Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Monday, August 29, 2011

Salam 'Eidul Fitri 2011. 30th August 2011


Barang siapa yang singgah berziarah ke laman ini.
Hamba mengucapkan Salam "Eidulfitri
&
Maaf Zahir Batin.
*** *** ***
Assalamualaikum.



Sunday, August 28, 2011

Pusar Tasik Pauh Janggi

PEMBENTANGAN KHAS LAGENDA BETING BERAS BASAH

BETING BERAS BASAH
*Catatan bebas ana di Persatuan Sejarah Malaysia pada 19 Disember 2009
(Oleh Tuan Haji Ariffin Mohd Dahlan, credits to Ikan Tongkol Blog)
BETING BERAS BASAH
FAKTA:
1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak. 2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528. 3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.

BETING BERAS BASAH
CATATAN & PENGALAMAN PERIBADI PEMBENTANG
1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak
yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah.

Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan
yang menetap di Bukit Khuf Makkah.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi
bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin.
Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa.
Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib.
Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M)
terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam
untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut.
Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut di kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar.
Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja,
baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut.
Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota.
Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda.
Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut
iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah.
Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah.
Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian
dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah.
Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun,
beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya
bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib.
Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu.
Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah
menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna.
Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri,
almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang)
menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut
dan mengambil segenggam tanah
dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing.
Hujan panas tiba-tiba turun.
Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.
Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki.
Air kolam pula sangat jernih.
Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih
yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut.
Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam
dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’
untuk mengikat daun pemulih tersebut.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara
yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja
dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran
seperti bendera tubuh, pending, bengkong,
pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain.
Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring.
Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya.
Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat.
Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi
setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan.
Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa
yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau.
Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut.
Antaranya ialah seperti ...
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor.
Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu.
Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail
yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib),
seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah.
Beliau bertapa di Gunung Bubu.
Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan)
mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan,
beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu.
Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris,
Kelak tuanku akan bergelar Sultan.
Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan
maka tuanku hendaklah membebaskan Kulup Chandan.
Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong
tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan.
Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.

PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar),
ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib.
Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah
yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib)
yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya
adalah keturunan raja yang sebenar
yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi.
PUSAR TASEK PAUH JANJI PUSAT TASIK PAUH JANGGI TASIK PAUH JANGI
Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama
kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol.
Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis,
ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.