Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, March 21, 2009

Jejak Ke Gunung Senyum ... Part 1



Dah lama... dah nak pergi... kawin dah takat 7 taun dengan orang Jengka, Pahang
Anak pun dah tiga orang.
Tapi sayang, tak pernah menjejakkan kaki ke Gunung Senyum...

Kalau kat Kedah negeriku yang tercinta itu,
aku tahulah Gunung Jerai, puncak tertinggi di Utara Semenanjung Emas ini.
Itu naik kereta pun boleh sampai kat highest peak...
(Gunung Jerai, tunggu aku pegi balik ya, need to snap some current photos to publish here)



Ni masa kami pergi tengah hari, tengah panas bukan main bulan puasa minggu kedua...
Huish... dahaga tak payah cakaplah...
Dah tu, masa pegi & baliknya bukan ikut official road melalui Jengka 21.

Ini ikut Jengka 25, off-road masuk Ladang Kelapa Sawit.
Short-cut, jimat masa...



Husband aku cakap, ikut lipatan nostalgia dia kecik-kecik dulu...
cukup sekadar berbasikal 20 km datang sini lepas sekolah.

Masa tuh tak ada pagar lagi keliling Gunung Senyum.
Boleh parking basikal ker, motor ker ngam-ngam betul-betul bawah kaki Gunung Senyum.




Bagi pendapat aku, Gunung Senyum ni, taraklah tinggi mana pun...
Ala-ala tarap macam bukit batu kapur "Batu Caves" tu aja...
Digelar Gunung sebab kat tanah Jengka yang lain di sekelilingnya hanyalah tanah pamah & paya agaknya... nampak lain macam terserlah tingginya.

Dah dapat pergi, tak sampai jugak ke tempat-tempat sepatutnya kakiku injak...
Banyak phase rupa-rupanya... 12 gua..

* kalau dah carry anak macam nih, macam mana nak adventurenyer... bapak nyer...*

1st trip pegi hari tu, not planned, bulan puasa 2008.
Tak seswuai...
Aku punya stamina bukannya boleh pakai sangat


2nd trip pegi, February 2009.
Tak bawak lampu, macam mana nak naik ikut gua-gua...

3rd trip...
Akan prepare props nak naik sampai Gua Taman at least... katanya...


Aku kalau balik ke Kedah ker, balik ke Pahang ker...
memang tak betah duk kat umah...
dah dasar taik lalat ada kat tapak kaki, ada kat buku lali, ada kat betis, kat paha...
agaknya musti kuat berjalan...
sana nak pegi, sini pun nak pegi, eh... situ pun nak pegi...

Jambatan Gantung merentasi Danau Impian.
Banayk jugak orang memancing kat sini
walau diletak signboard "Dilarang memancing "

Manusia, kalau ditegah lagilah nak buat.
Pantang dicabar babe!
Patut gantikan ajer dengan "Kalau nak pancing, pancing la!"
Atau yang lebih sopan & santunnya " Silalah memancing, jangan malu-malu"


Adam sampai tertidur, letih sangat lah tuh gamaknya.


Panjang jambatan gantung ini, panjang jugalah agaknya postingku kali ini.
Ingat nak stop dulu, lain kali buat Part2 pulak yang aku pegi buat second time tu...


Awas! Jambatan gantung ni ada yang reput, dimakan usia papannya.
Kaki Atiqah hampir jerlus terperosok ke bawah dibuatnya.
Bahaya...

Budak dua orang duduk bertenggek kat Rumah Tradisional Pahang.
Ada aku baca kat mana ntah, ada forumer itu kata dia lahir di rumah itulah di lokasi asalnya...
Hmmm... nolstalgik sungguh.

Aku pulak lahir di Hospital Kuala Lumpur,
mana nak nostalgianya, katil yang mana satu pun aku tak dapat nak tahu...


Chalet-chalet sepi yang terdapat di sini...
Sambung lagi dalam next posting.
Sekian, chao!

2 comments:

  1. triple s
    everytime aku kagum ngan tempat2 ko pegi
    thanks for sharing, aku tak tahu ada tempat2 ni pun

    ReplyDelete
  2. Tak apa kalau ko nak kagum dgn alam semulajadi ciptaan Allah Yg Maha Agung...

    Bukannya kagum sebaba aku dah dapat pegi kat situkan?

    Ko pun buleh pegi kalau ko mahu...

    ReplyDelete