Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Saturday, September 26, 2009

Minuman Campur Aduk Part 1: ABC @ Ais Kacang & Cendol

Aku tak tahu kenapa aku tak berapa minat sangat dengan ABC nih.
Maybe because of terlalu manis, or aku yang tak suka rasa sirap bandung dia.


Kalo aku order ABC,
aku tak lupa menitipkan pesanan penaja yang berbunyi lebih kurang begini;
"Kurang manis, taruk jagung lebih, taruk susu lebih, peanut lebih"

Dan aku attachkan taruk cogan-kata mencegah;
" Tak mau cendol, tak mau kidney red bean, tak mau manis sangat, tak mau lengkung @ cincau, tak mau bebola sagoo, jangan masuk accessories banyak sangat..."

Ini dah biasa : ABC = Air Batu Campur = Ais Kacang

Yang luar biasa : Member aku Si Shidah buat kenduri kahwin,
datuk dia sponsor satu kaunter ABC kat satu corner... On the spot derang pakat kisar air batu tengah hari rembang masa kenduri kahwin rancak berlansung.
Queue punyalah panjang kat kenduri kahwin tuh,

masing-masing duk nak merasa ABC kenduri kahwin.


Only RM3.00 per jug.
This are the Bazaar Ramadhan Section 13, Shah Alam Stadium version.
This Bazaar Ramadhan at Shah Alam Stadium - said & believed the best & the biggest in Malaysia.

* Ini bahan-bahan asas bagi orang pemalas macam aku*

* Petang semalam aku nyaris-nyaris beli air gula melaka yang dah siap di'dilute'kan,
botol 325ml kalau tak salah aku harganya RM6.90.
Suzie PA tak rasmi aku marahkan aku suruh aku beli gula Melaka RM3.50
jimat banyak katanya... iyalah...
Selalu aku beli fresh coconut milk kat kedai Nurhayati, Sg. Penchala,
ni angin tak berapa nak rajin... *

After Raya:
Here are my version of Cendol, homemade... self blend ...

* Aku taruk buah kabung sikit, nak kasi special... blasah jer Bedah ... *

*Pssst... Cendol brand Afdal nih kureng "flexibility"... menurut firasat aku ,
mixture dia tak betul, portion tepung beras terlebih...

so cendol jadik keras & berkecenderungan terpatah-patah sebab tak lentur @ kenyal,

kalo yang lembut tuh, banyak tepung pulut/tepung ubi dia taruk...
Kalo dah tak flexible macam ini,
macam mana cendol tuh nak 'bertebaran bebas' dalam air sambil nak mengapungkan diri dia,
alamatnya terbenam & mendap di dasar kolam jer lah jawabnya... sebab berat.*


Thee- hee- hee....
Aku baru sahaja buat at 4.50pm ... 26.09.09
(tak brapa 'kick' dia punya taste... al-maklumlah sumer instant mari...)

Friday, September 25, 2009

Sultan Pahang Mencemar Duli Bersama Rakyat - Jambatan Kuala Krau

Khamis, 24.09.09, ibu mertuaku asyik berpesan suruh bersiap awal,
nak balik ke seberang, nak menyambut Sultan Al- Pahang katanya.

Arakian, the Sultan Of Pahang State
dikhabarkan akan mendarat menggunakan helicopter
di padang bola sepak Kampung Kuala Mai, Kuala Krau
hanya beberapa rantai dari halaman rumah pusaka ibu mertuaku.

* Helicopter landed depan umah pusaka ini, di padang rata ini... *

* Orang-orang Kampung Kuala Mai yang terdiri daripada ibu-ibu, bapak-bapak, kanak-kanak
sumernya ada... tak lepas peluang bergambar dengan Sang Helicopter Baginda Sultan
... jadilah *


Sementalaah,
para pengiring Baginda Al-Sultan bertolak seawal jam 6 pagi dari Kuantan, Pahang
dengan kereta-kereta pengiring.

* Pembinaan jambatan ini, merapatkan yang jauh, menjimatkan wang, masa pun dapat dipendekkan... kampung-kampung terpencil & mati dapat diberi nafas semula*
JAMBATAN KUALA KRAU SUNGAI PAHANG
Aku balik Raya hari ke-3,
mak mertua aku kata ramai orang dah tak sabar-sabar
telah menggunakan jambatan yang belum siap ini
menyeberang Sungai Pahang guna motosikal & basikal....
punya lah gayat bila sampai ke tengah
al-maklumlah, jambatan tak berbenteng, berlantai alaskan plywood,
sesekali berselisih dengan motosikal dari arah bertentangan...*

Hmmm... aku pun tak tahu apakah yang patut aku conteng dan coreng di sini.
Tapi tadi aku masuk blog, tengok kat FEEDJIT,
orang masuk blog aku sebab "Google" Jambatan Kuala Krau.
Hari ini dah jadi tajuk yang nak kata kecik, tak berapa kecik,
nak kata besar tak berapa besar di dada-dada akhbar nasional.

* Gambar diambil, setahun nan lalu September 6th, 2008 *
"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan
perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka
dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satru jam sebelum ini
yang jaraknya sejauh 55 kilometer"

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang pendududk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran, : Titah Baginda kepada pemberita selepas melawat tapak Jambatan Kuala Krau di sini pada 24.09.09"


So, aku mengorak langkah

untuk menambah-baik maklumat tambahan (bukan menokok tambah)
pasal 2 perkara;
1. site (tapak) jambatan Kuala Krau yang bakal siap pada Februari 2009
2. gambar Baginda Al-Sultan Of Pahang yang berjaya ditangkap dari jarak dekat.

"Patik mohon ampun, Tuanku... patik terpaksa menyematkan nama patik pada dada Tuanku, sebab patik belum jumpa gambar-gambar Tuanku bersempena lawatan Tuanku ke tapak Jambatan Kuala Krau pada Hari ke -4 Raya Aidil Fitri 2009"

"Orang-orang kampung cakap, tangan Tuanku teramatlah lembutnya,
macam tangan baby masa derang bersalaman dengan Tuanku... "



Hmmm, kalo sesapa yang masih tak pasti Pekan Kuala Krau tuh macammana & lokasinya...
ni aku tempek balik old entry aku,
kot lah membantu.
Aku pulak, senang nak flash back:
*Click enclosed link*

Friday, September 18, 2009

MINAL A’IDIN WAL FA’IZIN & Taqabbal minna wa minka!

Assalaamu 'Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
* Salam 'Eidul Fitri & Maaf Zahir Batin *
Saya ingin mengucapkan Selamat & Salam 'Eidul Fitri
kepada rakan-rakan bloggers, silent readers
& blog visitors yang saya hargai sekalian.

"MINAL A’IDIN WAL FA’IZIN" & "TAQABBAL MINNA WA MINKA"


Assalaamu 'Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Jazaak Allahu Khayran wa Baarakullaahu
Maafr Zahir & Batin
Please forgive me for any injustice I may caused and ...
well .. Have some fun!


Friday, September 11, 2009

10 Malam Terakhir : Babah Ku Pergi Ke Siam (Songkhla)

Hari ini sudah 13th September 2009.
Bapak ku sudah berangkat ke Songkhla, Siam pada 12th September 2009.
Pagi 'Eidul Fitri 2009 baru beliau akan berangkat pulang ke Tikam Batu, Sg. Petani Kedah.

* photo taken in 2007, my babah tengah siap nak naik Pajero member dia (Cikgu apa ntah apa namanya) nak pergi Songkhla *

Saban tahun, 10 malam terakhir pasti bapak ku akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan dengan ber'iktikaf di Masjid dalam College of Islamic Studies, Prince Of Songkhla University.

Meaning; sepanjang 9 malam 10 hari itulah bermukim dalam masjid, mengaji, solat sunat, makan, tidur dalam masjid itu, tak kuar-kuar pergi mana-mana.

Menurut bapak ku, ramai yang beriktikaf dalam tuh, rata-rata dari Selatan Siam (Pattani), Kedah & Perlis.


AKU AGAK RISAU.
1. Bapak aku dah tua, berpenyakit kronik pulak tuh

2. Masuk wilayah bergolak yang penuh kontroversi & risiko
(bapak aku cakap, IsyaAllah - Tawakkal...)

3. Masuk tak pakai pasport langsung atau border pass sekalipun.
(tapi tetap lalu kat pintu kuar imigressen, angkat tangan & pandu lalu)...
... aku pun heran, macamana boleh lepas...

4. Tinggallah mak aku sorang kat umah dengan adik aku orang istemewa
dengan anak aku yang umur 7 tahun (Asyraf Daniel Imran).
Bertemankan seekor kucing putih bertompok-tompok.
Year 2002 ada orang nak pecah masuk umah mak aku
ikut tingkap pukul 3 pagi masa bapak aku pergi Siam...

Tuesday, September 8, 2009

Yaaa Ampunnnnn...

Ya Ampunnnnn...
Pertama-tamanya... thanks for keep visiting
my wee small ntah-hapa-hapa blog.

Currently, tak berapa nak active sebab;


A). Every Saturday (29/8, 5/9 & 12/9) aku jadi part-time cashier kat store
untuk dapat elaun lebih dari company aku.

Compulsary for all HQ staffs to be Raya Helper
(cashier @ dpmt. helper at stores 3 days before Raya - sure lebam punya)
Yalah, aku bukannya orang senang hidup dalam talam emas-intan-perak,
kena cari peluang nak buat income, .
.

(kalo kena pukau, Pak Arab sua tangan ambil duit ribu-riban dalam cash register,
siap, kita yang kena ganti taw... Na'uzubillah...)
kalo kita tak usaha, sapa lagik yerk?


B). Aku every day sampai Sg Penchala, 7.30pm

C). Line P1 W1max kat table yang tersorok kat satu corner kat Sg Penchala, very the lembapsss.
Tak ada mood sebab nak up-load gambar asyik fail ajer. 8-9 kali try baru nak boleh.

D).. Sejak aku hilang hp yang ada camera yang 'kira ok jugaklah' Sony Ericson K770i.
Boleh dikatakan 90% mood aku nak berblog hilang.
Gambar ekspedisi ke Kuantan & Cherating aku banyak kat dalam tuh.

Yang ini aku puas hati guna
1. nipis & solid + berat body dia

2. stylish, sleek & chic, elegant look

3. camera dia lens bagus

4. easy operated

Sekarang dah murah, dalam RM700 buleh dapat.
I owned
brown color version, exactly like this photo
Aku pasti akan beli satu lagi model ini utk sim card 019 Celcom aku kelak...
Now aku guna 012 - Maxis, sim card yg yang mak aku belikan sejak 2002.


(bila aku pakai Sony Ericson W395 sumernya hancur...
weksss quality gambarnya buat aku tak lalu nak berblog).

Aku terpaksa beli secara bidan terjun
masa nak pergi ke Vietnam untuk kerja-kerja perisikan.
Itu ajer budget ciput yang aku ada utk memiliki HP masa tuh.
Bila beli baru tahu weaknesses (ralat beb...)
1. Dalam flight mode: tak bleh guna camera

2. Recording function limit to 30 seconds per session (buang karan jer)
3. Tak ada notes function
4. Tak boleh set multiply alarm


Now, thanks God... aku mungkin terpijak rezeki yang tak disangka-sangka.
An unexpected gift from Hamba Allah.
Aku dapat sebijik Nokia S60 5800 Xpress Music @ (Tube), baru 4 hari nak belajar pakai,
(dah lama tak pakai Nokia, last pakai tahun 2005 -
mulalah kekok & nyanyuk bin melalut tekan butang)

Aku tak berapa nak suka...
1. Icons & Lay-Out memang kalah dengan Sony Ericsson
2. File Manager & Organiser yg kacau bilau
3. Camera option & function & complicated,
kalau emergency tak sempat nak snap gambar, sibuk cari button yang confusing.
4. Body tak canteek, bulky sangat, look very plastic.

Yang aku suker:
1. Ada 2 camera (main camera & secondary camera), tuh yang best tuh.
2. Amazing 3-D sounds for ringing tones
(Meander mode, Circular mode, Chaos mode, Stereo Widening mode , etc)
3. Key guard switch, (screen & key lock switch) easy operated maaa...
4. Media Key


E). Aku punya nest kat Sg Penchala still tunggang-langgang,
tunggang-terbalik, tongkang-pecah akibat dari perpindahan semula.
F). Aku tengah letih otak. Letih urat saraf, letih organ dalaman.
Stress berlebih-lebihan dengan kerja yang peaking up...

Festive seasons.
bermula dari Raya, ke Deepavali,
membawa ke X'mas, seterusnya ke Chinese New Year 2010.


(*now tengah giat monitoring Raya Sales progress & countermeasure plan
** now jugak tengah sibuk planning & incharging projects for
Joy of X'mas With Jusco Promotion untuk 23 Jusco Outlets,
sibuk dengan X'mas Ornaments, X'mas Soft Furnishing, X'mas Event...
Boleh? Orang sibuk nak beraya, aku sibuk Christmas? )


(Last year business in Jalan TAR, photo taken during Ramadhan 2008,
our stalls, located in very strategik prominent area)


Mujur tahun ini kami tak buka gerai kat Jalan Tuanku Abdul Rahman,
macam previous years.

Kalo tak, aku rasa aku terus muntah darah, muntah hijau
tak terhandle...
lari bearing terus.


Theee, he, he...
Apa-apa pun aku tetap happy.

Sebab ?

3 helai baju raya aku sudah selamat disiapkan.

Seronoknya aku, sampai aku rasa aku nak pakai baju tuh buat tidur.