Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, September 26, 2009

Minuman Campur Aduk Part 1: ABC @ Ais Kacang & Cendol

Aku tak tahu kenapa aku tak berapa minat sangat dengan ABC nih.
Maybe because of terlalu manis, or aku yang tak suka rasa sirap bandung dia.


Kalo aku order ABC,
aku tak lupa menitipkan pesanan penaja yang berbunyi lebih kurang begini;
"Kurang manis, taruk jagung lebih, taruk susu lebih, peanut lebih"

Dan aku attachkan taruk cogan-kata mencegah;
" Tak mau cendol, tak mau kidney red bean, tak mau manis sangat, tak mau lengkung @ cincau, tak mau bebola sagoo, jangan masuk accessories banyak sangat..."

Ini dah biasa : ABC = Air Batu Campur = Ais Kacang

Yang luar biasa : Member aku Si Shidah buat kenduri kahwin,
datuk dia sponsor satu kaunter ABC kat satu corner... On the spot derang pakat kisar air batu tengah hari rembang masa kenduri kahwin rancak berlansung.
Queue punyalah panjang kat kenduri kahwin tuh,

masing-masing duk nak merasa ABC kenduri kahwin.


Only RM3.00 per jug.
This are the Bazaar Ramadhan Section 13, Shah Alam Stadium version.
This Bazaar Ramadhan at Shah Alam Stadium - said & believed the best & the biggest in Malaysia.

* Ini bahan-bahan asas bagi orang pemalas macam aku*

* Petang semalam aku nyaris-nyaris beli air gula melaka yang dah siap di'dilute'kan,
botol 325ml kalau tak salah aku harganya RM6.90.
Suzie PA tak rasmi aku marahkan aku suruh aku beli gula Melaka RM3.50
jimat banyak katanya... iyalah...
Selalu aku beli fresh coconut milk kat kedai Nurhayati, Sg. Penchala,
ni angin tak berapa nak rajin... *

After Raya:
Here are my version of Cendol, homemade... self blend ...

* Aku taruk buah kabung sikit, nak kasi special... blasah jer Bedah ... *

*Pssst... Cendol brand Afdal nih kureng "flexibility"... menurut firasat aku ,
mixture dia tak betul, portion tepung beras terlebih...

so cendol jadik keras & berkecenderungan terpatah-patah sebab tak lentur @ kenyal,

kalo yang lembut tuh, banyak tepung pulut/tepung ubi dia taruk...
Kalo dah tak flexible macam ini,
macam mana cendol tuh nak 'bertebaran bebas' dalam air sambil nak mengapungkan diri dia,
alamatnya terbenam & mendap di dasar kolam jer lah jawabnya... sebab berat.*


Thee- hee- hee....
Aku baru sahaja buat at 4.50pm ... 26.09.09
(tak brapa 'kick' dia punya taste... al-maklumlah sumer instant mari...)

6 comments:

  1. adik kici...
    suma tara mau...ambik ais saja laa..
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. sedapnya...nak gi cari lah hari ni..

    ReplyDelete
  3. best best best...smua best

    kabung tu sedap eh..aku suka makan2 gitu je
    nak2 lepas taruk dalam esbok, kasi sejuk

    ReplyDelete
  4. Amboi Ibu Singa...
    kik-kik-kik cakap macam mamak cendol pulak dia...

    Venetian Blinds tuh dah sampai kat JUSCO

    ReplyDelete
  5. Dear Nas, sedap memang sedap cendol tuh.... lemak berkrim disukai ramai... tepat sekali.

    ReplyDelete
  6. Dear Deaf,
    Kabung tuh yang paling high value aku rasa dalam cendol ker abc ker...
    2nd place jahgung...

    ReplyDelete