Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, November 30, 2009

DIGEST: Balik Utara, Raya Haji : Dugaan Lembah Beringin ( I See Skies Of Blue...)

Janji dengan adik aku Najib Rohim, balik pukul 8.00 am pagi Aidul Adha nan mulia itu.
10.00am ada kat umah aku lagi minum-minum teh "Ho Liao"...
(Teh Tarik Kaw laaa, anak-anak aku sebut teh hayaw...)

10.30am singgah kat BP Sg Kayu Ara sebelum toll NKVE Tropicana,
basuh keta...
Aku ingat nak tiru iklan
"Professional Gula-gula yang sua lidah tuh"...

11.00am singgah Restoran Jejantas Sungai Buloh.
(Mr. Anuar called & tergezut pabila di'mention' masih berada di Sg. Buloh...
umah aku dgn Sg Buloh dalam 10km jer...)
Anak-anak lapar... aku lapar... Najib Rohim tak menunjukkan sebarang tanda.

Masuk kedai Kopitiam.
Punyalah banyak menu. Punyalah banyak customer beratur.
Sampai kat kaunter, dia boleh cakap Nasi Lemak ajer yang ada...
Vudusss... patutnya...

1. Jeritlah macam kat warung tuh , "Haaa... hari ni kita ada nasik lemak aja..."

2. Takpun tampal kertas A4 kata Bubur Nasik takda,
hanya nasi lemak ada kat pintu ker, kat menu board ker...
Rasa macam nak lempang laju-laju kanggg...

Tunggu apa lagik, aku masuk KFC, order apa yang patut.

Pagi- pagi makan KFC, muak-muak-muak.
Yang penting order MILO jangan letak ais, dapat lebeyyy banyak.

So dalam pukul 12.00 noon, gerak ke Utara Semenanjung Emas.
Sampai 10km sebelum Lembah Beringin,
traffic jam... merangkak-rangkak dalam setengah jam.
Aku hanya fikir "nak ESCAPE... ESCAPE... ESCAPE... nak EXIT..."

* 90% rumah terbengkalai kat Lembah Beringin yang dah lebih 20 tahun umurnya... *

Kuar ikut Lembah Beringin.
Lembah Beringin is located 70km away to North of Kuala Lumpur.
Ada dalam 20 keta kat Plaza Toll Lembah Beringin.
(Aku berani bet... sumer macam aku, 1st time in life masuk ikut situ & tak sure guna jalan dalam kuar ke arah Tanjung Malim - Kuala Kubu Baru...)

Tergerak hati nak tanya cashier toll "Tanjung Malim ikut mana..."
tapi konfident level moderate - kata musti ada sign-board kat depan kelak...

Nah, hambik sekali... kan dah pusing-pusing satu Lembah Beringin.

Memang Vudusss...
Jalan 2 lane besor 2km , tetiba berakhir dengan off-road.
Tapi pantang Melayu menyerah sebelum kalah... aku yakin, mesti ada jalan pintas...

* Ini view 500meter lepas toll... Terus ke Kolej Yayasan UEM,
kiri ke SSG Golf Club & Kem PLKN*

Penuh dengan pokok-pokok belukar semak... kat hujung jalan ...
semua kereta pakat buat U-turn dalam belukar,
atas rumput, atas daun kering... tempat jungle tracking ...
dah tak boleh elak... dah suddenly dead ends...
Dead ends tuh lepas Kolej Yayasan UEM.

Papan tanda lansung tak ada,
(yelah papan tanda untuk sapa? Untuk hantu agaknya...
dah namanya ghost town...

lansung tak ada satu pun grocery shop kat sini ...
ini sumber yang disahkan oleh students Kolej UEM melalui blog diaorang...)

LEMBAH BERINGIN GHOST TOWN JALAN PINTAS KELUAR KE TANJONG MALIM & KUALA KUBU BARU
ada papan tanda Kelab Golf SSG & Kem PLKN sahaja...
Gerombolan kereta-kereta batch group aku yang nak escape...
20 keta masuk, 16 keta kuar balik ikut toll
agaknya mereka sudah pasrah kembali harungi jam teruk
yang berskala kerut dahi 8 lapis, penyumbang migraine 1 tan sebelah kepala.

Hanya 4 keta gamble masuk ikut sekuriti Padang Golf...
scenery yang cukup terik & bohsan...
banyak rumah-rumah terbengkalai... deppressing sight.
Kalolah waktu malam, tobat aku sanggup ikut jalan jam highway walau 2 jam queue...

banyak simpang siur, keta no 1. patah balik U turn takder konfident...
Aku keta no 3.

Kali pertama tanya orang
(pemandu ACX 11 yang tanya, aku follow yakin betul cara dia selari dengan cara aku jer...)

Penat pusing-pusing pusing follow van ACX 11 yang serasi dengan gerak hatiku...
ada sorang India pemotong rumput,
van berhenti, aku pun berhenti selamba depan van tuh
(padahal tak pernah bertegur sapa
& janji apa-apa dengan pemandu van,
tengok muka pun tak)...
LEMBAH BERINGIN GHOST TOWN JALAN PINTAS KELUAR KE TANJONG MALIM & KUALA KUBU BARU
Kali kedua bertanya orang (seorang guard)...

dari tempat driver, aku menjerit "Tanjung Malim! Tanjung Malim! Tanjung Malim"
(Sila baca dengan nada yang histeria...
sambil angkat tangan kanan buat pusing-pusing ke hadapan...)

Pakcik guard tuh jawab pun sambil jerit-jerit 40 decible kuatnya " truih! truis, terus..."

*Ini border line, escape kuar Lembah Beringin ikut this exit... aku purposely bawak slow 40km/hour semata-mata nak tangkap gambar nih...
kekekek ... macam rally Paris-Dakar dengan van ACX 11*

LEMBAH BERINGIN GHOST TOWN JALAN PINTAS KELUAR KE TANJONG MALIM & KUALA KUBU BARU
sampai hujung jalan, macam citer koboi...
Wowww!... Habis berdebu bila lalu...

* Tergiang-ngiang lagu Louis Armstrong - Lagu iklan promosi Lembah Beringin 20 tahun lalu " What A Wonderful World ... I see skies of blue and clouds of white...*

*Endless road, alone kat tengah-tengah jalan tuh, kalau car breakdown...
ibarat musafir lalu nan dahaga, di jalan panas membara.... begitulah hakikatnya ... pukul 1pm tuan-puan oiii... *


Sapa sangka, jalan yang macam tak berpenghujung... usang, terbiar
akhirnya berakhir di satu ladang... Ladang Kerling namanya

main follow-follow jerrr... macam van tulah GPS aku.

Kali ketiga berhenti bertanya (tanya pada siapa? Tanyakan pada 'aya' yang dok kait buah mempelam kat bawah ni)

(driver ACX 11 yang turun tanya, baru aku nampak driver tuh sebab aku berhenti belakang van Toyota GrandAce dia... seorang lelaki India berusia pertengahan 40-an)...

dia pelik kitorang buat tak malu asik follow dia tanpa disuruh.

"Bang! Kita orang follow abang ya?" Najib Rohim tersengih-sengih, maklumlah...

Dalam nak meneruskan perjalanan... aku insaf betul...
terpencil tersorok pedalaman betul kedudukan Ladang Kerling & Kampung Kalumpang.

Macamanalah agaknya diaorang nak access internet, perkembangan kemodenan, pendidikan & macam-macam yang berlaku pada dunia luar.


Jalan kuar ke Tanjung Malim sebijik macam jalan dari Toll Exit Tapah nak ke Tanah Rata Cameron Highlands ikut jalan lama.
Sempit, berliku-liku dan sunyi.
Pokok buluh kiri-kanan.

* Tadaaa... turn left -will lead you to Tanjong Malim Town *

Satu ajer aku terfikir. Aku ada tengok movie 1997 release.
Tajuk: Dante's Peak
Starred by: Pierce Brosnan, Linda Hamilton.
Pasal satu in-active volcano at Dante's Peak,

which has recently been named
the second most desirable place to live in America
.
Dr. Harry Dalton (Pierce Brosnan) discovers
that are is being threatened
by a volcano that hasn't been live for years.

So, bila volcano errupts, everybody in the place panics & tries to escape.
Tak jumpa jalan kuar.
Habis jalan-jalan tikus di daerah pedalaman di explore...
Haaa... macam kami nak escape dari Lembah Beringin waktu tuh..
"Sempat aku imagine waktu tengah drive masa tu... , kalo KL kena bom... macamana all the people nak escape out... "


19 comments:

  1. 1.mesti Mr Anuar geleng3 kepala..
    2.sempat tak kenal2 dengan drebar ACX 11 tu..?

    ReplyDelete
  2. 1.mesti Mr Anuar geleng3 kepala..
    2.sempat tak kenal2 dengan drebar ACX 11 tu..?

    ReplyDelete
  3. aku enjoy this post..
    national geographic gitu, discovery channel gitu...

    fren, yang rumah terbengkalai tu semua sedih sangat tengok..

    berapa banyak duit dan tanah terbuang gitu aje.

    ReplyDelete
  4. Ibu Singa...

    1. Cik Anuar dah selalu bising (tak tahu jalan, berlagak macam tahu...)sesat lagi menyesatkan....,
    dah lali dgn perangai suka masuk jalan tikus.
    Time-time cuti suka masuk ceruk-ceruk kampung try & error nak tau jalan ini tembus mana, jalan ini boleh tembus sini tak... satu lagi, suka main klik-klik & zoom in google map...

    ... thrill taw hobi nih... (kalau tak mengheret org lain bersama...) huhuhu...

    2.Drebar ACX 11 tuh nak wat hapa?
    Tak ada prasaan... org cakapnak follow, dia buat 'kering' jer...

    ReplyDelete
  5. Mr. Deaf,
    1. Umah yang terbengkalai dari hi-way nampak horror sangat.

    Dulu masa belum masuk sampai sini, wonder hanya yg kat luar sahaja terbengkalai, yg kat dalam tuh ada lah 50% rumah berpenghuni.

    2. Aku rasa macam nak pandai-pandai tambah2 mana yang patut sebijik banglo terbiar, tampal plaster,tampal mozek, buat wiring, korek telaga, pakai electric water pump... sindiri duduk free....

    Lembah Beringin... aku suka kalau ada istana hinggap kat situ...

    ReplyDelete
  6. HI aisha,

    exit lembah beringin tu mmg spooky tau.. dulu selalu kena ulang alik situ hantar-jemput adik yg buat a-level setahun kat kolej uem. nasib baik setahun je...

    tapi, suka snapshots awak.. yes, i see skies are blue... :-)

    salam kenal.. senyum sorang2 baca entry nih..

    ReplyDelete
  7. Thanks Cik Asmahani...

    Will visit ur blog soon...
    Glad to hv ur review here.

    ReplyDelete
  8. good story..still to only blog storied about Lembah Beringin..what happens there now? .. visit our community blog

    ReplyDelete
  9. sama jer keadaan dia...aku lagi teruk...masuk tgh malam sebab ikut garmin...bini aku ngan mak aku bterketar-ketar taku disebabkan kepekatan malam....aku teruskan jua guna jalan tu...tp syukur alhamdulillah selamat...dan perjalanan dari highway ke kuantan yang sangat singkat...lain kali tobat x lalu...takuttttttttttttt

    ReplyDelete
  10. Kaloi...

    Kekekekek...terketar-ketar takut kepekatan malam.
    Memang pun, kalo dah malam, mana nak harap lampu jalan... kirim salam karu sahajalah.

    Takut penampakan antu tengah jalan lain citer, neyh kalo tetiba ada perampok nak meropak tangah jalan macammana?

    ReplyDelete
  11. huh, mmg ghost town. baru malam semalam jalan kat sini..same case with you..yg bezanya kiteorang satu kereta perempuan dan jalan dalam kegelapan malam sebab nak cari gas station. serius gelap..takot jugak org block kereta ke.tapi tawakal je la..sampai kat post pengawal tu we saw something putih2 kat situ..memang seram..tapi nk cari gas station punye pasal nekad jalan je la depan dia..mcm dah buat cerita hantu dah..kalau lah feel time tu boleh dirakam dah lama rakam. lepas ni sumpah xmasuk lembah beringin dah.

    ReplyDelete
  12. untuk pengetahuan semua, stesen minyak terdekat jika keluar dari exit Lembah Beringin ini ialah Stesen Esso Kerling, dalam 14 km dari exit ni.

    lepas dah jumpa Ladang Kerling tu, akan jumpa pekan Kerling, siap ada masjid, ada stesen minyak, balai polis pun ada, pekan kecil lah katakan. Tapi ini semua lepas kena harung 14 km jalan sunyi sepi tu lah.

    Dari simpang pekan Kerling tu, ke kiri dalam 10 km akan jumpa Tanjung Malim, ke kanan akan jumpa Kuala Kubu Bharu dalam 6 km.

    saja komen memandangkan blog ni sudah link ke wikimapia untuk sesiapa yang berkenaan. selamat mencuba.

    ReplyDelete
  13. stesen esso kerling tu pon mase kiteorg smpai around 8.30pm dah tutup. pakcik yg kiteorng tnye pasal gas station tu ckp Esso tu tutup awal. before 7pm mmg dah tutup.kalau tgh2 mlm & mmg dah xde minyak gamaknye kena tunggu dia bukak esok hari la kot. serius tak faham macam mana orang kat lembah beringin tu boleh stay sana? sunyi sangat.

    ReplyDelete
  14. ade kisah jugak lembah beringin ni klo nk tahu....

    ReplyDelete
  15. Saya menghuni sini sejak 1999 hingga sekarang Feb 2015....Nampak spooky tapi tenang dan damai. Hahaha...hanya jauhari yang mengenal manikam.
    Sekarang masih tak ada perubahan dari segi kemajuan cuma.....dah ada papan tanda yang lengkap untuk keluar dari lembah beringin ......

    ReplyDelete
  16. First time lalu lembah beringin masa nak balik ke karak(ikut batang kali) dari perak tahun lepas 2018...masa tu lalu pukul 3 pagi serius mmg seram...sampai je dekat tol lembah beringin tu dah rasa x sedap hati sbb suram lain macam...cashier tol tu siap tido lagi sampai bunyikan hon baru dia terjaga...lepas belok sana belok sini jumpa jalan ada pondok guard yg dah lama terbiar..masuk je jalan tu hidung terus tertangkap baru darah sbb masa tu buka tingkap(layan angin malam) tp abaikan je lah sbb malas nak fikir bukan2 ...jalan mmg gelap langsung xada lampu jalan atau kereta lain...masa tu tawakal je sampai lah jumpe jalan ke tanjung malim....feb 2019 tahun nie saje gatal nak lalu situ lagi waktu siang nak tgk tempat apa sebenarnya sekali nahh ambikk...tempat terbengkalai rupanya terkejut seram sejuk rasa...banyak rumah2 dan bangunan2 terbengkalai
    .kedai langsung xada...sebagai peringatan elakkan lalu pada waktu malam...bahaya huhu

    ReplyDelete
  17. saya baru terlalu tadi @23:00pm sebab berbaris dari tg malim lagi dlm highway plus
    alhamdulillah gut feeling cakap tak ok,buat u turn.lalu tol booth kakak jaga booth cakap adik jangan lalu situ tersangatlah gelapnya dan bahaya.akak kerja sini pun tak pernah berani nak lalu situ.ok akak.terima kasih aku masuk berbaris semula ikut barisan dalam highway plus

    ReplyDelete
  18. smlm jam lebih kurang jam 3am sy drp kem 4 div kuala kubu ikut map..gerak sendirian salah msk simpang..seigt saya sampai dkt kerling sy msk kiri..then smpi la kaw semak..hutan..belukar..jalan mcm ular kena palu..then dkt kaw gelap tu br smpi jln yg agak lurus..n gelap yg amat2 sgt..nasihat sy jgn ikut jln tu wktu mlm..sbb sy dh terkena..smlm dkt situ..tp alhamdulillah..yakin..beranikan diri..buat x tau je..smpi la la dkt tol lbah beringin..juru tol pn pelik,dia kata2 jarang2 ada org msk ke tol waktu mcm ni..adehhh mmg scary jln tu..

    ReplyDelete
  19. saya dah kena balik hujung bulan 2019. konon2 nak lari dari jem. ya Allah langsung xda kenderaan, hanya bergantung waze. sampaila ke kawasan yg ada bongol2 tepinya semak samun, time tu lagi gelabah bewak. dahla sorang2 dalam kereta. first n last laa sy lalu situ. scary gila jalan dia.

    ReplyDelete