Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Thursday, March 26, 2009

Jejak Ke Gunung Senyum ... Part 2

Jemputlah berkunjung ke Gunung Senyum kalau ada kesanggupan & kemampuan.


Mak mertua aku (masa mudalah, masa dah senja manalah dayanya), Pak Mertua aku, biras aku
sumer dah lepas sampai Gua Taman dah.
Aku jer tak mencatatkan lagi sebarang rekod peribadi ke daerah itu.
Bilalah agaknya.


Geram aku... Tak da orang yang sudi nak snap gambar aku masa tu kat situ.
Orang bolayan, so terpaksalah aku snap yang mana sempat,
dahlah kena tinggal jauh ke belakang.
Tapi tak apalah jugak, kira nasib banyak baik jugaklah... comot benar aku masa tuh...


Apa yang paling aku teringin juga teruja...
Aku nak pergi kat satu lubang ajaib.
Orang gemuk, ukur lilit badan besor tak semestinya tak boleh bolos @ lolos ikut lubang itu.

Dannnn... janganlah disangka orang kurus melidi, pipih pasti akan berjaya membolosi lubang itu.
Ish, ish, ish...


Aku marah jugak kat tangan aku yang asik-asik gigil nak snap gambar.
Banyak gambar aku tak jadik, bergegar macamlah gua tu tengah kena gempa.

Encik Anuar nampak gayanya tengah hairan.
10 tahun lepas, kali terakhir Encik Anuar datang, mana ada berpagar begini bagai.
Tak ada anak tangga, pandai-pandailah korang nak memanjat masuk.
Satu signboard pun tak ada.
Memang asli punyalah, yang ori - belum dikormersialkan lansung.

Aku bila tengok bukit batu kapur cenggini,
ingatan aku pasti melayang kat 2 tempat
yang cukup menggamit nostalgia zaman anak-anak aku...

Pertama, Gua Batu Kapur kat Perlis...
apa nama ntah, aku tak ingat... Berseri ker apa ntah...

Kedua, Ipoh... sentimentalnya... aduh...

Ini entrance nak masuk ke Gua Terang Bulan...


Jaman 10 tahun lepas,
all over dinding gua penuh dengan water running down from top to bottom
A lot of moisture.

Jaman sekarang masa aku pergi hari tuh... dinding gua kering kontang...
siap ada contengan tangan-tangan nakal lagi gatal penuh mencemari keaslian alam sekitar...

Ada tuh "Joe luv Nina",
"Tenuk wuz here"
macam-macamlah... pening ada, marahpun ada...

Ini beginning nak ke Phase Gua Terang Bulan.
Kata husband aku, jauh sangat beza (jelas ketara) 10 tahun lepas last dia datang ke lokasi ini nak dibandingkan dengan kedatangan kami di tahun 2008/2009



Aku nih, manalah pernah masuk gua,
dah tua-tua gini barulah kepingin benar nak adventure tak tentu hala-anginnya.
Dah macam tuh, pergi ke Gunung Senyum aku sekadar berlenggang kangkung.
Husband aku expect aku bawaklah everything dalam knapsack yang aku galas tuh.
Sampai kat point nih, dia tanya "Mana torchlight? Tali?"
Aku selamba ayam cakap , "Mana ada, tak cakap pun tadi..."



Aku ingat Encik Anuar dah prepare everything.
Encik Anuar ingat aku yang prepare everything sebab aku yang beriya-iya sangat.



Dulu sangat kelam, gelap, nampak sebiji macam bulan purnama bulatnya cahaya matahari dari lubang kat atas bumbung gua nun jauh kat atas sana...
So, the effects jadi macam sinaran bulan purnama mengambang tengah malam gelap pekat.



Semput aku dibuatnya... pish-posh, pish-posh macam napas Darth Vader.
Sampai terpelecok, tergelincir, terpeleot terduduk atas tanah.
Encik Anuar buat tak tahu ajer.

Ini adalah Gua Kolam Tujuh.
Menurut cerita-ceriti orang, paras air Kolam Tujuh ini tak tentu.
Sumber air pun tak dapat dikenal pasti dari mana sebenar-benarnya punca.

Ada orang kalau pergi satu kolam pun tak ada air, kering kontang.
Ada orang pergi hanya 2 kolam sahaja ada air, kalau bernasib baik ketujuh-tujuh kolam penuh air...

Encik Anuar pernah pergi, sekali sahaja ketujuh-tujuh kolam itu penuh dengan air.
Waktu itu Encik Anuar pergi dengan member dia yang 'tak berapa betul'...

Masa aku pergi hari itu, hanya enam kolam yang ada air. Satu kontang.
Aku rugi besar, dah gelap samar-samar, suram, tangkap pakai kamera handphone,
hapah pun tak nampak...
Tapi aku tak tipu tau, memang aku dah jejak kat situ...
(tak ada proof jer, hmmm kalau tak ada bukti, sah-sah masuk mahkamah pun kalah)


Encik Anuar cekap pinggang, geleng kepala,
parahlah macam ni nak adventure masuk gua kalau tak lengkap props...

Habis tuh apa aku bawak dalam knapsack yang berat bagai itu?
Aku tak ingat apa-apa, tak terpikir lansung... yang aku tahu, aku bawak 2 botol besar air mineral, kuaci, ubat, roti... (sah-sah mentaliti makanan punya orang...)

Dalam Gua Kolam Tujuh.

4 comments:

  1. explorer betul ler ko
    tak ramai orang cam gini

    keep it up

    ReplyDelete
  2. La ko Deaf...
    Ko pun apa kurang jugak...
    Pegi Sydney nekad nak tengok Maiden (huuuu...)

    Jauh tuh...
    Masuk muzium kuar muzium... masuk Filharmonic Theatre lagik...

    Aku cuma suka nature,
    aku dah tak larat nak idup kat hutan batu memanjang...
    lagi pun sumer tempat yg aku pegi berjalan free of charge...

    Haaa... cuba ko invest pegi Tasik Kenyir Terengganu ker, Tmn Negara Hulu Tembeling, Pahang ker... Sure reward utk diri ko yg asik membesar di Kota Singa sana...
    Tak mahal, habis kuat kos utk sorang dalam RM250 Malaysia jer...

    ReplyDelete
  3. sy suka xtvt mcm nie... gua, gunung, hutan rimba... sy suka meneroka alam semulajadi.

    ReplyDelete
  4. Ha, betul-betul-betul...
    Dari blog KuIna dah tau hutan batu ker hutan hujan tropika...

    ReplyDelete