Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, January 5, 2008

Jalan Keretapi BUKIT MERAH, Bukit Berapit

Lihatlah landasan keretapi nan panjang merentasi Tasik Bukit Merah,
cukup indah, cukup mendebarkan, cukup mengesankan...

Terowong Bukit Berapit

Gambor-gambor ini cukup nostalgik...

Aduh, aku terkenang masa aku kecik-kecik dulu, abah & ibu bawak naik keretapi dari Penang ke Singapura, atau dari Arau ke Singapura, patah balik dari Singapura ke Perlis.


Kecik bebenor lagi aku masa tuh, dalam umur darjah tiga. Tapi aku dah boleh ingat. Masa tiap-tiap kali keretapi nak lalu Bukit Berapit mesti keadaan jadi kecoh dan semua penumpang stanby nak mengalaminya - nak ambil feel kata orang...


Satu lagik time keretapi nak lalu Tasik Bukit Merah,
ohoiii.. saujana mata memandang,
aku ingat lagi masa tuh aku tadika,
keretapi lalu kat Tasik Bukit Merah dalam pukul 4-5 petang, hujan turun renyai-renyai...
tasik Bukit Merah penuh dengan dedaun bunga teratai warna merah muda...

aku terlalu kecil masa tuh,
aku hairan kenapa kiri-kanan keretapi penuh dengan air,
biar betul..?

Macam mana keretapi aku boleh tukar jadi feri?


Last sekali aku melalui laluan yang penuh dengan nostalgia ini
pada lewat penghujung tahun 1994,
tamat English Intensive Course di MSM Sungkai, Perak.

Aku dan member-member aku yang duduk di utara naik keretapi dari stesen Bidor,
keretapi lompat-lompat. 1 gerabak ada 4 orang sahaja masa tuh...

Tengah hari itu keretapi melalui Tasik Bukit Merah sekali lagi...
aku berdiri di muka pintu, syahdu betul... masa itu tak ada kelopak teratai & telipuk mekar. yang melambai perjalanan aku

hanyalah kocakan gelombang air tasik Bukit Merah berwarna merah
dek warna tanah sepanjang melintasi lokasi itu.

Bukit Merah Lake aka Tasik Bukit Merah

This is my dream,

nak naik keretapi lompat-lompat, nak lalui sekali lagi Tasik Bukit Merah,
kala musim teratai kembang mekar mempamerkan warna merah penuh pesonanya...

Tom Yam Kaki & Bola

Kaki cik ayam yg aku gulaikan menjadi tom yam akibat kehabisan stok ayam di Sg Penchala.
body food

Si Bonjol FlowerHorn KuSayang

Nilah Flowerhorn kesayangan bapak aku & ahli keluarga aku di Kedah. Si Tenang Bonjol.
Masa tuh taun 1999 - 2001, masa kegilaan masyarakat Mesia pada species Flowerhorn.

Ni first time aku snap gambor dia guna Sony Video Cam, lepas tuh terus aku balik ke KL.
Esoknya juga aku diberitakan bahawa Si Bongkok Dari Dalam Aquarium nih dah arwah.


Mewah Si Bonjol nih... Sehari dilepaskan sebungkus anak ikan kat 30 ekor kasi ko ngap.

Wednesday, January 2, 2008

Anak-Anak Permata Hatiku (At Tikam Batu Granny & Grandpa's house)

Ranger merah

Ranger baju bunga

"Bertukar....!"

melompat dengan lebih tinggi...!

uisshhh... !

wajah sebenar anggota Power Rangers...
markas: rumah Tok Ayah & Nenek kat Tikam Batu, Kedah

Identiti dikenal-pasti: Asyraf Daniel Imran & Atiqah Jasmine Balqis

Samurai Siput Rambut Sikat



Tuesday, January 1, 2008

Japanese Restaurant (Nama tak Ingat) Royal Palace Hotel


Kalau makan di sini, nak tahu berapa? $360
(RM130) satu kepala.. Private dining room lah katakan… Exclusive gittew… He,he, he… last2 sekali tak jadi… pergi ke makan ala carte di Japanese Resyaurant yg sama…
Aku & Miss Makeis masing2 makan Ebi Tempura share Salmon Steak, Mimi & Fauzi masing2 makan Salmon Steak & share Ebi Tempura…


Mana2 non- Muslim depa makan ala buffet… RM60 satu kepala.. Ala carte ikut meal yg kita order. Yang aku jealous, mkan buffet memang boleh makan banyak… tiram mahal, macam2… bila sampai kat steamboat yg bahaya… celup BA-ALIF-BA-YA, celur kepah, celur brocolli… Hush…memang banyak yg tak boreh makan…

Li Hua Old Hall Exhibition Centre (27.10.07)

Ini ialah Old Hall Exhibition Centre di Li Hua…
Dari Royal Palace Hotel, mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan nak ke sini…
Old Hal ni amat memenatkan…
ala2 Complex Pertama atau Komplex Kotaraya, turun naik tangga…
yg paling azab… toilet dia…
Exhibitors kat sini agak kurang beruntung, kerana ramai International Buyers macam aku ni dah pergi ke New Hall Exhibition dulu yg lebih variety & assortments, walau bagaimanapun, utk wickworks (anyaman, kat sini sedigns dia advanced, modrn & up-to date)..







“Santapan Pilihan’ Menu ‘Cik Bi’ ?

Ni hari ke-3,
pergi mana ntah… Dong Guan City, geng2 ‘Cha-Ya-Nun-Alif’ nak makan ‘Cik Bi’
lepas 2 malam kempunan tak dapat makan ‘Sajian Idaman’…
kita pun yg minoriti ni pun… huk alahai
Aku sebenornya banyak gambor kat sini,
tapi dah delete sebab memory camera full dah…
gambor nih Kelvin Dilip Kumar yg tangkap sebab kesian kat aku, org lain sibuk shopping…


Kelihatan deretan kedai2 Bak Kut Tehh..
Antara yg disebut2 ialah Singapore Bak Kut Tehh..

Gambor yg bawah nih ialah kedai yg kami pergi terpaksa pergi makan…


Asingkan 2 meja:
a).Meja no1 aku, kanan aku Miss Makeis, pastu Kelvin, Cecilia Choong, Sherlene, Wahida Ahmad, Fauzi, Mimi & balik kat aku balik.

b).Meja pemakan Cik Bi: Motomura San, Mr. Ng, Moo Siau Seah, Loke Lai Mun, Yvonne, Kawan Yvonne, Kak Haizon (Tapi Kak Haizon tak makan apapun kat situ, minum pun tak)


Aku tawakkal jer waktu makan, mana taknya.. Kuali, periuk, minyak, serba serbi, uhum… ehem, ehem…

Menu ikan, sayur kobis panjang, taufoo, sayur alfafa ayam (fauzi & wahida makan ayam), kacang buncis… heee.. Sedap semacam jer kacamg buncis tuh… kembang tekak aku… kedai nih tak de garfu & sudu… letak pinggan pun pakai hentak2 & campak2… Bil $890 duit China.

Hari Ke-3, baru aku boleh abadikan kenangan… Di New Hall Pa Zhou Exhibition Hall Complex…

Hari ke-3, lengang sikit sebab buyers dah pergi ehibition lain… Ni baru kat foyer dia ajer… lobby luar, belum masuk hall lagi…

Gambor dalam hall tak sempat ambil, crowd ramai sangat… masa nak snap, asik tertangkap muka org melintas


*************Pending: Gambor belum tempek.

Masuk Hari Ke2 (Tukar Baju Purple warna Barney)


Gambor di atas; Icon Home Style Fair
Welcome to Home Style Fair 2007
Date:October 20-28th, 20079:00am - 9:00pm, October 29th, 20079:00am - 16:30pm
Categories:Porcelain & Ceramics, Rattan & Iron Handicrafts, Glasswares, Wooden Products
Exhibition area:46000M2
Address:Poly International Plaza, No.668, Yue Jiang Zhong Road,
Guangzhou (beside Shangri-La Hotel)
Admission:Trade only.
Attendees must be 18 years and above.
Future shows:2008 - April2008 - October

Kitaorang nak pergi sini....

Mercu tanda Home Style Fair - Warna tema : Hijaw

Tunggu feeder bas tepi jalan - aku yg beriya benor mengajak manager-manager aku turut serta

mengabadikan "proof" yg aku memang wujud masa itu


Cheh, sempat lagi tuh, orang tukang registerlah yg jadi mangsa - tukang petik kamera.









Antara barangan yg di kenal-pasti nak 'indent' masuk Malaysia

Di mana ada ikhtiar, di situ dapat aku bergambor... Pueh ati den...
Lepas sourcing barang kat HomeStyle Fair, punyalah lapor yaamat…
nasib baik depa bagi refreshement & provide lunch.. FREE tu jer yg menarik tuh…

Lunch lah konon… macam sarapan pagi bagi aku jer… aku sebenornya dah tangkap gambar kuih2 muih dia & gambar makanan aku, tapi dah delete sebab over capasity memory camera.. Sayang sungguh..

Kat sini menu utama umatnya ialah Cik Bi…
manakala, menu utama aku ialah tomato cheri… korang dapat bayangkan tak?
Sehari aku miminum makan 30 biji tomato cheri? Tak kiralah breakfast ker, lunch ker, dinner ker..
Sebelah mangkuk tomato cherri, ada mangkuk Cik Bi, ada mangkuk apa2 daging Ham lah, smoked baconlah… aku amik pakai tangan kosong jer… yelah, pengapit dia / senduk dia orang mungkin dah tershare…


Apa-apapun meh kita tangkap gambor lagi sebelum naik van balik, ada jugak pekdahnya

CAC Fair Pulak..



Kalau nak tahu, gambor nilah yg paling ‘menjadik’ kata org kampung aku – fotogenik
sepanjang aku kat China & Hong Kong hari itu…
Ni kalau tak salah hari ke-2, di Dong Guan CAC Fair… orang tukang register yg jadi photographernya… suspens dia bila aku panggil suruh ambil gambor, ingat apalah…. Nak komplen ker haper… Aku meghadap register counter dgn 20 petugas masing-masing memandang ke arah aku…
Kat kedai bakul

Gambor kat atas ni aku yg tangkap sendiri pakai 'intelligent picture function'.
Orangl ain dah tak koser layan aku nak bergambor.

belon, tak habis-habis belon, merata-rata belon

Jeling bang, jangan tak jeling, nak masuk internet nih...

New Hall Exhibition Center, Guang Zhou



Ni permandangan dari atas escalator jejantas kat New Hall Exhbition Center pada hari kedua.

Bayangkan pada hari pertama, visitors from all around the world, US, UK, Russia, Arabs, Israel
Semua bertumpu kat sini, bas nak dekat 500 bijik parking kat parking area. Nak jumpa 1sq ft tempat berdiri pun payah.


Kalau kita tak bergerak – statik, org akan berasak2 tolak kita suruh bergerak. Itu belumlagi hilang… depa bukan faham cakap omputeh…


Kalau ilang macammana nak cari nak… handset tak ada $$$ mahal roaming… Exhibition Hal 7 Tingkat. 1 tingkat ada 8 hall, 1 hall besor dia sama dgn 4 padang bola… Tanya org macam cakap dgn ayam dan itik…. Hu, hu, hu…


Kawalan security punyalah ketat, scan setiap bag macam kat airport, letak sensor kat badan… manalah tahu ada pengganas bawak bomb…