Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, October 20, 2012

mencari Haa Daal Yaa dan Haa Mimm Daal



aku mencari sebuah maqam, titik hentinya denyut nadiku. kalo aku mati, semoga aku mati dalam maqam tersebut. huuuuu... mungkin jauh lagi.... tak apalah... apa salahnya ber'ambisi'. 
-------
Maqam Mahmuda - Tempat Hamba-Hamba Yg Terpuji
aku mendengar do'a selepas azan. ya! mahu berhijrah...[?]
lalu aku membuka surah Al-Hijr mencari Haa Daal Yaa dan Haa Mimm Daal

.
.

Teh Hijau Heaven & Earth + Max The Hedgehog




* ...haaa... aku dah tukar gambar original 
baharu jew lepas upload from my laptop 17.11.12 @9.53pm...*

Aku meneguk buat sekian kalinya teh hijau Heaven & Earth a product of The Coco-Cola Company yg mungkin mengandungi endapan disebabkan oleh bahan teh semulajadi (dari apa yg aku baca dari label maklumat pemakanan).



Max, boyfriend yg ku sewa dgn kadar sejam USD __ (tiada jumlah yg berani diletak sebab Max bukan gigolo) dr sahabat project Tesco Back To School ku Siow Mee Liau pada apa yg berjasad serupa si landak coklat bersumbatkan dzat polyester fibre , matanya memandang aku tanpa perlu terkebil-kebil. Pegun.




Aku suka menatap wajah comel Max. Aku suka panggil dia Buah Durian. Ini mencetuskan kemarahan kawan-kawanku. Dasar Porcupine.



Mati rasa. Max diam tak kata apa-apa. Max puasa mulut, puasa telinga barangkali, puasa mata barangkali, puasa kemaluan barangkali. Aku menjengilkan mata bulat-bulat ke arah Max. Mata Max masih tetap begitu, tenang & comel. Berhala kau Max! Jadi tempat syaitan bergayut sana sini.
.
.



Ma'arifat Kacang Tanah Mengelembu 19.10.12


       Joo Lim Tenh dgn kadar 0.5hasta/saat melangkah teratur ke merchandise centre demi mengelolakan Chinese New Year Event Final sign off oleh COE Asia Region berbangsa Korea… biar aku letak namanya sebagai Encik SYJ.




       Aku duduk tekun menaip di meja, sambil mengelola rakan-rakan sekerja sekitar radius 17 hasta dari kerusi officeku. Mata kanan ku, eyh mata kiriku pun sama …eyh mata batin ku mana cicir? Pineal Gland macamana plaks… turut sertakah?... Sambung balik… Mana tadi mata kanan & kiri ku menyapu bungkusan luar Kacang Mengelembu Cap Tangan Ngan Yin. Wahhhh begitu mengujakan. Seakan tahu , seakan macam-macam tahu aja isi kacang yg lemak masin manis semua cukup kat dalam tu macamana feel dia. Ini kah yang dikatakan oleh kebanyakan org kat review di blog-blog makanan sebagai ma’arifat?


       Aku ingat macam-macam. Ingat Chacho’s (are irresistibly light & crispy, unlike ordinary tortilla corn chips), aku ingat Lipton Infusion Camomile Tea, aku ingat Sunview Certified Organically Grown Jumbo Size Red Seedless Raisins, bahkan ingatan aku melayang pada kari kambing pada sepinggan nasi putih kat kedai mamak Q-Bistro kat ground floor tu haaa… Astaghfirullah-alAdzhim… Aku sudah jatuh junub.
.
.

Tuesday, October 16, 2012

“Pokok? Kau tengah Solat Da’im kah?”




15.10.12. Senin.
---------------
Pukul 12.01pm tengahari. Ummat manusia kolar biru, kolar putih, kolar indigo, kolar emas kancing suasa berbondong2 bertebaran keluar. Berpusu-pusu menerpa express check-out gate. Touch & go staff identity card ala-ala kat KLIA Airport boarding gate.
Kolar baju aku tetap kolar bulat 365days. Begitu-begitu.
---------------

Aku duduk atas kerusi buat pusing-pusing sambil angkat kaki tak cecah lantai. Skirt ala Belladonna aku angkat elok2 takut tersangkut pada roda caster. Saya putarrrr…..Ilham besar ! Ilham besar ! lham besar !
---------------
Stop jap. Membelek-belek tumbuhan separa akuatik. Chantik. Lentik. Sulur pautnya , akarnya beralun dlm air jernih.
---------------
Tertanya-tanya “Pokok? Kau tengah Solat Da’im kah?”
---------------
Pokok diam, Kew aku yg kena hijab telinga . hijab perasaaan. Hijab deria. Tak dengar apa-apa. Tak kasyaf laaa…
---------------
Aku pasang-pasang telinga, sayup-sayup dari department sebelah. Mengambil masa 22minit . Memperbahaskan SamSing S2 maSing-maSing. Plan apa yang dilanggan. Mengambil masa 21 minit baru balik dr honey madu bulan moon di Genting last penghulu sagala hari, Yaumul Sabbath & Hari Mentari,
---------------
Next… makan masa 11 minit plus-plus-plus membahaskan methodology memasak ayam muda berusia kurang dari 5 bulan secara saksama tanpa kulit.
---------------
Masuk water closet (nama sopan bagi bilik kakus).
Sekadar mahu mencari ketenangan di sana. Sendiri & terasing.
Tiba-tiba suara wanita nyaring menerjah cuping telingaku.



“Daging ayam tu you perap pakai Wostercheshire Sauce, lepas tu you bungkus dalam Vietnam rice paper, you steam… 20 minit…iyyyyyy my son sukerrrrrr….”



17 minit lagi masa yg di ambil untuk menggulung hujah perbahasan masak ayam yg diternak secara komersial di datangkan khas ‘segar’dr ladang. Hmmm utk kasi anak makan utk membesar. Masak dengan renchah kaseh sayang seorang ibu.
---------------
12+11minit+17minit’total = 50 minit membentangkan, membahaskan & menggulung perkara sekitar penglibatan ayam cucuk hormone buang kulit dlm masakan.
----------------
Apa lagi nim? Aku tataw nak klasifikasi under kategori mana samada nak taruk bawah category :
1. enthusiastic kaseh sa-org ibu, dilimpahkan rahmat ke dalam hati para ibu dgn kasih sayang yg melimpah ruah
2. tak adakah perkara2 lain yg lebih bermakna utk diambil kira , nak dipedulikan? Sehingga kita jadi tak kisah dah….


.
.

Friday, October 5, 2012

BERKATA HAMBA, MAKA ITULAH TUHAN


BIARLAH TENGGELAM DLM KEBINGUNGAN- ITU ADALAH URUSAN SENDIRI:
HAMBA ADALAH TUHAN, TUHAN ADALAH HAMBA;
BETAPA SYI'RI , SIAPAKAH DIBEBANI?
-------------------------------------------------------
KALO ANDA BERKATA HAMBA, MAKA ITULAH TUHAN;
ATAU ANDA TUHAN, BETAPAKAH IA DIBEBANI?



Saturday, July 7, 2012

tiup titik titis ... apakan daya




aku hanyalah setitik yang terabaikan oleh mata,
tertiup dan terhempas tidak berdaya ...




.

rasa darah .. what's your flavour?



aku akan membiarkan saja, rasaku itu ...
mati dan meng-enap larut bersama aliran darahku


.

Sunday, July 1, 2012

kopi dan yiiihaaaaa ... lantas serupa apa?




sore ini . secangkir kopi terasa begitu bahagia
serupa bunga bersemi di langit yang temaram
meski di jalanan bising berkejaran
tapi melodi hatimu menyegarkan harapan


............. yiiihaaaaa...



.