Abuse & Adore
(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.
Saturday, June 30, 2012
(Don't) Look Back In Vain
ketika jiwaku masih ada pada waktu
seperti dalam genggamku
segala masa seperti dalam kehidupanku
dan jika memang masa lalu yang pernah kulalui
mungkin membekas di sini adalah seperti noda
semacam luka
semacam cela
.
.
Friday, June 29, 2012
The Call
i am always prepared no matter where i am required in this world
answer the Call which waits for 1400 years!
where is 'The Hope' which will put an end to 'tyranny' and 'oppression'?
where is he who shall not rest until he answers 'the cries of help' when called upon?
.
Wednesday, June 27, 2012
Wahai Kalbuku Naiklah Tinggi-Tinggi...
tapi aku tidak peduli
lari terus berlari
menyatakan aku tetap aku
dengan aman
senyumlah sepuasnya
jauh berbeza
bagai yang dirasakan
rasa yang di sini
Dunia Batin Ku
tak terasa nak pulang petang . sekarang .
redd rohim sedang berbaring di atas open roof top aras sa-puluh
kaki bersilang
baring di bawah mentari petang
pejam mata . celik mata . pincingkan mata
aduhai kekasih . aduhai .
berbaring di dalam kolek hanyut ke muara
teroleng -oleng pasrah bagaikan musa masa bayi dalam kotak dihanyutkan dalam nil
redd rohim duduk diam-diam.
kosong . kosong . kosong .
diam . diam . diam .
alam saghir -ku, dunia batin - ku
.
Posted by
Aisya Redd Rohim
at
6/27/2012 08:05:00 PM
Labels:
Alone Monologue,
Ntahhh.. Kerja Aku,
refreshment
Monday, June 25, 2012
Hati Sanubari
biarlah saya menyebut apa yang terasa
kemudian tuan bebas memberi saya nama
dengan apa yg tuan sukai
saya adalah pemberi maaf
dan perangai saya adalah mudah, tidak sulit
cuma rasa hati sanubari itu
tidaklah dapat saya menjualnya
katakanlah padaku. demi tuhan
adakah rasa hati sanubari itu bisa dijual?
.
Saturday, June 23, 2012
malas
9.32 malam . esok ahad beb. tak ada nyer aku nak adakan acara ronggeng.
jadi pengetuk key-board lagi baik... leh gak aku wat laporan apa-apa yang patut dari lokasi kejadian.
aku memetik-metik permukaan japanese table ku.
melaraskan irama lepas aku balik dari kubur kul 3.30 petang tadi.
lepas aku cakap-cakap dengan Sime Tyre... aku tak punya Kamalul Yaqeen.
kang tayar Sime Tyre meletup kat South Klang Valley Expressway kang... bahawasanya aku sudah lupa aku dah tak der sesapa kat Kelang punya lembah neyh sekarang.
so aku auto-lencong lah ke Perkuburan Islam Bukit Kiara.
pertama kali aku jejak kali selepas hampir 15 tahun bermaustatin di area neyh.
ntah kubur siapa aku ziarah aku pun tak tahu. ntah kubur sapa aku singgah aku tak ambil tahu.
yang aku tahu aku nangis beriya bagai kat bawah perdu pokok tadi siang nya sebab aku fikir kalo aku mati sok-sok hari, ada tak strangers tetiba tercongok nak mai baca sadaqah tahlil 70,000 horse power kat kubur aku tu.
bila kupejamkan mata . segalanya menghampiri . ke layar rasa semalam . termanggu sejenak
malasnya kumelangkah ke sana . mencari sempadan kehidupan . yang selalu hilang sebelumnya
di sebalik satu kenyataan .
sesungguhnya malas itu indah . tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa . dalam berusaha mencari sesuatu
kekurangan di sini . sudah cukup buatku . apa yang ku genggam itulah harapan .
kelebihan yang datang . adalah kesyukuran . selagi dapat menyedut ketenangan.
sehingga terasa di jiwa . nikmatnya.
Hurmmm... lepas aku baring atas rumput carpet di tepi sebuah pusara , bawah naungan pephon kemboja di sana. aku mendapat inspirasi... huhuhu... cool lagi gila, beb... tapi aku rasa damai & tenang luar-biasa diraih dari sana. sejuk hati aku.
yelah, tengahari tadi aku memakai gamis serba serbi putih, kain kekotak, tudung pokla dot.
aku pun melagukan ikut sedap mulut aku sahaja sambil berjalan pulang di bawah teduhan pepohon kemboja... gugur bunganya mewangi ...
Selagi air ke hilir, selama gagak berbulu hitam...
berani dikerat, tahan dikepat
nafas tersentak tidak disayang-sayang
umur sejemput tidak ditimang-timang
cheeewahhh...! amacam? cocok tak?
owh ya, lupa aku nak mention, ketika aku menapak pulang antara celahan kubur tengahari tadi. mata aku terbuntang. aku nampak ada satu kubur mendap... dahsyat gila lekuk dia... tanah kubur runtuh ke bawah... mendap trus habis... lubang kubur nampak dari atas tembus sampai lahad masa aku jengah rapat-rapat tu ... iyyy... aku menaip neyh sambil meremang bulu roma toleh belakang 2-3 kali neyh... huhuhu...
.
Khabar & Khayal
apa mereka mengira-ngira aku sedang girang keriangan, berselang-lenang sampai lupa pada semua?
di lubuk hati yang paling dalam. yang terbit dari dalam . rahasia hatiku . perlukah aku buat press conference?
aku tak pernah lupa . aku tak pernah leka . malah bersangatan rasa . .
sesak nyawa dalam jiwa ; bila roti kering
dihimpit rasa lapar dan dahaga ; sajian susu ikan merah
kau hilang pertimbangan untuk pastikan . apakah kau sedar atau dilamun khayal
.
Terindah
kata janji bukan ukuran . hanya sejati di dalam diri .
karya indah sang pencipta. lalu di pinak-pinakkan di dalam jiwa...
.
Empangan Hatiku Pecah
aduhai. aduhai. aduhai.
tiada apa.apa tiada apa.apa tiada apa.apa
9.01 minit pagi sabtu
laju ia mengalir
aku tenggelam...
kesabaran itu adalah satu sifat & tindakan yang sigap, cermat, accurate, efficient. tidak bergerak sepincing zarrah juapun melainkan atas izin allah.
9.09 minit pagi sabtu
bila aku mula hidup di atas dunia ini?
aku resah mencari dengan aqal
dengan bersama sifat-sifat pinjaman
dah cukup untuk manusia biasa berfikir kenapa?
.
Meniti Bara , Apa Akan Datang Hari?
buatku terasa sepi kala ku pejamkan mata... buat ku terasa sedih kala ku bukakan mata...
ketika aku membuka penutup air mineral 5.5 liter, air mata ku jatuh bersama.
ketika aku menutup suis kipas denyut jantung ku terhenti seketika.
hatiku adalah wadah itu. perasaanku adalah tempat itu. qalbuku tempat aku menampung segalanya.
hatiku laksana sebuah telaga yang mampu merendam segala kepahitan,
aku kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk masa yang lain yang bila-bila datang membawa keresahan jiwa.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)