Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Wednesday, August 26, 2009

Berdoalah Direct Kepada Allah...


Ini Najib Rohim.
Aku jumpa gambor dia.
So, aku tak ada kerja...
aku cilok hasil kerja dia...
jadik macam ini....


Kat atas ini, gambar anak aku Atiqah Jasmine Balqis masa berumur tak sampai 6 bulan...


Tuesday, August 25, 2009

Ikan & Komik (Pebret Aku)

Besar-besar...
Belum masuk kuali lagi aku dah tau dah betapa lazatnya kalau dah jadi lauk.

* Tuuu... haaa teruboks & the gang.
Siakap pun sedap *

Kalo aku pergi Pasar Borong Selayang ...
mau pengsan aku borong ikan-ikan besor betis, besor lengan macam ni.
Pasal? Rambang mata, disulami nafsu-nafsi selera makan.

* Yang panjang tu macam ikan barracuda
tapi sebenarnya tenggiri.
(aku dulu baca comic Pendekar Laut Si Jerung Harimau,
memyelam dalam laut di celah-celah schools of baracudda...) *


Apalah aku dah TER-melalut sampai Pendekar Laut lah pulak.

Eccheh....
Nostalgia lagik...
Pendekar Laut... Aku memang giler kumpul komik WIRA TUNGGAL nih dulu.
Laaa nih pun suka baca lagik koleksi lama.
Sekali aku teringat , terkenang jua daaa...


Siri Pendekar Laut @ Tiger Shark
Nama Hong Kong dia = Warlord Tiger Hell.
Nama pemilik gelaran Pendekar Laut (nama asal) = Pai Cheung Lang.
Komik Hong Kong yang banyak membentuk diri
para pengemar komik tanah air di negara kita.

* Orga The Killer Whale, nampak tak sirip Killer Whale tuh...
Orga = Arch Nemesis bagi Pendekar Laut.*


Aku pun dah ingat-ingat lupa kat Pendekar Laut Si Jerung Harimau, Orga The Killer Whale,
Blue Dream, Jerung Raksasa,
Penjejak Neraka, Hitomi, Zonan, Zinan
dan macam-macam pendekar kelas 3 & kelas 4 dalam tuh.


Banyak 'bentuk perkembangan minda' aku gara-gara membaca komik-komik cenggini.
Banyak betul duit aku habis masa tu
dek kumpul Siri Pendekar Laut,
(Harga dalam RM1.90 kalo tak salah)
Ada yang mak aku dah bakar,...
masa mak kemas-kemas bilik kat umah di Kedah...(aku tengah kerja, merantau kat KL).

Komik ni ada rentetan generasi..
Pendekar Laut Generasi I dan Pendekar Laut Generasi II,
dan ada pulak Pendekar Laut Generasi III ...

Pebret komik ;
(Siri Pedang Setiawan, Dewata Raya, Raja Rimba)


Akulah antara peng'gila' komik-komik sebegini.
Sebab apa? Sebab daya imaginasi yang tinggi, melampau & super merepek dalam komik nih.


Paling aku tak tahan....
gaya bahasa yang digunakan.
Sungguh cool... (bagi tahap otak kanan akulah...).
ade ker ...
Advance nya Pendekar Maut nih,
tak main lah buah kungfu Hikmah Tendangan Angin Puyuh Ker,
Hikmah Libasan Naga Berantai ker...
"Tinju Maut Pendekar Laut" 1 Juta HP
1 juta horse power tuh, kalo kena mau melambung sampai Alaska.


Fuiiyooohhh... tengok tuh.... Belang Tarung kat dahi.
Inilah yang dinamakan "Belang Tarung".
"Belang Tarung" ini akan muncul saat setiap watak nak tunjuk belang masa bertarung.
Kalo nak tahu hebat tak hebatnya sesuatu watak tuh,
"Belang Tarung" nih yang reflects kehebatannya.
Makin banyak "Belang Tarung" makin power lah hero tuh.


Ramai jugak member-member aku yang taksub dengan komik legend nih.
Sekitar tahun 1997 - 1998.
Siri sampai cecah beratus-ratus siri.... ala Telenovela.
Inilah salah satu wacana seni penceritaan
yang membuatkan ntah berapa ramai yang addicted
& setia mengikuti dari satu siri ke siri yang lain.
Aku dah tua sekarang nih, tapi aku tak kisah nak baca komik nih depan orang kalo aku terjumpa.

Sekian dahulu...
Terima lah Hikmat Ketenangan dan Ketenteraman Abadi 999 999 HP!!!

Monday, August 24, 2009

Aura... Aurora.. Rora - Ra...

Mender ntah...
Aku dah lama merayau-rayau (sampai tak dapat nak kuar & escapekan diri)
dalam sesawang Facebook sampai tak hengat nak berblog seperti sediakala...

Tiap-tiap hari aku agak busy ber Farm Town, ber Farm Ville, ber Bejeweled Blitz...
berquiz bagai...
So inilah antara quiz yang aku sempat layan si Facebook sana.

Sekian, terima kasih.

Aurora-Estranged


aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

malam ini
aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu disana
ku lihat, tersenyum, berwarna merah
ku tau kau selamat


Sunday, August 23, 2009

CELOTEH Ramadhan.... Aku Jua Punya Ceritaku Sendirik...

Dear Blogger Friends... Welcome Back...!

Ramadhan Datang Lagi...
* Selamat Menunaikan Ibadah Di Bulan Ramadhan Al Mubarak *


Lama dah aku tak up-date blog.

As Raya is coming closer,
I'm deadly busy guys...
Starting from 10.08.09,
I'm very busy woman.
Away from office,
everyday I have to visit stores.
Now, JUSCO have more than 21 stores....
imagine how I'm going to cope with that!.. (how terrible...)

Last week, turun Melaka 2X...
penat daily trip,

this week Friday I baru balik
dari Queensbay Penang, Seberang Prai City & Ipoh....
Next week 27th & 28th nak turun JB lagik - Permas Jaya, Tmn University & Bukit Indah ... Whooaaa & arghhh... !


Luckily all my kids with Nenek & Tok-Ayah di Tikam Batu, Kedah.
If not, I'm surely a dead meat.

Thanks Babah & Bonda for their kind support!

Ayah & Ibu....
Ayah dan ibu... itulah permulaan kami...
dapat melihat bulan dan matahari...


Yayyy!

Baru raya tahun ini 3 pasang...
Buleh amik by end of this month.
31st August 2009 buleh collect.
(posa tak abis lagik, dah sibuk dengan baju raya...)
Tahun ini aku buat:
1. Kurung Betawi 2. Kurung Pahang 3. Kurung Pahang Jugak

* Aku suka rich fabric,
tak payah taruk sequine dah, no beading works required... rimas...

My motto: Simple, Naturally fits, never overdone...

I opt for Classic Cut... I always go for classic look.

I hate something yang stereotype...
I don't like to follow mainstreams... *


* Yang ini aku agak menyesal sikit beli.
(berkilo-kilo jugak sesalannya kalo nak sukat)
Nhuhhh... looks like this fabric shouting...
" Look at me!"

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh TER-beli ini kain.

Dahler ader glitter sana, blink-bling sini...
isyyyhhh, ...
tak tergamak nak pakai waktu day event.

Aku tak mau nanti orang kata aku " Datin Wannabe " pulaks *


* Yang ini aku paling suka...
Aku nikan cerewet & very particular bila masuk bab perihal potong-memotong kain.
Cara potong, cara nak ambil sesuatu motiff itu taruk kat mana.


Baju ini designs dia jalur menegak (vertical order)...
Meaning A lines dia kena macam piramid...
sebab nak bagi effect kurus ... nthehhh... thehehehe....


Kalo nasib tak baik,
tailor tuh salah terbalikkan V shape macam piramid terbalik,
habis aku...
Nanti visual effect orang nampak aku
macam Super Heroes...
Atas besor, bawah kecik.

Berikut adalah contoh-contoh potongan badan Super Heroes Huruf "V"

* Super Dave: Daredevil for Hire
Nostalgik betul, cartoon nih aku suker sangat tengok masa tahun 1992 - 1993...
retro betul... LOL... kwa-kwa-kwa... *
* The Tick : Besor atas, kecik bawah... buleh? *

* Batman : Penyelamat Gotham City...
pun besor atas kecik bawah.. hunky ler tuh gamaknya... *


* Clark Kent a.k.a. Superman , dia punya kepak... aisehhh
takkan aku kelihatan macam Superman pada Hari Lebaran?*

(ini jugak dinamakan berlebih-lebihan,
aku insaf jugak pada kalangan yang kurang bernasib baik & zuhud pada duniawi...

Siti Fatimah binti Rasulullah, pakaian pengantinnya dari apa?)


Ada lagik 3 pasang
Aku beli masa Vietnam Trip itu hari.
Chiffon Vietnam, Kasa Vietnam & Sutera Vietnam
aku tak sempat nak hantar potong buat baju.
Itu aku dah plan untuk Raya Aidil Adha nanti.

Ibadah puasa.
Aku agak bersederhana ini tahun.

Tak ada lebih-lebih.

Sahur sekadar roti putih 2 slices.

Buka puasa pun dengan tempe goreng sahaja.

Yelah... kita bukan nak menjamu selera...

(Aku manusia biasa: mungkin di lain hari aku buleh cuba menu lain yang lebih istimewa...)

Lagik pun, mana mungkin di bulan puasa
kita menambah berat badan hanya kerana terlebih bersantap di malam hari?
Uishhh... amat menyedihkan.


Aku teringat jaman Rasulullah SAW.
Ada sahabat berbuka puasa
hanya dengan setengah potong tamar sahaja.
Ada yang hanya mampu berbuka pusa dengan sepotong lemak kambing sahaja.

Ohhhh... aku tak dapat imagine.

(Masa blajar kat U dulu, aku pernah buka posa dengan maggie mee jerrr,...)

I think...
Aku akan melalui Ramadhan ini berseorangan, sebatang kara.
Anak-anak jauh di kampung halaman.
Enche Anuar mungkin akan berada di rantauan - Langkawi, Kedah.

All Muslim colleagues will start take their Raya Leaves on 18th September 2009.
Aku sahaja yang kerja on 19th September 2009.
(sebab aku nak lajak Raya lama sikit kat kampung after that...
yelah, aku akan beraya at both side of family... KEDAH - PAHANG).

Dah 2 tahun aku tak balik langsung beraya di Kedah.

Habis kerja 11.00pm
So forecast 12.01 am akan start masuk highway,
by 5.00am reach my home-town.

Malam raya, tengah-tengah takbir bergema itu
aku akan memandu berseorangan
di tengah gelap pekat malam
ke arah Utara Semenanjung Malaysia.

Meet my kids, parents, siblings & husband there.

Wednesday, August 12, 2009

SUNGAI PENCHALA: Tunggu Kepulangan Kami!

Penat, pening, bersyukur... (menyesal pun ada...)

Starting on 27.06.2009 aku dah mula angkut sikit-sikit perkakas ke Pandan Mewah...
about 22+6km away from Sungai Penchala.
Mati kutu kami sekeluarga, dah dekat 4 kali weekend.
Tak tahu nak hang-out mana.
Aku rasa macam pelik ajer bila tengok kat balcony aku tak nampak beautiful natural view.
Nak tanam pokok pun tak bleh.
Officially 18.07.2009 aku dah tak balik-balik ke Sungai Penchala.
Kalo balik pun 2 minggu sekali.
Bagi makan ikan dalam aquarium & top-up fish tank dengan fresh water.

Until today: 13.08.2009 still tak angkut big furnitures & big appliances.

Syukur, it's not very late to regret.
I'm not happy here in Pandan Mewah.
Rasa macam 'hilang sesuatu'.
Walaupun hanya 6km dengan my workplace...
(konon nak jimat, toll-free, fuel saving, time-saving, 15 minutes travel)
Still tak bahagia.
Biarlah aku memendam rasa almost 1 hour traffic jam depan Istana Negara,
biar habis dekat RM20 sehari...
Asal bahagia & tenang itu pentingnya.

*Reverse kereta, terus turun bukit ke jalan besar...*

Home: There's no place like home... nest your body, abode your soul.
Rumah aku kat Sungai Penchala tuh,
rumah kampung, uzur, buruk dah reput dek anai-anai... (built in 1971)...
Tapi aku suka, ada 3 batang pokok jati dah dekat 30 tahun umur dia
tinggi menjulang kat back yard,
ada 4 pokok rambutan > 40 tahun umur dia kat sebelah tepi.
Petang-petang boleh naik endoi (buaian) yang diikat pada dahan rambutan.

*Anak aku si Atiqah Basqis sedang naik buai (lepas azan Asar baru boleh kuar umah)...
Gambar di snap dari jendela umahku, aku selak langsir & snap *

Atas a piece of land, cuma ada 4 rumah sahaja on the small hill.

Kuar dari kereta, tak payah kunci, tak payah tutup tingkap, boleh terus masuk rumah.
Kasut boleh terus tinggal kat tangga.

*A place where my kids freely to chase, to run & golek-golek atas rumput *

Very close to the Masjid.
Orang bagi ceramah & mengaji pun boleh dengar satu-persatu dari dalam umahku.
9 years in Sg Penchala.
My wee small heaven.

* Golek jangan tak golek... mama basuh baju pakai Breeze... *

Bangun pagi, penuh dew drops atas rumput, pucuk-pucuk daun menghijau...
Buka pintu, terus nampak bukit- bukau
& banglo dato'-dato' orang kaya on the opposite side.
I like this scenary.

Nama sahaja Kampung Sungai Penchala,
Tapi very close to mega Shopping Complex,
4 minutes to TESCO, JUSCO, Cold Storage, Cineleisure, The Curve.
15 minits to Hentian Duta.

Weekend, boleh hang-out dekat 1U ker, Tropicana City ker...
Boleh mandi FRIM Waterfalls... & easy to escape to perkampungan di Sungai Buloh.
Also boleh menyusur belakang umah orang asli di Damansara Perdana
untuk memancing lewat petang sampai ke malam.

* Aktiviti petang hari yang dirindui... mengaut sampah dengan cakar,
dedaun layu berguguran... rerumput kering dek mesin, dicakar dikumpul,
dibakar kat belakang umah.*


Paling penting: suasana kedesaannya.
1. Malam-malam boleh dengar bunyi burung tukang.
2. Musim durian, anytime boleh jumpa buah durian tergolek atas jalan jatuh dari pokok,
kalau kat belah Palimbayan
3. Pagi-pagi berkabus, sejuk sampai ke tulang hitam... macam kat Cameron Highland.
4. Pagi-pagi dengar kicauan ungas bertasbih, juga bunyi yama itik dari rumah-rumah jiran.
5. Rumah atas tanah, ada halaman.
6. Kalau hujan, sungguh hening & syahdu.

* Hujan di Sungai Penchala, detingnya ke atas zink menerbitkan irama unik nan indah...
jatuh derainya pada daun memercikkan gelombang terapi minda ...
mengintai hujan dari tirai kamar, memberi tempias yang sungguh damai *

Semua ini aku tak boleh jumpa kat area lain dari kampung.

So... I decide... 31.08.2009 : our last day in Pandan Mewah.
We will stay in Sungai Penchala as usual.

Thursday, August 6, 2009

Vietnam Tour Of Duty (Part 3 : Vietnamese Coffee PLUS Extra-Extra Info 'KOPI MUSANG')

Add ImageTrung Nguyen coffees
are one of the most sought-after pleasures
by tourists when visiting Vietnam.
These rich, multi-species coffees are deep roasted but never burnt,
giving you a uniquely delicious coffee experience.

Aku rasa kopi dia agak pelik & kelat sikit...
MC Law menakrifkan kopi Viet Nam agak berbau 'lipas' atau ada bau-bau kelipasan.
Deria aku tak trace pun unsur-unsur lipas pada setiap titisan air kopi ytang aku consume itu...
Kopi dia taste seolah-olah biji kopi itu di'harvest' dalam usia 90% kematangan.
Aku dapat rasa 'unsur-unsur bergetah' dalam setiap hirupan kopi Viet Nam ini.
Mr. Anuar menakrifkan rasa kopi Viet Nam
seumpama rasa saki-baki air kopi setelah dicelup biskut Marie ke dalamnya.
Isyyyyhhhh, itu Linh's Coffee Hazelnut Supreme

Untuk boss aku Linh's Coffee Butterscotch Creme,
Untuk Mak aku Linh's Coffee French Vanilla.

* Gambor nih aku snap masa 'brisk walk'
pepagi buta nak pergi Ben Thanh Market yang famous tuh...
jalan kaki dari Rex Hotel... dalam setengah kilometer ke pasar yang selang 3 block jaraknya.
Ini ialah "Viet Nam home-grown cofffe shop"...*


Aku ada beli kopi cap ni kat sebuah supermarket bernama BIG C @ Co-op Mart
(ala-ala Giant kat Malaysia nih... )
memang Giant ada tanam share pun kat Big C nih...
warna tema pun hijau-kuning... macam Brazil... macam Negeri Kedah.

* Macam pernahku nampak,
ingat-ingat lupa,

aku pernah jumpa packaging kopi serupa ini di Malaysia,
sebijik, tapi dia guna brand apa ntah... Insta-Mix ker apantah...*


Vietnamese coffee is intensely flavorful and can be brewed in most home machines,
and also is available in whole bean....
Hmmm,...sebelum aku terbang... "MEM" besar dah pesan, jangan lupa beli kopi.
Sampai kat sana, aku survey Big C...
tengok Nescafe dia murah,
nak belilah satu pack,
free jer kena sound dengan member...
"You nih... orang datang sini go for dia punya kopi, begini jauh datang semata-mata nak beli Nescafe? Rugi-rugi... kat sini orang tak pandang Nescafe... "

* Sampai tanahair, sapa yang pergi dah 'handover' dah apa-apa yang patut sebagai souvenir...
Lai Mun beli gula-gula kopi, sorang dapat satu sachet cofffe + 4 gula-gula kopi...
aku agak lambat menyusul... 4 days after that,
sampai kena dengan Suzie,
"Hai...kak... kena tinggal dengan flight kerrr?.."
Amboi, amboi, amboi... *


* Ini yang aku pack untuk diagih-agihkan kepada unit individu , errr... orang perseorangan...
hingga kini masih ada 3 bungkus berisi 250gram kopi Vietnam di rumahku...
so.... siapa yang berminat, sila angkat tangan...*

Nak beli tak reti-reti...
aku stand alone kat sana... lone ranger gerak sana-sini...
Staff dia pun tak faham bahasa.
Aku tanya sorang customer, bila dia dengar aku cakap omputeh,
terus dia angguk-angguk & cabut lari...

Ada sorang kakak tuh, dia ingat aku orang local,
dia tanya apantah pasal deretan kopi kat situ, dia dengar aku cakap terus dia blah.

Akhirnya, ada sorang ahkak dalam umur 45 tahun agaknya,
dia sahaja yang layan aku.
Macam ayam bercakap dengan itik.
Customer tuh kelakar jugak, yer-yer-orr jer aku cakap English, dia balas cakap Vietnam.
Last-last aku cakap Melayu, pun dia balas Vietnam.
Tangan asik buat gesture ala logo Kacang Tanah Mengelembu Cap Ngan Yin.
Kira 'best' lah tuh, highly recommended.
Aku amik yang bertanda no.3 & no.4... no.4 mahal sikit sebab campuran 4 species kopi.

Kepada sapa yang tak familiar logo Ngan Yin,
nih aku begitu bermurah hati tolong tempek, kata orang buat penyeri suasana...



Bahawasanya aku nak beli kopi,
tapi tak tahu mana satu kopi yang meletup...
dan mana satu yang malatops...
Agak-agak...tengok facing mana yang paling banyak...
ikut logik retailing concept....
facing, maksudnya kopi mana yang paling banyak didisplay atau memdapat liputan meluas, maknanya itulah yang paling popular di kalangan customer kan?

Brew Vietnamese coffee in your Phin filter/miniature drip brewer (coffee maker)
It delivers a slow- dripping, intense brew that carries the full compliment of flavorful coffee oils. Yum, Yum! It is rather like espresso if consumed straight up.

Sebenarnya kopi atau nama glamournya coffee
telah diperkenalkan ke Viet Nam
oleh French Colonist (penjajah Perancis, senang kira)...
pada akhir abad ke - 19.
Haaaaa.... sejak dari itulah, bertitik-tolaknya
Viet Nam tetiba menjadi sebuah negara pengekspot kopi terbesar (jangan tak tahuuuuuu.... ).

* Macam ni cara nak brew kopi Vietnam... *

Kopi kat sini ada macam-macam variasi cara bancuhan nya...
Ikut region mana kopi itu dibancuh...
ala daerah pergunungan ker, ala Delta Mekong ker, ala Hanoi ker...
(yang ala-ala ini, aku yang reka-reka nak menggambarkan kepelbagaian citarasa kopi yang dibancuh ikut style kegemaran penduduk sesuatu kawasan di Viet Nam)

* Taddaaaaaa... tengok, aku dah boleh brew kopi style Viet Nam kat umah aku *

Coffee is written in Vietnamese as cà phê.
Hot black coffee is
cà phê den nóng
Hot coffee with milk is cà phê sua nóng in the south or nâu nóng in the north.
Iced black coffee is cà phê dá
Iced coffee with milk is
nâu dá in the north or cà phê sua dá in the south.
(aku tension, banyak sangat phonetic marks kat spelling & writing...
mak very the serabutsssss sebab tak biasa)


Aku quote bulat-bulat dari satu web;
"Because of limitations on the availability of fresh milk,
the French and Vietnamese began to use sweetened condensed milk with a dark roast coffee"
(sama macam kita kat sinilah...)

Masa ini aku suruh pompuan tukang jual kopi ini tunjuk aku biji kopi Blue Mountain...
kira punya kira, congak punya congak, satu peket 100grm = RM15.00

Kat Ben Thanh Market nih, punyalah mahal harga ordinary Vietnam Coffee
yang dah commercially pack derang mark-up,
nasib baik aku dah mengular during my free time kat Maxi Mark,
banyak assortment kat sana, banyak unique choices & rare blends.

* Permandangan biasa di most of the streets...
coffee bean shops is the king of the street...
everywhere boleh jumpa... *


Cuma aku nak pesan... kalo-kalo korang travel ke Indonesia ker, ker Vietnam ker...
ke mana-mana sahaja...

* Tu haaa... WELSEL ... wrongly spelled...
sebenarnya patut dieja WEASEL

Species musang jebat atau musang kasturi , nama standardnya CIVET,...

cheh kabur mata sebab ditokok lagi ditambah SUPERIOR QUALITY... *


(tak tahulah kalo-kalo korang tergamak menghirup secangkir kopi yang berperisa begini yang telah didatangkan khas segar dari "tuuuuut' seekor musang... )


Sebelum itu dah lama aku baca article dalam Berita Minggu pasal biji kopi paling mahal & mendatangkan nikmat yang tak terhingga ini keluar dari 'tuuuut' musang yang makan buah.
Dikhabarkan ianya adalah biji kopi paling mahal di dunia, dihasilkan di Indonesia,
hanya mampu dinikmati oleh kalangan ternama & jutawan sahaja.

KOPI MUSANG = Luak Coffee is the coffee beans which are found in luak/civet droppings.
Luak only forage on the most ripe cherries,
digest the fleshy outer layer, and later excrete the beans.
The coffee beans in Luak's droppings are already piled-up,
this differentiate with other coffee beans that are commonly processed in factory.
In the digestion system of the Luak,
the beans are having a chemical reaction, mixed with the digestion enzymes of the Luak.

These enzymes give a different taste in Luak Coffee.
If Luak Coffee is consumed, the taste is lighter, low acidity, and the texture is smooth.



Ada 2 method nak menghasilkan KOPI MUSANG nih...

1. Secara semulajadi, musang makan buah kopi secara bebas... then naturally musang pun membuang AYER BESAR dia...
biji kopi tak hadam...
bercampur gaul dengan 'buttery' tuuuuut yang melekit-lekit pada biji kopi itu,
digoreng dalam kuali (roast) sebagai penambah perisa...
kira taraf-taraf ORGANIK lah nih...


2. Cara kedua, secara tiruan... Musang diternak.
The coffee beans were fed to these creatures
from which the partially digested crap was collected from their faeces
and somehow processed into these gourmet coffee.

Ini adalah antara produk kopi yang sempat aku 'buah-tangan'kan ...
untuk dibawa pulang.

Yang berbungkus, ber-ribbon' bagai itu
aku beli kat Maxi Mark... murah jugak.
Sebungkus avaerage dalam 24.000 DONG
bersamaan 24000 x 0.00021 = RM5.04
ada yang amik rate x 0.0017 = RM4.08

Aku yang the only one yang sempat beli benda-benda pelik kat sini.
(Sebab aku time orang buat kerja, aku dah jalan-jalan... tapi kerja aku dah settle tau...
sengsorang senang sikit nak beroperasi... belek itu, belek ini... tinjau sana-sini...)
Lai Mun agak ralat tak sempat beli yang macam ini...
kat Parkson, harga dia dah jadi mahal dalam 38.000 DONG

Tiap-tiap kali pergi overseas business trip, aku mesti bawak extra bag.
Time timbang luggage paling mengerikan.

Ada sekali kat Bai Yun International Airport, Guang Zhou...
aku punya luggage terlebih had muatan... kekekekekkkk...

Yang hijau kuning tu... katanya coconut candy made of coconut milk & durian.
Lerrrr... rupa-rupanya rasanya tak ubah macam dodol durian.
Sedap jugak...
Yang berbungkus merah-putih itu ialah nougat kacang tanah... boleh tahan.