Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Wednesday, June 13, 2012

haru-biru-indigo

Kecelaruan emosi ku bertandang lagi
kali ini lebih haru-biru-indigo
Hawa nafsu akan terus menuntut bila aku memanjakannya



Bismillahirahmannirahim...
"Ya Allah,sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,

anak hamba-Mu,dan anak hamba perempuan-Mu.

Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qada-Mu kepadaku adalah adil.
Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu 
yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu,
Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu 
atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu,
hendaknya Engkau jadikan al-Quran sebagai penenteram hatiku,
cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku."



.

Monday, June 11, 2012

8th August 1511



"Hey anak Melayu! Lihatlah tangan kita!" - Sultan Ahmad Syah

Melihat yang demikian, tersentaklah hulubalang Melaka lalu mereka beramai-ramai menggempur Portugis bermati-matian.

.

Detak Jantungku Adalah Kau!


Alasca... aku tak lupa The Happy Owl Cafe
Always somewhere.
Miss you where I've been
I'll be back to love you again


.

Sunday, June 10, 2012

Hey...Orang Orang Kaya Tmn Tun Dr Ismail @ Jln Rahim Kajai - Burhanuddin Helmi (Part 1)

"Janganlah engkau
memalingkan muka dari para
manusia sebab kesombongan
dan janganlah berjalan di bumi
dengan takabbur,
sesungguhnya ALLAH(SWT) itu
tidak suka kepada setiap orang
yang sombong dan 
membanggakan diri..."




Hari demi hari aku tak pernah berhenti memerhati
Syukur nikmat dunia, harta dan wang belanja juga kemakmuran rezeki yg Allah limpahkan kepada mereka.


Tanah suku kangkang kera chimpanzi pun dah harga berjuta-juta.


Arakian adalah satu wilayah exlusive yang bersempadan dengan Pinggir Taman Tun Dr Ismail... Iaitu yang menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Taman Tun Dr Ismail di mana bertempatnya rumah transit dunia orang yang ada-ada.

Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate.

Kat atas ni adalah Fasa Pertama yang aku agak 'bengkerk'
Aku rasa 'bengkerk' bukan nya sebab aku ada kepentingan peribadi... tak...
Aku sikit pun tak terjejas, sebab aku lalu area ni averagely 1x dalam 2-3 bulan.
Yang tak memerlukan aku cross over the 'borderline'

Nampak 3 Times Multi Protection Shield tu?
Dulu lewat tahun 2003-2005 aku selalu lah juga lalu borderline neyh... naik scooter V100 aku tu, chap Yamaha, warna silver grey. Yalah, balik kerja malam-malam, nilah shorcut yang menyampaikan aku ke gubuk buruk ku. Lepas tu aku realised, derang taruk 'arch' hanya kenderaan 2.5meter allowed lalu...

Kiranya Toyota Hilux, Mitsubishi Storm, Lori 1 Tan, Bus Mini & Bas 20kaki Panjang Asrama Anak-Anak Yatim pun tak leh lah lalu ikut laluan neyh.

Hmmm... seringkali Height Limit Arch tu hilang kepala, sebab dirempuh oleh lori 1 Tan Agaknya dan 4WD yang brutal mengejar toilet dek dihambat perasaan nak terkucil pada waktu larut malam agaknya. Seminggu sekali mesti pintu gerbang had ketinggian hilang kepala.... dah resmi manusia nak lalu juga. Makin ditegah makin disanggah, miahahha


Serupa nilah yg digelar "Bollard" ... 
sehinggalah pada  tahun 2010 derang taruk kat border line tapi dah 
+ Pagar besi 8-10kaki + Concrete Block

Sehinggalah pada tahun 2009 kalo tak salah aku,
dipasang lah road divider (Bollard) , yang mana hanya pejalan kaki boleh lolos.
In 2010 pula
Jangankan pejalan kaki, 
ikan bilis pun belum tentu lolos & lepas dek tahanan jaring besi
Hmmm... tapi aku pasti makluq dimensi lain sa-perti jin dan malaikat bisa sahaja menerobos tanpa masalah. Maka puas hatikah para penduduk kejiranan Rahim Kajai?

Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate. 
Aku tak pernah lupa masa payah-getirku
Mengharungi hujan-ribut lebat 2001 dari 3 lapis layer tu lah membawa ke Sungai Penchala, berjalan kaki basah kuyup lewat pukul 5.00 - 6.00 waktu sore...satu jam perjalanan, alongside menyelusuri garis sempadan Taman Tun Dr Ismail - Pinggir Taman Tun.

Pada masa itu aku bertawakkal, kalo sekiranya terjadi apa-apa padaku misalannya di sergah penyangak di tengah jalan, aku kan lari masuk ke dalam area perumahan Rahim Kajai melalui road divider yang hanya boleh dilangkah ... mudah, kadang-kadang hanya dipisahkan oleh rumpun pokok bunga buat pemisah.

Tapi kini, seandainya ada wanita-wanita Indonesia dari daerah Kerinchi dan Minang yang mencuba nasib bekerja sebagai pembantu kedai mahupun tukang-tukang cuci yang dikenali sebagai 'janitor' dalam bahasa Inggerisnya... jika mereka di'sergah' (bahasa Inggeris : ambushed) maka hendaklah masing-masing menetapkan dirinya serta jiwa sepanjang menempuhi jalan di persempadanan ini:

“ KEPADA TUHAN KITA SERAHKAN DIRI, DIA-LAH TEMPAT KITA MEMINTA TOLONG SERTA MEMOHON RAHMAT DAN HIDAYAH”.

Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate.

Okay? Justeru aku kan teruskan menaip.
Alang-alang mandi biar basah

Mmm... fasal photo di atas. Nampak anak panah sebelah kiri gambar?
Di sinilah selalu berlakunya 'traffic jam'. Kereta model kancil pun susah nak 'ambil lap' budget nak 'kornar'. Sana sini papan tanda no entry. Kalo macam ni, lain kali lupakan sahaja hal-hal kemashalatan ummat. 

Pada hari Juma'at, malam Sabtu... kesabaran yang jitu diperlukan... keazaman yang padu disematkan... sekiranya anda mahu juga menempuhi laluan ini. Nampak sahaja tempat sudur kecil, terpencil. Tapi jam nya buat anda kena tunggu setengah jam untuk melolosinya.
Sebab apa?
Ramainya manusia berpeleseran (Inggeris disebut hang-out) di malam minggu...
Buat apa?
MENUANG. MENOGOK & MENONGGANG khamar... parti, pesta di Pub & Barrel House
yang berderetan sepanjang shop house di kedua-dua block kedai ini.

Kenapa tak disimenkan sama-sekali lorong yang ini . Plaster dengan concrete rapat-rapat senang bukan, kalian semua pasti boleh tidur nyenyak di atas Tilam Vono Spring yang punyai ketebalan 1.5 kaki sambil meluruskan tulang belakang di malam hari tanpa was-was, bimbang dan gusar. 


Click Photo Kalo Nak 'Zoom-in' Mender Nyer aku indicate.


Owh aku lupa... ini barangkali bukan urusan aku.
Mungkin ini urusan bibik-bibik cleaner yang bertatih berjalan mendaki dari depan Sekolah Tahfiz dalam kecerunan 25 darjah naik bukit dalam hawa pagi pukul 6.30am. .. pulang pula di senjakala 6.45pm - 8.00pm. 

Mungkin juga ini urusan para tukang pecah rumah yang mengintai-intai peluang nak menabrak rumah para hartawan dengan kemasan luaran yang menggoda, (itu baru tengok luar rumah, betapa sudah dapat membayangkan kemewahan syurga dunia di dalam rumah... huhuhu...)

Mmm... kepada para penghuni Condominium mewah pula... 
Syukur atau kufur dengan sajian village-view anda? 
Buka tingkap nampak kubur... Adakah anda diterpa angin malam berbau resah? 
Adakah menyusutkan nilai hartanah anda? Atau buat anda rasa tinggi dari rata-rata rakyat marhaen nun jauh di bawah sana.... setiap hari penduduk kampung melangut mendongak memandang anda tak kiralah tatkala semasa mereka sedang menyidai kain di ampaian, atau semasa memasukkan kunci motorsikal ke dalam lubang kunci. 


.

Saturday, June 9, 2012

"Karena Hodoh Tiada Sa-Perti"


Seminggu lepas aku menerima tugasan mem-proof-readingkah naskah bakal terbit
(compilation 12 pages Gurindam XXX., 65 pages citer pasal tokoh Perang Sabil Acheh, 70 pages Gurindam Perang Acheh , 50 pages Sorotan Sejarah Acheh and last 70 pages Syair 99)
Itu belum campur kena propose 4-5 design book cover artwork nya
Itu belum kira re-branding pakai tajuk baru yang lebih 'Ummmppphhh...!'

First time aku buat kerja macam ni seumur hidupku. Aku tak pernah berkecimpung dalam kerja-kerja berkenaan buku neyh. Aku tau baca buku yang dah siap dicetak. Aku tau beli jah atau pun satu-satunya yang aku suka publish blog entry sahaja kat virtual world...  mudah. 




Hahahha... kalo suruh aku design-design fabric, langsir, cushion, tuala mandi tu aku expertlah.... aku siap boleh tetapkan concept by year quarterly my art policies and direction.


Bidang memproses buku ni bukan bidang aku. Anddd... definitely I have to put my heart on it. Aku tak mahu wat kerja cincai alai-balai. Tu bukan jenis aku. 

Bermula dari malam semalam, baru aku merasa 'ruh'nya
Dari kul 9.00 malam Jumaat membawa ke 4.16 pagi Sabtu, hampir 7 jam 
aku mengerjakan 70 pages edit Syair 99... setting lay-out, graphic, proof-reading... abis.


Pagi tadi seawal jam 7.30 pagi aku continue editting jap.
Lepas tu aku set-up balik lay-out, re-arrange serba-serbi, create graphic ala-ala Victorian Baroque design juga concept classic vector. Sambil duk edit kisah Syair Perang Sabil aku sebak la... sungguh... 



Ya Allah... aku terpana baca kisah Sahabat Rasulullah neyh...
dalam  fasal Sa'id Salami


Hmmm... ni lah sebahagian dari kerja aku sepanjang siang tadi, aku kira senang lagi mudah sepincing mata kan boleh di 'click' cursor, tetapi tidak... menuntut kesabaran yang amat tinggi dan tekad yang jitu



Nak dapatkan 'feel' tu aku kena baca satu-satu ayat dan kalimah... fikir dan serapkan ke hati. Baru aku boleh zahirkan pada karya seniku sebagai graphic artist & lay-out designer. Time baca pengkisahan Sa'id Salami r.a. ini lah aku paling tak boleh tahan-tahan lagi air mata. Laju jer mengalir tanpa boleh diempang-empang. Ya Allah... sedih yahamat.

berkatalah Sa’id merendah diri
“lamalah aku merindukan isteri
kerana  hodoh tiada seperti,
tidak seorang juapun sudi”.


Ya Allah... sesungguhnya hati aku begitu lembut. heart-touching sungguh lah citer neyh.
Maka aku sampai tak leh nak continue kerja, aku pun tangkap leleh syahdu dari kul 12.00 tengahari membawa ke 3.30petang. Fefeeling yang fana' dengan citer neyh. Tak leh jadi kerja.


Aku segera menelefon bonda Zalimah, "Bonda, uols tengah wat pew tu? Boleh tak Redd Rohim nak sembang-sembang sebentar...?"

Aku rasa Bonda Zalimah pun naik rimas kut, nak cakap tak berbutir asik dengar sok-sek-sok-sek aku menangis hembus hingus jah.... "It's not easy Bonda... I really commit to do it at my best... tak boleh accomplish dalam 2 weeks time"

Personally, aku peluang tak selalu datang. Aku mahu sentuhan aku pada naskah ini mampu menarik pembaca untuk membacanya, menyuntik semangat terus berjuang dalam pembacaan, menghidangkan pembaca dengan lay-out & font yang readers' friendly dan membuatkan pembeli tak merasa rugi memiliki naskah yang sekali baca kan terkenang jua dan pastikan dibaca berulang-kali.



Friday, June 8, 2012

Vacancy: Nak Apply Jadi Highlander?



Huhuhu... nahhh... 
ini do'a bagi sapa-sapa 
yg pernah coba, mahu coba, sedang coba, 
terus mencoba & gigih mencoba
untuk menjadi highlander


Bismillah-ir ar-Rahman-ir ar-Rahiim...
"Allah-umma ij'al-na min-al awliya' ik-al- muqarrabiin
fa ja'al-na min-hum"

Wahai Allah, Jadikanlah kami dari golongan wali-wali 
& golongan yang hampir kepada-Mu
maka jadikanlah kami dari kalangan mereka


.

Tuesday, June 5, 2012

Sabil Prahara Di Bhumi Rencong (Atjeh)


last Saturday aku menerima satu misi dari  The Another Faqir Mahagony Je'Taime Encore
task aku ialah menyiapkan design ... I mean... cover kulit buku mengenai Jihad Fisabilillah di Atjeh
(tajuk buku di rahsiakan buat setakat ini) dalam 3-4 hari ni aku sibuk membuat homework tentang konsep tata-warna, motif & thema yg aku nak ketengahkan.


konsep warna :  deep red, classic brown & black
motiff: Raja Sabil, Bonda Raja Sabil, Peta Atjeh, Senjata Rencong


untuk bahagian lay-out dalaman pula, aku dah set nak pakai font Georgia, biar besor, jelas lagi nyata... walau font itu pasti memakan lebih banyak page berbanding kalo pakai font Arial yang lebih slim.


Juga motif Atjeh Shield & Bendera Perang Atjeh untuk aku gunakan di setiap introduction of chapter.

chantik bukan artwork buku yang telah sedia wujud ini?
aku kagumi... sangat vassss... very bold

aku juga tengah menyusun lay-out Syair 99 & Gurindam 99 sebagai sisipan dengan setiap naskah buku tersebut.

aku sukakan ejaan Atjeh pada naskah rujukan di mana Aceh dieja Atjeh... apa yang aku paling tak boleh lupa. masa aku baca syair tu 'baji' aku mati-mati ingat 'baji = wedges... bongkah" rupa-rupanya "baji = bayi "(sebutannya bayi)



Sairus Saalikiin ... Sa-Buah Titian Perjalanan


hendaklah kamu menjadi Rijal!
hmmm... jadilah Rijal dengan kaki berpijak di Bhumi,
namun cita-cita tergantung di langit nan tinggi

Part ii
Ya Allah
masukkanlah kehendakku
dalam kehendak-Mu

.

Monday, June 4, 2012

Sorok - (Muka-Muka Opera)


"when your heart's not hearing
what your brain is saying"

rahasia hati yang paling dalam
rahasia itu hanya Tuhan yg tahu
sirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

aku hanyalah melakonkan
di muka agak kebodoh-bodohan
lugu, polos... ya lagi naif


biarkan sahaja
relakan sahaja
serahkan sahaja
tahan sahaja


aku yang diam tak semestinya bisu
aku angguk tak semestinya mengia
aku senyum tak semestinya rela
hikmah itu tersembunyi

...karena, mereka tidak mengerti
selami, kan temui
sisipan di celah taman karangan


to the one who's following and watching:
"always remember! it takes character to keep you 'there'"

.

Friday, June 1, 2012

KARMA



No need for revenge. Just sit back and wait. Those who
hurt you will eventually screw up themselves and if
you’re lucky, God will let you watch.

And if your heart is like it should be, you will feel empathy for them.


.