Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, November 21, 2009

DIGEST: Kolam Air Panas Selayang (Selayang Hot Spring)

Acchecch...
Susahla kalao selalu macam ini, memanjang full pack of company activities.
on 3rd November aku night shift - stocktake auditor kat Jusco Mid Valley,
8.30am abis kerja.
10.30am breakfast kat D'Rimbun Warung di Sungai Penchala.
Pastu anak-beranak tidur berjamaah sampai pukul 3.00pm.

3.30pm bergerak satu family ke Selayang, nak mandi Kolam Air Panas, kasi segar badan.
Masuk percuma.
Parking keta RM2.00.
Parking motor = free,
Basikal apatah lagi...

Aku dah ler baru first time nak menceburkan diri ke dalam area perkolaman air panas ini.
Dah lama duk area sini, dari tahun 2000 lagi
member-member aku cerita
pasal kolam air panas ini,
tapi tak jugak aku reti-reti nak menyampaikan diri ke sini.

*ini view dari parking keta, nak turun ke bawah,
tak moh ikut jalan yang sepatutnya... short cut kata orang sekarang *

Sebelum ini, agak cemas jugak & jadi issue,
kolam air panas yang begitu nostalgik kepada pengunjung setia, penduduk setempat
khabarnya akan dihadkan kepada golongan elit & hanya boleh digunakan secara ekslusif
oleh pembeli & penghuni Club House & Condominium Selayang Springs yang bakal didirikan ... just beside the site.
Even now, the showroom pun sudah terpacak megah kat sebelah kolam itu.

* ini gambar aku ambik, lepas aku kuar dari 'jakuzi' tuh... kekekek...
kalao tidak, aku mandi air rendaman kaki derang lah jawabnya... *

* Kolam ini kolam yang kedua panas ,
aku masih boleh celup kaki sampai betis dalam 10 saat,
pastu menggelepar kepanasan...
apa tak nya duk atas benteng konkrit kolam itupun dah macam kena iron kat bont*t...
pijak tanah kat tepi-tepi pallette kayu tuh pun dah rasa bahang panas kat selipar jepun*

Ada 3 kolam.
Tahap darjah kepanasan yang agak berlainan ikut ketahanan tubuh badan & kuasa minda.

Ini kolam yang paling panassssss...
Air dia crystal clear & agak tenang sekali dihiasi bubbles kecil keluar dari dasar kolam.
Aku tak nampak ada yang sanggup celur mahu pun celup tangan & kaki dalam nih...

Dasar kolam kelihatan hablur mineral macam dalam gua batu kapur terbentuk...
Ada juga orang baling telur (aku nampak 3 biji) kat dalam kolam, dah masak jadi telur rebus...
Tak sanggup aku.

Cik Anuar cerita, tahun 2002 dia datang sendiri dengan member-member dia,
Malam-malam memang ramai orang kat sini,
sampai kena tunggu turn nak masuk berendam dalam kolam...

Sambung citer.. ada satu mamat ni, 4-5 orang member dia buat 'pedajal'..
ala-ala gurau kasar gitu, hoccayyy...
tangkap dia & humban dalam kolam yang paling panas nih...
menggelepar mamat tuh escape kuar sedaya mungkin.
Lepas dapat kuar dari kolam, macam trauma, diam ajer...

Yang ini kolam yang paling tak panas, taraf suam-suam kuku ajer...
Masa ni air, tak penuh, kalau dia penuh sampai melimpah ruah...
Gambar curi, zoom handphone.
Buleh, mamat-mamat 6 orang nih satu van (masa tuh aku dah masuk keta),
siap beli aiskrim kat pakcik naik moto ... bersidai kat kolam sambil-sambil makan aiskrim... cheewah, macam semua baru balik kerja kot, masa tuh dah 6.00pm...

* kelihatan satu family tengah main siram -siram*

"Anak orang"

*tengah bench-mark kat orang sebelah dulu... *

*mula copy & meniru...*

*mula paste*

* dah steady... & boleh adapt... *

* Chineseman ni baru habis kerja, drebar lori baru abis hantar barang, singgah & terus terjun ... *

* Pandang-pandang, jeling-jeling ... *


Cik Anuar berjaya menceburkan diri ke dalam kolam
sambil spontan terjerit-jerit "wuuuu... sejuuukkk... sejuuukkk....! .."


kekekekk... sampai kena gelak dengan mamat Cina tuh & uncle Cina kat tepi tembok...
apa citer dia sejuk, dah kolam tuh sumer orang tau kolam air panas...
"tersyasyul... dah biasa mandi air sejuk pagi-pagi... "

* ini kolam yang belum jadi, mata air panas kat ujung, macam paip pecah, rekahan kat bumi, panas boleh tahan dehhh...*

Aku pun turut sama terjun lepas tuh, cuma tak guna gaya somersault masuk kolam jer...
Gambar? Tarak, anak-anak aku kecik lagik, tak reti nak tolong tangkap gambar.

Jom kita beralih ke kolam kedua panas.

* huiiyooo... macam berlatih kung fu...
ini bukan main-main tau... *

* ini bukan kolah, air dalam gelung (tub) ni, datangnya dari kolam no.2 panas, bawah tanah,
kolam mini (tub) ini macam telaga, ada mata air kat dasar dia.
Keep draining & flowing air dia, sampai melimpah-limpah masuk longkang.

Apek ni, sebelum masuk berendam, dia ambil satu bongkah batu,
dia masukkan dalam kolam mini (tub) ni, buat alas duduk,
kalau tak badan dia tak boleh jadi macam ni, terperosok ke dasar tub yang dalam nih.

Wuish, aku ada nak buat macam nih hari tuh, touch sahaja dinding tub tuh,
aku dah macam terlatah... panas giler tak hengattt...
Batu-batu besar keliling tub tu pun dah panas
macam batu tungku orang dalam pantang bersalin,
apa lagi bila masuk dalam, jadi sup orang lah...
Ini apek, hali-hali ala latang... tak heran... dah immune...

* tasting ishhhh... Testing ... the water...*

* apa macam? lu ala berani? *

Adeihhh... panessss...

At last, nak jugak Cik Anuar tangkap gambar aku...

Kekekekkk... Sang Adiputra macam duta kolam air panas ...

Monday, October 26, 2009

"Prophecies"

Dalam istilah konspirasi,manusia terbahagi kepada tiga bahagian.

Pertama,manusia yang mengetahui kebenaran sebenar dari The Source (Allah Azza wa Jalla) dan patuh dengan bimbingan dan panduan dari-Nya.

Kedua,manusia yang mengetahui kebenaran bersumberkan pengetahuan
The Watcher (Iblis 'Izzazil' Laknatullah) dan mereka cuba untuk menentang The Source.

Ketiga, manusia yang menjadi zombie.
Mereka manusia dungu yang makan untuk hidup,hidup untuk makan.
Mereka bagaikan haiwan ternakan sahaja.

Golongan Elit dari kasta Yahudi mempunyai istilah khas untuk manusia seperti ini.
Mereka yang hanya hidup di dunia
tanpa mengkaji apa yang berlaku di sekeliling mereka ini digelar GOYYIM.

Golongan goyyim adalah hamba, pencacai dan kuli percuma.


Jika anda mendapat kesedaran sekarang,
cuba keluar ke pekan dan ke tempat-tempat awam sebagai contoh,di MidValley atau KLCC
dan perhatikan gelagat Goyyim-goyyim ini menghabiskan waktu mereka
dengan material dan hiburan sahaja.

Pada waktu tengahari berpusu-pusulah mereka ke tempat makanan
seperti kambing-kambing kerana kelaparan.
Selepas itu bertebaranlah mereka mencari hiburan atau bekerja mengumpulkan harta benda tanpa berfikir sebentar mengapa mereka diciptakan.

Read More? Why Not...

Tuesday, October 20, 2009

AEON & Me LUV The EARTH :)

Planting The Seeds Of Growth

Date & Day: 3rd October 2009, Saturday @ Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor.


Kalau naik flight, dari northern (from China ker, from Vietnam ker ... turun kat KLIA, lagi 7 minit nak mendarat, sila tengok kat bawah kalau seat kat sebelah kanan, akan nampak satu area bekas lombong yang macam inilah, ...

* tasik bekas lombong yang begitu isolated, kalo datang sini jangan datang sorang-sorang, tergelincir dalam tasik, tak sapa yang tahu ... terlalu sunyi, projek mega tanpa pelawat ... pekerja resort pun aku tak nampak dalam 3x datang sini ... *

... aku dah 2 kali 'fail = gagal" nak shoot arial photo yang macam ni masa dalam flight atas 2 sebab 1st time masa balik dari Guangzhou, memory card penuh, 2nd time masa balik dari Ho Chi Minh City, handphone buat hal, flight mode tak boleh shoot photo... eeeiiiiiiyyyyy....!!!) Gambar from Wakx- Flickr *

Diadakan sempena ulang tahun ke-25 Aeon Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu pemanasan global.

Pelbagai jenis pokok termasuk pokok cempedak, nangka, mangga, durian, pulai, kayu puteh, merbatu dan mertajam telah ditanam di atas tanah seluas 4.8 hektar.

* Ikut rehearsel, & info/demo after ucapan from VVIP, basically... pokok 'besar' tanam in the middle, pokok 'kecik' tanam kat outer rings... the logic is... bila pokok besar menjulang, kita boleh nampak bentuk dia macam 'cone', kat tengah semua yang tinngi menjulang, encircled by shrubs & smaller trees *

* On rehearsel day, my friend Ija & Fauzi Salim on the hill, di atas tanah lot masing-masing *

Tapi istilah 'besar' & 'kecik' was not according to the size on the current time.

Pokok durian is considered BIG trees, but before it grows up, the anak pokok quite smaller (approximately 1 feet height) compared to anak pokok belimbing (2 feet height) ... so ramai yang mistakenly positioned the anak-anak pokok according to SIZES ...

* Group aku dah cuci tangan, dah 100% completed... tapi aku lupa tangkap gambar masa tanam pokok al-maklumlah memasing busy,

on the way went down the hill, aku jumpa member aku Si Aina yang masih terkial-kial menghiris poly bag, aku tangkap gambar dia (taktik ler tuh, Senior Manager aku masak sangat dengan perangai aku yang satu nih...), then aku dengan liciknya suruh dia snap gambar aku ... konon-kononnya lah... *

For BIG trees the mark the polybag with orange mark, but it ended up with confusing results when all the paint ran out when we soaked the anak-anak pokok in the large basin altogether.

* ni aku punya tanah lot : Group 42 -G, Consist of 10 Japanese Volunteer & School Childrens from Olak Lempit School.

* Malaysia Group Leader - Aku sendiri, Japanese Group Leader - Mr. Bonbai... Tanah lot tepi road, tak jauh dari main road *

2,500 nature lovers and volunteers gathered at the Paya Indah Wetlands in Dengkil for a tree planting event to commemorate AEON’s 25th anniversary on Saturday.

* Ketibaan Japanese Volunteer, macam kat airport pulak, aku pegang A3 Size paper tulis G-42, nak match dengan Group Leader Japan yang pun pegang satu copy lagi kertas yang sama *

* Print-out steps & ctiteria yang perlu diambil kira masa menanam pokok (sampai sekarang aku belum zoom in nak baca apa yang dia kata) *

Among them were 500 volunteers from Japan who had arrived two days earlier to join 2,000 local volunteers comprising of school children, NGO’s, government departments and AEONmanagement and Jusco staff ...

* every volunteer di bekalkan sebuah 'goodie bags', dalam goodie bags tuh ada mender-mender nih sumer - spade, hand sanitiser brand Jusco Selection, 1pc Good Morning Towel #96, Milo, Gardenia Roti, Garnier Sunblock , Button, satu AEON recyclable shopping bags yang boleh convert jadi apron, macam yang volunteer sumer duk pakai tuh... *

... to plant 25,000 trees at the AEON Woodlands located at the Paya Indah Wetlands, also known as The Malaysia-Japan Friendship Forest.

*Para penanam pokok berarak masuk (berpusu-pusu) melalui gate 2 ke atas lot-lot tanah yang telah ditetapkan untuk menghijaukan bumi *

Tanam pokok event, hari Sabtu.... hari Jumaat pukul 4 petang kami all the group leaders dah pergi dengan 5 bas, buat rehearsal... tinjau dulu lot tapak (errr, macam lot tapak kubur pulak... ada yang dapat atas bukit, ada yang dapat bawah kaki bukit, ada yang dapat kat slope curam... ada yang dapat tepi main-road)... yang kat atas tuh, sure mahal punya...

... moments to be treasured

Tekun, planting seed of growth...

* Abeesss lah aku, aku tak pakai UV- Sun protector ker sunblock... Giler tak nampak muka tengah hari terik cenggini... adesss ... *

* tengok, kulit aku dah merah-hitam legam terbakar macam orang Puerto Rica... orang pulau... tak kisah kalo aku tak attend apa-apa function dalam 2 - 3 bulan lepas lepas tuh... *

before .....

... after

Pertambahan pengeluaran gas karbon dioksida telah membawa kepada kesan rumah hijau iaitu pemanasan global, penanaman pokok dapat mengurangkan masalah ini

Sang Bedal & Sang Libas dalam tasik buaya (tasik buaya siap ada pagar elektrik & tembok hijau)

Aku ada banyak gambar grouping lain, tapi belum bluetooth & pindah masuk dalam drive, tuan punya camera pun aku belum trace lagik... isyhhh tragis betul, dah nak post entry nih, belum dapat-dapat gambar...