengok macam kat daerah Laos atau Burma... atau Indonesia sana...


"Bang, sini ada rumah sewa tak?" aju suami saya pada seseorang yang jelas saya kira warga Indonesia.

"Tak ada rumah sewa, sini rumah orang sakit".
Terpinga-pinga kami. Rumah orang sakit?


Akhirnya saya membuat rumusan,
penempatan ini bukanlah bekas quarters pekerja Hospital Kusta, tetapi lebih menjurus kepada tempat pengasingan untuk pesakit kusta. Dibina penempatan mereka di daerah yang terpencil ini. Di beri kegiatan/aktiviti ekonomi untuk mereka usahakan.



APAKAH PENYAKIT KUSTA ?

Penyakit berjangkit yang kronik yang melibatkan kulit dan urat saraf.


***Bersumberkan Website Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang ***

APAKAH YANG MENYEBABKAN KUSTA ?

Kusta disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil `Mycobacterium Leprae'

JENIS KUSTA
Kusta ada 2 jenis iaitu:

* Paucibacillary - calitan toreh kulit negatif
* Multibacillary - toreh kulit positif


RAWATAN

Dengan rawatan cara baru, iaitu MDT (multi Drug Theraphy), jangka masa rawatan adalah 1 tahun untuk jenis Paucibacillary dan 3 tahun untuk jenis Multibacillary.


***Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas***

Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen,
merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae.
Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G.A.Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.

Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan.
Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta.
Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik.
Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.

Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadillo.

Banyak rahsia yang tak pernah terungkap dan diketahui pasal tempat ini.
Menurut si ada-ada
(quite somebody yang berkedudukan jugaklah kalau ikut cerita suami saya),
kalau nak tanah free, pergilah ke belakang Hospital Kusta Sungai Buloh itu.


Tanah kat belakang Hospital Kusta itu free
kepada sesiapa yang berkenan untuk mengusahakannya atau membangunkan kediaman - sehinggalah diambil balik oleh kerajaan.


Tanah belakang Hospital Kusta itu sesuai sekali untuk mengusahakan aktiviti pertanian & penternakan. Haaa, kalau nak tinggal di rumah free pun boleh. Ada pondok, banglo pun ada.

Sebahagian lagi rahsia & maklumat yang tak dapat saya paparkan di sini
atas sebab-sebab dan tujuan tertentu.

Sebelum ini umum sedia maklum
bahawa pusat landscape, bunga-bungaan, pokok hiasan dan nursery yang terbesar dan popular
bertumpu di sepanjang tanah rizab jalan utama dari Sungai Buloh ke Kampung Melayu Subang.
(Terdapat kira-kira 44o lot tanah rizab diusahakan oleh majoriti bangsa Cina membabitkan business landscape, nursery dan tanaman hiasan).


Tinjauan kami pada Sabtu 19hb Julai 2008 hari itu, pukul 11.30 pagi
mendapati kawasan itu dibanjiri oleh banyak kenderaan kecil dan besar di pinggir kanan jalan mahupun kiri jalan.


Rupa-rupanya tempat ini juga menjadi lokasi pusat landscape, bunga-bungaan, tanaman hiasan. Orang ramai, kebanyakkannya penduduk tempatan berpusu-pusu membeli produk untuk menghiasi laman mereka. Banyak sekali tanaman orchid, pokok gantung dalam pasu, rumput Manila/Rumput Filipina (rumput carpetlah tu) di jual di tanah belakang Hospital Kusta itu. Terasa bagai berada di mini Cameron Highland pulak dalam suasana begitu.

Dalam ratusan rumah-rumah tinggal di belakang Hospital Kusta tersebut,
kami dapati hanya sebuah rumah sahaja dihuni oleh seorang Melayu.
Majoriti selebihnya dimanfaatkan oleh kaum Cina.
Terdapat juga 20-30 orang warga Indonesia yang menjadi tenaga kerja tinggal di kawasan belakang Hospital Kusta itu. Wah, nampaknya kaum Cina pandai memanfaatkan kemudahan, nikmat tanah free tanpa mengambil kisah kedhaifan kawasan itu.
Rata-rata halaman rumah tinggal di situ sudah menjadi tapak semaian/nursery - tumbuhi (akibat dek ditanami) pokok-pokok hiasan, bonzai, pokok orchid dan rumput Manila.

Ada papan tanda tunjuk arah 'Surau & Church"... tak jumpa pun surau (untuk warga Indonesia Muslim agaknya), yang kami jumpa gereja sahaja. Jumpa satu kindergarden. Tapi sungguh dhaif lagi menyeramkan sahaja....

Betapa saya tak dapat bayangkan jika terpaksa tinggal di situ.....

5 comments:

  1. thanks for sharing... cam biasa very informative n interesting

    aku nengok gambo2 rumah2 ni dah seram...cam those cerita horror

    ReplyDelete
  2. a'ah seram...
    tapi kalah lagik darjah keseraman dia dgn teratak buruk yg aku huni sekarang...

    ... kalau tak takkanlah terpilih jadi lokasi cerita hantu, hari Sabtu & Ahad ini ada shooting kat umah aku.....

    ReplyDelete
  3. he,hek,hek...
    aku pun tak caya...

    aku tak moh cakap citer aper, nanti org tahu kebuwukan umah aku...

    ada 2 crita shooting
    satu citer antu,
    satu lagi citer 'along nak tetak orang'...

    derang dah masuk umah aku snap every angle...
    pastu the next-next day, boss dia dah datang nengok dah umah aku siap dgn dusun2 rambutan & pokok2 jati yg tinggi menjulang & bumbung umah yg angker itu...

    ReplyDelete
  4. ha dulu mak saya selalu la beli pokok2 kat area ni..ada lagi ke pon org sakit kusta kat situ?

    ReplyDelete