Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Friday, September 25, 2009

Sultan Pahang Mencemar Duli Bersama Rakyat - Jambatan Kuala Krau

Khamis, 24.09.09, ibu mertuaku asyik berpesan suruh bersiap awal,
nak balik ke seberang, nak menyambut Sultan Al- Pahang katanya.

Arakian, the Sultan Of Pahang State
dikhabarkan akan mendarat menggunakan helicopter
di padang bola sepak Kampung Kuala Mai, Kuala Krau
hanya beberapa rantai dari halaman rumah pusaka ibu mertuaku.

* Helicopter landed depan umah pusaka ini, di padang rata ini... *

* Orang-orang Kampung Kuala Mai yang terdiri daripada ibu-ibu, bapak-bapak, kanak-kanak
sumernya ada... tak lepas peluang bergambar dengan Sang Helicopter Baginda Sultan
... jadilah *


Sementalaah,
para pengiring Baginda Al-Sultan bertolak seawal jam 6 pagi dari Kuantan, Pahang
dengan kereta-kereta pengiring.

* Pembinaan jambatan ini, merapatkan yang jauh, menjimatkan wang, masa pun dapat dipendekkan... kampung-kampung terpencil & mati dapat diberi nafas semula*
JAMBATAN KUALA KRAU SUNGAI PAHANG
Aku balik Raya hari ke-3,
mak mertua aku kata ramai orang dah tak sabar-sabar
telah menggunakan jambatan yang belum siap ini
menyeberang Sungai Pahang guna motosikal & basikal....
punya lah gayat bila sampai ke tengah
al-maklumlah, jambatan tak berbenteng, berlantai alaskan plywood,
sesekali berselisih dengan motosikal dari arah bertentangan...*

Hmmm... aku pun tak tahu apakah yang patut aku conteng dan coreng di sini.
Tapi tadi aku masuk blog, tengok kat FEEDJIT,
orang masuk blog aku sebab "Google" Jambatan Kuala Krau.
Hari ini dah jadi tajuk yang nak kata kecik, tak berapa kecik,
nak kata besar tak berapa besar di dada-dada akhbar nasional.

* Gambar diambil, setahun nan lalu September 6th, 2008 *
"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan
perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka
dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satru jam sebelum ini
yang jaraknya sejauh 55 kilometer"

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang pendududk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran, : Titah Baginda kepada pemberita selepas melawat tapak Jambatan Kuala Krau di sini pada 24.09.09"


So, aku mengorak langkah

untuk menambah-baik maklumat tambahan (bukan menokok tambah)
pasal 2 perkara;
1. site (tapak) jambatan Kuala Krau yang bakal siap pada Februari 2009
2. gambar Baginda Al-Sultan Of Pahang yang berjaya ditangkap dari jarak dekat.

"Patik mohon ampun, Tuanku... patik terpaksa menyematkan nama patik pada dada Tuanku, sebab patik belum jumpa gambar-gambar Tuanku bersempena lawatan Tuanku ke tapak Jambatan Kuala Krau pada Hari ke -4 Raya Aidil Fitri 2009"

"Orang-orang kampung cakap, tangan Tuanku teramatlah lembutnya,
macam tangan baby masa derang bersalaman dengan Tuanku... "



Hmmm, kalo sesapa yang masih tak pasti Pekan Kuala Krau tuh macammana & lokasinya...
ni aku tempek balik old entry aku,
kot lah membantu.
Aku pulak, senang nak flash back:
*Click enclosed link*

10 comments:

  1. salam raya Sya...
    baru lah tau kuala krau tu kat mana..
    tak salam dgn baginda sultan ke?

    ReplyDelete
  2. kekekekek... inilah nama dia lebih sudu dari kuah...

    saya tak ada kat situ pun masa tuh, terlewat 20 minit...

    ReplyDelete
  3. hmm...
    berani tuan hamba lewat dari baginda ya...
    ;)

    ReplyDelete
  4. wah...his majesty datang kampung ko eh..

    bandar tun razak...kat sana pun ada eh

    ReplyDelete
  5. wah...his majesty datang kampung ko eh..

    bandar tun razak...kat sana pun ada eh

    ReplyDelete
  6. kuala krau.. my hometown.. di situ aku membesar..

    ReplyDelete
  7. hi aisya..

    sultan mari kat kuala krau ari tu ke? t ada kat kuala krau lagi masa tu.. kan best kalau dpt jumpa ngan u. rumah mak t kat taman sri desa.. umah mertua u kat kuala mai rupanya..

    ReplyDelete
  8. Boleh tak jawab serentak?

    Ibu Singa: Hamba tiadalah sengaja, ikut hati hamba, hamba memang nak glamer lebih2 kalau dapat bergambar side-by-side dengan Baginda, hamba tak malu tanya personally... (cheh konfident level tak hengat)... tapi ramai yang ingat lebih sedap layan tidur dari bangun....

    ReplyDelete
  9. Dear Deaf...

    Kampung aku ker?
    Isyh... Kampung aku kat Sungai Petani sana yang banyak sawah-sawah padi saujana mata memandang, berlatar belakangkan Gunung Jerai ...

    Haaa... kira kampung akulah jugak... Bdr Tun Razak sempena Bapa Pembangunan Malaysia, PM ke2

    ReplyDelete
  10. Dear T,


    Tmn Sri Desa? Belah mana yerk?
    Kuala Mai kampung asal mak mertua.
    Umah betul2 kat penghujung padang.
    Tok Naib Hj Talib.

    ReplyDelete