Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Thursday, February 9, 2012

Surah Al-Hasyr Ayart 21-24



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
*** *** ***



لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١

Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini di atas sebuah gunung,
Nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah 
kerana takut kepada Allah.
...dan (ingatlah) misalan perumpamaan ini 
Kami kemukakan kepada ummat manusia
Supaya mereka memikirkannya.


----------------------------------------------------------------------

  هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُٱلرَّحِيمُ (٢٢)

Dialah Allah, yang tidak ada Ilaah melainkan Dia;
Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata
Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

----------------------------------------------------------



 هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣

Dialah Allah, Yang tiada Ilaah selain Dia - RAJA, 
Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, 
Yang Mengkurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, 
Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

----------------------------------------------------------

              هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآ   ٱلۡحُسۡنَ                

Dialah Allah Yang Menciptakan sekalian makhluq
Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada)


Yang Membentuk-rupa (makhluq-makhluq-Nya menuruti apa yang dikehendaki-Nya)
Baginyalah nama-nama yg sebaik-baiknya & semulia-mulianya

--------------------------------------------------------

      يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

Bertasbih kepada-Nya segala yang di langit dan di bumi
...dan
Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana


*** *** ***
.

.

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22). 
Dialah Allah, Yang tiada Ilaah selain Dia - RAJA, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengkurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan (23). 
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24).
Surah Al-Hasyr (ayat 22-24)

----------------------------------------------------------------------
AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.
.
Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.
Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.
Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.
Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.
Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.
Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:

“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”


.

1 comment: