SIRI JELAJAH KENARI : Pantai Merdeka
SIRI JELAJAH KENARI : Tanjung Dawai
SIRI JELAJAH KENARI : Lembah Bujang
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai & Titi Hayun
SIRI JELAJAH KENARI : Gunung Jerai (Episode 1), Flash Back
Apa yang dapat dikaitkan dengan tempat tersebut?
1. Mee Udang yang lazat & menyelerakan
(khabarnya ranking no.1 di Semenanjung Malaysia ini, ranking no.2 Mee Udang Kuala Sepetang)
Average price, tak mahallah sangat RM5.00, RM6.00 sepinggan.
Ada banyak tempat kat area Pulau Sayak & Pantai Merdeka ini yang menawarkan Mee Udang.
Kalau salah masuk kedai, awas... jangan tak tahu da yang charge sampai RM36.00 hinggit sepinggan!
2. Tempat melihat anak bulan Ramadhan & Syawal
3. Ada resort, antaranya Lagenda Resort... satu lagi aku tak check lah pulak apa namanya resort yang seblah mee udang itu. Oh Ya... Pulau Sayak Beach Resort...
Ini link dia, kalau nak tengok betapa , oh betapa.... : http://pulausayak.com/index.html
4. Tempat memancing yang best.
5. Tempat menyendiri. Sepi itu indah... waaaahhhh!
Dahulu aku datang tahun 2001 paling akhir mendarat di sini.
Bawah sikit dari gerai Mee Udang Pulau Sayak yang famous amous itu
adalah pantai berpasir landai jugaklah...
Trademark kat bawah sikit dari gerai mee udang Pulau Sayak itu ialah pantai yang berbatu batan pejal warna merah (macam kat Pantai Merang (bukan Pantai Marang tau, Merang katBatu Rakit, Kuala Terengganu)
Kini pantai berhampiran gerai Mee Udang tersebut nampak merbahaya
kerana tanah runtuh akibat hakisan ombak.
Hakisan itu semakin teruk sejak aktiviti menyedut pasir dijalankan
ditengah laut berhadapan persisiran pantai tersebut.
Walaupun pun jauh dari tepi pantai,
namun kesannya membawa kepada tanah runtuh dan hakisan di sepanjang persisiran pantai
dalam 50 meter dari tempat kami bergambar
... bentuk 3 segi gitu.
10 meter dari chalet ada 2 rumah penduduk baru ditokok- tambah.
Aku hari itu nyaris-nyaris nak menyewa kat situ untuk bermalam memancing...
Nampak angker sangat dalam hutan nan sunyi begitu... tak berani aku.
Dari Pauh Bay ke Batu Panjang Bay (tempat ramai pemancing bertenggek kat batu yang menganjur ke laut...
Best campur ngeri view dia... yelah, ombak memukul batu tuh, terpercik ke muka wei kalau diduduk atas batu itu... macam tak secure jer kalau salah langkah...
Kalau terus lagik, jalan mati, nak reverse keta habis langgar kebun orang...
pun ada sebijik umah tengah ditokok-tambah kat penghujung jalan...
Aku dah macam species lemur atau flying fox dah.
Mak lang aku masa cangkul-cangkul tanah nak buat penambahan rumah,
ada jumpa berkeping-keping batu bata jaman dulu... ada tembok purba tertimbus lagik,
tapi dia diam sahaja.
kalau tak habislah tanah kami kena jadi pusat cari gali arkeologi.
Kacaulah...
Kat Kampung Sungai Mas itu dah banyak halaman rumah orang yang dijalankan kerja cari gali, dikorek, ditaruk bumbung zink, di taruk tali di tengah-tengah halaman umah... uishh... sulit tuh...
makan berpuluh-puluh tahun tak siap-sipa & dialaih-alih...
Mak aku pun, masa nak gali lubang untuk buang sampah, tercangkul bata-bata dalam tanah yang dikorek sedalam 3 kaki... nak cakap apa lagik... lagik digali lagi banyak pulak..
buat tak tahu ajer...
*Photo credits to Norshah, taken from Air Asia plane during flight from KL to Alor Setar
Here we can clearly see Pulau Sayak, to the left is Tok Putih Bay, to the left is Pauh Bay, to the left is Pantai Merdeka & Bukit Penjara... then Merbok Rivermouth then Tanjung Dawaion the opposite side.*
Here, this is the land where Iskandar Dzulkarnain built Istana Pulau Tiga.
Where is the Istana Pulau Tiga located?
Dalam Sungai Merbok, ada 3 pulau kecil.
Di atas pulau itulah Iskandar Dzulkarnain telah mendirikan istana Baginda
yang dikenali sebagai Istana Pulau Tiga.