Dari penghujung tahun 2009 ke awal tahun 2010,
sibuknya tak pernah surut.
BUBUR JAGUNG PENGAT DURIAN
Aku lupa pada acara-acara gemilang & hari-hari kebesaran.
Selama ini aku hanya tahu menghitung kehadiran Sabtu & Ahad...
terkinja-kinja tak mau datang kerja.
Sampai Sabtu 26th December 2009 .... yang sepatutnya aku kerja,
aku ter'cuti'... turned into 'no pay leave'
gara-gara no more annual leave quota.
BUBUR JAGUNG PENGAT DURIAN
Hari ini ku sangkakan Si Hari Wesak... email rasmi ku pada supplier...
away from office starting 28th, 29th January for Bandaraya Melaka.
30th for Wesak.... (actually Thaipusam... appadaaa aku nih...)
Then aku lupa 1st February 2010 pun Public Holiday, Federal Territory Day... chehhh!
Sungguh, aku telah alpa, alpa, alpa yang tak menyumbang apa-apa.
Ya, Allah.... Encik Anuar dah seminggu 3x dia beli durian kat Sungai Penchala nih.
Durian kampung 3 biji sepuluh hengget.
Dah slalu beli 4 biji sepuluh hengget kengkadang pakcik tuh bagi bonus.
pulut durian
Hari tuh, dapat sebijik Durian Raja Kunyit + 4 Biji Durian Kampung = RM20.00.
Selalu makan macam tuh ajaer,
nak jugak aku makan durian dengan pulut taruk santan putih ker, buat stail utara.
Tiap2 hari kebelakangan ni aku rasa sakit ngat kepala aku belah kiri....
... menderita sesangat....
So aku yang dah lama tak makan ubat (Slalu pegi kinik, tapi jarang makan ubat)...
Dulu aku makan Panadol pun setahun 2X jer...
Dalam 6 bulan nih, tiap2 bulan mesti 2-3 kali makan Panadol....
Bila makan Panadol, aku tak berani nak makan Durian...
nanti boleh membawa kematian kata orang ..."PANAS"
Uiiisssyhhh... petua orang, nak kasi hilang panas badan dek durian,
kita tuang air dalam lopak kulit durian, then minum....
reda & overcome panas badan tuh...
setahu aku Panadol kalau dah diserap badan
ambik masa yang panjang nak kuar dari tubuh kita... apa?
6 bulan ker hapa aku penah baca....
(jappp... aku 'google')
Ni aku amik kat "HOAX-SLAYER"
Dia mark:
Status:
Overblown, but may contain some elements of truth.
According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years.
And according to the doctor, there used to be an incident
where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual
as she needs to stand all the time.
She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month. "
Hmmm, kalau Ibu Singa terbaca, mungkin Ibu Singa boleh tolong jawabkan...
Sebenarnya, ini 1st time aku buat pengat durian untuk keluarga kecilku.
Kalo dah lama sangat tak masak, mesti memorypun blur.
Resepi pengat/ serawa / bubur jagung, pisang, labu, keledek, kacang hijau
sama sahaja basicnya.
Yang option nya tambah bubur chacha ker, tambah durian ker itu ajer.
So, kali ini 5 minit sebelum masak,
aku google resepi mana-mana dalam internet...
Inilah agaknya yang dinamakan 'lack of self confident utk berkarya di dapur'.
(dulu-dulu waktu masih belajar aku selongkar buku resepi mak aku bawah katil
& magazine cutting yang mak aku simpan).
Resepi Pengat Durian (Sumber: Abang Joe, Resepi.Net)
Bahan-Bahannya
2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam
pengat durian
Cara Membuatnya
1. Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda.
2. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir.
3. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk.
4. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.
5. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.