Abuse & Adore

(^.^) All the great things are simple, and many can be expressed in a single word: freedom, justice, honor, duty, mercy, hope.

Thursday, December 31, 2009

"Awan Kalau Dapat Dicapai... Maka Saktilah Hamba... "

"Awan kalau dapat dicapai... maka saktilah hamba... "

Dengar kata Encik Anuar & the anaks-anaks sudah menaiki Hilux balik ke Jengka, Pahang.
Ada urusan keluarga yang menuntut kebergegasan beliau pulang.

Aku masih di Headquarters, Taman Maluri ketika itu.
Masih sibuk 'pump' rebates terakhir
untuk menaikkan 'Gross Profit' ratio January'09 - December'09.

* Year End Gifts dari my Senior Manager, Miss Makeispary,
sumer orang dapat. Aku punya yang keldai tuh...
background Bi-Annual Merchandising Report, tengok gross profit *


" Mati Itu Pasti... Hidup Insya-Allah "

Kosong.
Apa guna ku balik kerumah di mana tiada orang di rumah.
Rumah kosong,
penuh makhluk-makhluk dimensi berlainan
bertebaran dengan seiring kegelapan malam.

"Minum kopi abad inipun terasa berlainan.
Manisnya bukan manis madu,

tetapi terasa seperti manis tebu"


Malam... aku ke MPH... cari buku.
Dah lama aku teringin membaca buku
"Hijab Sang Pencinta"
melihat pada covernya sahaja,
benang-benang pada hatiku sudah bergetar.

Sudah hampir lebih 12 bulan aku nak beli buku ini.
Tapi dibeli dahulu oleh seorang kenalan.
Janjinya biarlah aku baca hakmiliknya
sehabis sahaja dia membacanya akan dipinjamkan kepadaku.

"Dendam itu bara... Kemarahan Itu Apinya... "

Uh, aku lebih selesa menguliti & membelek-belek
& menghayati buku yang menjadi hak milikku yang sah...
legally owned by me.
Kutunggu jua, sampai last-last sekali kubeli sendiri
(baru berkesempatan membeli
Novel Trilogi Bagaikan Puteri ... Hijab Sang Pencinta,
selalu out of stocks... selalu kecewa, hampa).

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menuju ke batu,
melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghayut usia,
sejalan nafas melangkah ke hujung....
..... awan kalau dapat dicapai... maka saktilah hamba.

Kamu
Bagaikan Puteri... Haryani "

Akhirnya jam 8.30malam, aku pulang ke rumah, lampu kunyalakan.
Bersantap 3 keping roti sandwich Gardenia berintikan Salmon Skin
... wahhh, sedap.

* Salmon skin available at Japanese Food Section only RM1.00 per pack...
nampak ajer pendek kulit nih,
kalau buka lipatan ada dalam 2 kaki panjangnya, ikut panjang ikan salmon lah...
kat meat section jual Chicken Skin for RM1.00 per pack...
lagi lah bahaya & tak lalu makan kulit hayam...
dari mak hayam... baik makan salmon...
Each family member loves to eat fish... ayam jarang-jarang sekali *


"Makan nasi?" Saifudin berasa pelik

"Ya... nasi. Makan dengan ikan bakar,
daging masak kari... ulam-ulaman pun ada.
Jemputlah makan, "pelawa Khasnan.


"Nasi... makanan istana, "kata Saifudin.
Khasnan dan Sairah terhenti menyuap.
Tangan masing-masing tergantung berhampiran dengan bibir.

* ada owang kasi bunga... *

Cuba mengaccess Jin Online game... aku pakai nick "Adiputra"
tapi watak seorang puteri Paladin,

* at Cronus *

seorang puteri bunian layaknya
dengan jurus-jurus kemahiran tertentu.
now dah level 77 dah...

* Elven City... tempat elf & penunggu hutan *

share nick nih dengan Encik Anuar...
Server selalu sesak, susah nak online, pakai server Tun Ali.

Kata-kata keramat Laksamana Sunan
bila musuh hairan kenapa tak hapuskan sahaja nyawa mereka:
"Sebagai manusia... aku sayang padamu"


Buka AFC channel, tengok Iron Chef - Peaches Challenge,
the challenger refuses to have kitchen assistants... hebat jugak.

Kutengok Hijab Sang Pencinta.
Buku yang kuidam-idam melebihi setahun.
Aku jatuh cinta pandang pertama dengan buku ini.

*TRILOGY ... Epik Novel*
Seharusnya ku baca 'Bagaikan Puteri' dulu, diikuti 'Cinta Sang Ratu'
ini tidak... terus Hijab Sang Pencinta.


Baca sampai bab Cheng-de
(khunsa @ Yu-Nak asalnya biduanda Maharaja China,
siangnya seorang lelaki, malam hari bertukar menjadi perempuan)
lari dari China ke Banjaran Himalaya ke Pulau Utara
sampai dia tukar jadi manusia serigala (Manggala)
bunuh Maharani Pulau Utara,
aku dah senak otak, nak termuntah aku... sesak nafas...
berpinar-pinar aku kalo bab darah2 nih... mual & loya
dulu aku baca Ramlee Awang Murshid, novel Tombirino,
jadinya tak habis baca kes darah2 nih lah...

RAMLEE AWANG MURSHID: Novelis Thriller No.1 Malaysia.

terus ku langkau ke tengah-tengah buku,
Era Saifuddin masuk ke zaman sekarang dah, di Punggor, Johor....


Kekkekekkkk... aku kalau baca buku memang macam tuh.
Kalau buku ada 500 pages
1. Baca 20 pages depan.

2. Baca betul-betul start dari pertengahan buku sampai habis. (page 250 - 500)
3. Undur (Page 150 - 250)

4. Undur (Page 21 - 149)


(500 pages: Start pukul 9.30pm, khatam pukul 3.45pagi)
Lepas itu baca balik page 1 - 500.

Bukan apa... tak bleh tahan thrill jalan citer dia yang suspens...
Nampak sangat tak tabah mengharungi onak -ranjau cerita nih...
Pandai Encik Ramlee Awang Murshid buat plot.

Ramlee Awang Murshid seorang novelist yang mendidik.
Sehebat-hebat Laksamana Sunan, beliau tetap manusia, seorang Hamba Allah
bernafas & berjalan di atas muka bumi ini dengan aturcara Allah jua.
Apalah sangat seorang makhluq diagung-agungkan...

Page belakang-belakang...
Scene majlis pernikahan Saifudin dengan Haryani
Juga Scene Laksamana Sunan kembali ke abad ke-15
di atas pasir pantai Melaka
Saat meriam Portugis meledak menyerang Melaka...
Aku puji cara Ramlee Awang Murshid mendidik.

Memang buku ini terkesan di hati.
Watak Laksamana Sunan sungguh terkesan di jiwa.
Laksamana Sunan yang sentiasa membahasakan dirinya 'kita'..
"nama kita Saifudin'.

Membaca buku.
Also reading between the lines.
Tersurat & tersirat.
Hijab Sang Pencinta banyak mengajar 'kita' mengenali diri, mengenali Sang Pencipta.
Banyak mengembalikan kejayaan sesuatu perkara kembali kepada Allah.
Allah yang mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi.
Saifudin tidak pernah riak & angkuh walaupun darjatnya bertaraf sufi.
Bahkan beliau bergelar Laksamana Sunan,
jarang disedari siapa dia oleh orang kebanyakan...
sebab dia biasa-biasa sahaja.

Sentiasa bersabar, menjauhi marah, sentiasa memaafkan,
mendoakan kebaikan lawan, rendah diri, & zuhud.
Semua dibawah perancangan & plan Allah Maha Pengatur.
Zikir, Munajat, tenang, cekal, redha,
iaitu pasrah & berserah kepada ketentuan perjalanan hidup yang diatur Allah
adalah satu perkara yang paling aku kagumi pada Saifudin.
Tawadduk

Aku insaf & malu dengan diri aku yang seolah-olah
tersentap dek kerna ter'liat' (lihat) diri ku penuh dengan sifat & sikap
yang agak bertentangan dengan watak Saifudin.
Saifudin sentiasa berbaik sangka dengan manusia.
Sentiasa bersyukur, merujuk pertolongan Allah.

Awal pagi itu, aku menjadi individu yang baru kena charge sedikit.
Pukul 4.00 pagi 31.12.09 aku mandi,
guna hadiah yang Cik Wahida hadiahkan untuk semua division dia

(pagi 7.00 am 30.12.09 aku dapati satu mystery gifgts atas mejaku)

Dinihari itu, hati kecilku berdesis
alangkah untungnya kau kalau hijab
diizinkan terbuka untukku merentasi alam lain...

Sungguh,
Saifudin itu amat baik orangnya.
Mulia akhlaqnya.
Jernih matanya.
Halus bahasanya.

Friday, December 25, 2009

Malang Tak Berbau: Tragedi Kemalangan Lebuhraya Pantai Timur 20.12.09

Kemalangan kilometer 84 Lebuhraya Pantai Timur (Karak- Lancang)
20hb Disember 2009 , Ahad
5.00 pm

Still in 'gegar' condition.
Habis sakit-sakit satu badan.
Still trauma.
Hilang punca.
But, hidup mesti terusss...
Ambil 3 hari ' No Pay Leave'


Selalu cerita pasang suka.
Tempek gambar senyum-senyum.
Hari ini nak cerita 'part' duka pulak.

Langgar around jam 5.00 pm.
Masa berlanggar,
semua family member aku tengah syiok lena diulit intan.

2 saat sebelum hit belakang kereta Gen 2 itu,
aku sudah cuba sedaya upaya...
all the best nak menyelamatkan keadaan.

Kalau elak ke kanan,
mana tahu ada kereta di belakang terus hentam kami.
Kalau elak ke kiri,
parit & tiang juga bahaya,
mana tahu ada kereta curi-curi guna emergency lane masa tuh...


Yang aku tahu, aku pasrah...
dan Dusyummm!...
Aku pejamkan mata, ibarat kapten kapal Titanic
di saat-saat terakhir sebelum Titanic
ditelan Lautan Atlantic lepas langgar iceberg...
dalam keadaan tak sempat mengucap
(kalau mati, memang mati katak).

Habis anak-anakku Adiputra bercempera melambung di dalam kenderaan,
Atiqah Balqis terperosok di tempat ruang kaki.
Encik Anuar terdorong ke hadapan.
Nasib baik aku & Encik Anuar mengenakan 'seat belt'
kalau tidak ,
aku rasa kami akan terhumban keluar
melalui cermin tingkap depan...

Dalam keadaan yang kalut-kabut itu (mana nampak luar tingkap)...
hujan punyalah lebat, putih sahaja bila dipandang... kereta mati di atas jalan...

Encik Anuar cepat-cepat buka pintu keluar.
Aku terus ke tempat duduk sebelah melangkau gear & stereng,
tak mahu keluar pintu nanti kena hujan...
Encik Anuar memesongkan stereng kereta 60% masih di atas jalan.

"Telefon...! Telefon no kat sticker cermin tuh..." Arah Encik Anuar.
Aku tahu immediately,
contact number tow- truck Allianz Insurance.
Panik, satu biji telefon pun tak jumpa
dalam keadaan kereta yang macam tongkang pecah,
Sang Adiputra tak henti-henti menangis...
Atiqah Balqis terdiam.

Aku pusing kebelakang,
penuh back seat dengan hamburan muntah terpercik di sana-sini
dek Adiputra automatically termuntah-muntah panic.
"Diam, dah cukup...!"
ujarku pada Adiputra...
Aku pulak naik panik,
dengan Adiputra yang non-stop 'wek-wek-wek..."

Telefon satu pun belum berjumpa ,
baik di celah-celah seat,
bawah tempat kaki... mana dia?
Argghhh... tension...
aku rasa macam nak nangis sahaja masa tuh...
(kalo aku nangis, nescaya aku pasti 'dilempang' jadi lempeng pisang serta-merta
oleh Encik Anuar gara-gara ngengada & cengeng
di masa-masa genting gitu....
mengalahkan anak kecik)...

Akhirnya otakku berfungsi juga.
Mengamati radio yang terkeluar & pecah...
aku seluk tanganku di celah-celah rekahan radio..
nah,
kutemui handphoneku terperosok jauh di dalamnya.

Ya, Allah, bateri satu bar lagi, kredit ada RM7.04...
terketar-ketar dial no 1-300 - ...
Ada operator dihujung sana,
dia pass kan talian.
Sepi...

Aku call lagi, ada operator lain pulak yang menyambut,
dia pass kan talian, ada yang jawab...
Tanya aku nak tow-trucking ke mana?
Ke Karak? Ke Temerloh? Ke Bentong?...
Ohhh... tidak,
aku tinggal di Kuala Lumpur,
kerja di Kuala Lumpur...
Aku nak tow keretaku ke Kuala Lumpur
... wahhh... jauh tuh...

Dalam kelam-kabut, hiruk-pikuk...
adalah 3 biji tow-truck yang cuba memancing mangsa.
Jumlah keseluruhan kenderaan terbabit dalam nahas kecelakaan = 9 buah

Dari arah Temerloh ke Kula Lumpur.
Ada 4 biji kereta yang accident.
(2 kereta di hadapan accident, 3 kereta di tengah-tengah ok,
2 kereta di belakang accident,
yang belakang ini kereta akulah...)

Ditengah-tengah divider ada Toyota Hilux terpacak
(tak dapat ditentukan dari arah mana Hilux itu datang & ke mana ia menuju)


Di arah bertentangan (Kuala Lumpur menuju Temerloh, ada 4 lagi kereta accident).

Di ambil keterangan oleh MTD Ronda,
IC, lesen memandu & gambar kereta diambil.
Selepas itu Pegawai Penyiasat Traffik
dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pulak yang datang mengawal kenderaan.

Keretaku lansung jam.
(Keta aku kalu nak start enjin pakai security flash card,
Eye of Horus System Takashimaya)...
haaa, lagilah susah...

Paling mencabar,
saat kereta yang jam nak ditolak undur kebelakang dalam ujan lebat,
sebab menghalang jalan.
Pihak MTD Ronda & Encik Anuar yang tolak.
Aku tukang kawal brake & stereng...
Ya Allah... Aku rasa nak nangis jer...

Passenger lalu tengok kami,
penumpang bas lalu tengok kami...
ada yang snap photo, ada yang rakam video...
selama ini aku witness orang,
suka-suka tangkap gambor sana, tangkap gambor sini.
Kali ini orang pulak witness aku.


Pukul 5.30pm ambulans & bomba datang potong Hilux itu
kuarkan dua mangsa dah tak sedar diri,
derang baringkan ajer tepi jalan kena hujan.
Pastu bomba teruskan memotong pakai chainsaw & oksigen berapi,
ada 2 mangsa tersepit di hadapan.
Kuat keyakinan 2 orang yang depan itu telah menemui ajal.

Aku tak dapat ambil gambar banyak
sebab bateri handphone tinggal satu bar,
mesti nak simpan untuk kecemasan.
Handphone Encik Anuar bateri pun dah merah.
Anak-anak aku dalam kereta kena jaga,
takkan aku pulak sibuk-sibuk pergi suka-suka snap gambar
masa tengah berduka gitu
... mana bleh...

Pukul 6.30 semua tow-truck orArah bertentangan -
tinggal satu tow-truck & Hilux hancur itu & MTD Ronda sahaja.
Sepi, sunyi
lebuh raya pukul 6.30 petang itu.
Tinggallah kami berempat bermukim & berlindung
di dalam kereta yang dah ditolak
ke atas bahu jalan berumput hijau.
Hujan di luar terus lebat mencurah-curah.
Sunyi giler, sepi...
sesekali... ada kereta sahaja yang passing by dengan kelajuan 110km/jam...


Masa tuh Allah sahaja yang tahu.
Lapar, kesejukan, nak terkencing...
busuk dalam kereta lintang-pukang...
Yang paling kesian,
Encik Anuar basah lencun 100% baju & seluar.
Sempat tukar baju sahaja.
Seluar tak ada seluar spare.
Kaki baru sedar luka panjang 15cm terhentak dashboard.

Adiputra hampir-hampir melepaskan kencingnya di dalam kereta.
Aku panik... terpaksa buat 'toilet' segera di tepi kereta
(buka pintu depan, buka pintu belakang,
hadang dengan selimut sekeliling...
nasib baik ada 2 botol 1500ml air mineral Sungai Gau aku beli sebelum itu).


Pukul 7.00 malam, totally lonely & sepi .
Tow truck belum datang.
Kaki aku dah kembang kena air hujan tadi.
Naib baik aku pakai 'Seluar Tight Leotard Macam Seluar Swimming'...
air tak serap.
Kena air hujan cepat kering.
Baju dah lembab...
lama & seksanya penantian tow-truck.

4- 5x aku call tow-truck driver nak pastikan location dia.
Pukul 6.00 tadi masih di Genting Sempah (Genting Highland Exit)...


Pukul 7.15 malam akhirnya baru tow-truck muncul
dari arah bertentangan.
Encik Anuar melambai-lambai.
then handphone aku berbunyi,

"Itu tadi you ker?"
"A'ah... husband saya yang botak-botak pakai baju merah tuh..."
hepinya aku tow-truck dah sampai.
kemalangan LPT 20.12.2009
Bagi aku tow truck itu sama dengan Noah's Ark pada situasi sebegitu.
Tow truck kena buat U-turn kat exit Lancang 15km away,
pergi balik 30kilometerlah...

7.45 malam baru sampai kat lokasi kereta aku tersadai.
Sukernya anak-anak aku naik keta ditunda tow-truck...
Jauh giler aku rasa naik tow-truck nak pergi IPD Bentong...
(1st time masuk Bentong, tak pernah-pernah pegi Bentong,
hanya sekadar melalui tepi highway jer selama ini)

Terhengguk-hengguk dalam kereta,
duduk atas kerusi condong 30 darjah,
macam naik roket gayanya...

8.40pm baru sampai IPD Bentong.
Buat police report.
Siap kena saman
(aku memang tak puas hati... nak buat cam no)...
"Gagal Mengawal Kenderaan Dengan Baik ...."
Mana ada undang-undang ...
Kalau Keta G berundur, keta W hantam belakang, Keta G kena saman...
yang tetap kena saman keta W...

Pukul 9.20 malam bertolak ke Kuala Lumpur naik tow-truck.
Aku lapar, anak-anak lapar, tahan ajerlah...
non-stop tow-truck tuh bawak kitaorang...
Anak-anak aku dah tidur berselimut kat belakang.


Aku tak mampu terlelap mengenangkan ngeri
nak turun Genting Sempah
selepas Terowong Karak...
slope curam yang amat...
dah tuh, nak turun ditunda tow-truck,
lagi aku tak bleh accept...

11.00 malam sampai di workshop Taman Ehsan, Kepong....
A very farway, isolated area.
Tak ada taxi,
orang lalu-lalang pun tak nampak.
Yang ada hanya lolongan anjing-anjing liar.

So, kitorang naik tow-truck 4 orang duduk sebelah driver.
Encik Anuar riba Adiputra.
Aku riba Atiqah.
Bawak 2 bag yang penting sahaja
(aku pulak salah grab bag...
bag ada charger handphone tak bawak...)


Kami diturunkan di Jusco Metro Prima Kepong,
5 kilometer dari Taman Ehsan.
turun dari tow truck dalam keadaan
masih memegang selimut bergulung-gulung.
Bahu aku menyandang knap-sack.
Anak-anak aku pakai paju tak proper,
terus sarung pyjama kat luar akibat kesejukan.
Berpasang-pasang mata merenung ke arah kami.
(aku dapat merasakan,
inilah perasaan orang yang dihalau
dari rumah sewa tak bayar sewa agaknya...)

Banyak jugak budak-budak Jusco & promoter-promoter Jusco
yang baru abis kerja waktu itu.
Kami terus ke kedai Mamak Ali Maju,
order 2 roti canai dan 2 nasi campur.
Lepas makan, nak call Azian,
adik ipar aku handphone dah mati,
terpaksa pinjam charger mamak,


Encik Anuar segan & malu nak pinjam.
Aku suruh dia, dia suwuh naik cab jer...
midnight charge tuh...
ingat senang nak tunggu cab tepi jalan dgn anak-anak & barang-barang... ?
Aku dah tak tahan, nak malu apa, kita dah desperado...
So, aku wat tangan macam Tamil Megastar Hero, Rajnikhanth...


"Deyyy... macha! You apa telipon pakai?"
"Itu charger you ada angkat mari ka?"


then call Azian dari Taman Sri Segambut
mengambil kami di Kepong (5 kilometers from there).


The next morning,
call my superior apply for 3 days emergency leave.
Pergi balik workshop Taman Ehsan,
submit cover letter insurance, geran kereta nak wat claim.
Aku rasa keta aku takkan dapat direpair lagi, totall loss tukar baru.


Aku dapat simpulkan.
it was a bad day... but not yet the worst day.
Sebab ada lagi pengalaman yang worse, yang pernah aku lalui (sebelum ini).


Bernasib baik:
1. cermin kereta yang sedia retak 15cm, tak pecah masa accident.
kalau tak mandi hujanlah kami anak beranak & ada lagi kecederaan lain.

2. Dah sampai Kepong, baru rasa sakit-sakit badan& sedar anggota badan lebam-lebam & luka.

* Azian & anaknya Iqbal sewaktu memandu Hilux membawa kami berurusan *

3. Ada Azian.
Kalau tak tak tahulah macammana kami nak balik waktu menghampiri midnight itu.

4. Bateri masih nazak & kredit handphone nyawa-nyawa ikan, kalau tak lagi mati kutu.

Sunday, December 13, 2009

Jonker Streets @ Malacca At Night

Kenapa lama sangatnya tak up-date blog?
Very-very-very .... infinity busy...
I've calculated that In December 2009, only 4 days in office.

The rest in Bandaraya Melaka for New Store Opening set-up...
almost 2 weeks.
Dah demam satu minggu, suara tak keluar,
tapi terpaksa pergi jua.

*Penah tengok trolley convoy macam train cenggini?
Paling panjang aku penah tengok 200meter,
single row sahaja,
memerlukan dalam 30 orang untuk escort berjalan sejauh 500 meter,
aktiviti kumpul trolley di 1 Utama Shopping Complex.. masa peak shopping period *


The balance I circulates for X'mas Centre Court Promotion in anchor reginal stores...
Mid Valley, Bandar Utama, Bukit Tinggi & Bandar Puchong...
at least I have to make about 1 million this year.
since this is my last incharging of X'mas Ornaments Promotion
(dah pegang, managed, organise & hands-on since 2004 lagi...
I will leave my good track record on this...yeah!)


My very last time 'jalan-jalan' kat Melaka was 1993.
That was Taman Mini Malaysia, Taman Buaya & other interesting places in Air Keroh.
Occasionally, we will have Jusco Air Keroh Store Visit,
but we never had a chance to go for 'jalan-jalan'... city tour.

Who joined this 'jalan-jalan' activity?
Me, Jis, Sumirah , teaming up with Florence & Lai Mun at first.

Florence & Lai Mun separated from us
to indulge into local Chinese , Baba & Nyonya
non-halal delicacies...
masa tuh dah sampai kat Tokio Marine Fountain simpang masuk Jonker Streets.

then we turn back (1km berjalan tuh... )
to Pasar Malam Area opposite to Menara Taming Sari

to meet our 'tourist guide'... Mr. Fauzi Salim.

Dah larr lapar... nasib baik ada satu corner lot "Asam Pedas Orang Kampung" kat situ.
Kedai macam kedai India Muslim,
sumer dinding luar cat warna hijau tua,
ingat surau ker, masjid.
Owner dia kira macam celebrity kat area tu la... orang Melayu.

* Ini bukan UFO, ini Menara Taming Sari tengah rotates
kat atas sana macam Menara Kuala Lumpur miniature,
kekdahnya sama macam spot-light tepi highway,
buleh kasi turun, pastu orang naik, buleh kasi up...*


(sebab aku nengok kat pasar malam tepi lorong kedai dia... itu sebelum aku sampai, ada 2 kiosk yang lukis-lukis poster & karikatur lukis muka 'Abang Din'... dalam hati tertanya-tanya, sapa mamat nih sampai gambar dia bersepah kat gerai-gerai yang lukis poster... ... dah masuk kedai barulah aku tau ... tokey kedai rupanya, bila tengok newspapaer article yang dah di'frame'kan, lagi sahih... )

Makanlah dengan harga yang agak berpatutan
& apa yang penting 'portion' makanannya agak besar.

Lepas isi puwut,
barulah menapak ke Jonker Streets
lalu satu park antara Menara Taming Sari dengan Dataran Pahlawan...

Berjalan waktu malam melalui bangunan-bangunan bercat merah di Melaka...

* Bangunan UMNO, tempat UMNO ditubuhkan...
pun warna merah,
aku tak join parti UMNO, aku bebas... *


tak putus-putus disulami dengan alulan muzik detum-detam... degung-degang...
bunyi bass, bunyi treble yang kuat... dihasilkan oleh system hi-fi,

diattachkan pada beca Melaka yang asyik lalu-lalang sepanjang perjalanan.

Yang aku paling tak boleh lupa,
satu beca dari masa kita mula-mula start jalan dari Muzium Islam Melaka
(Dia pasang lagu Billie Jean... aku paling suka lagu nih,
sebab Maikel Jeksen nyanyi sampai sentap-sentap sora dier...)

Tergiang-ngiang aku part chorus:
"Billie Jean Is Not My Lover
She's Just A Girl Who Claims
That I Am The One

But The Kid Is Not My Son

She Says I Am The One,
But The Kid Is Not My Son"


* ni la Abang Beca Maikel Jeksen tuh,
merelakan beca-becanya sekali diambil gambar nak masuk blog haku...*


Asik berselisih jer dengan beca Maikel Jeksen nih.
Sampailah masa nak balik still jumpa beca nih.
Tak abis-abis pasang lagu Michael Jackson... Gila kuat & catchy....


Tambang beca tidaklah murah.
Tambang rasmi yang terpambang pada 'information board'
1 hour = RM40.00
maka dicongak mudah...

1/2 jam = RM20.00 1/4 jam @ 15minit = RM10.00

(kalau naik dari A Famosa ke Dutch Square = Bangunan Stadhuys,
Dataran Belanda... ala yang bangunannya merah-merah warnanya,
dalam lingkungan RM10.00)


* Simpang Dutch Square, port Beca Melaka *

Bagi aku yang tak 'ada-ada' nih, kira mahallah!
Bukan kayuh sebarang kayuh... beca pakai motor electric wooo...
Laju semacam jer.. macam naik moto... lancar... tak terhenguk-henguk walau naik bukit.
Siap boleh potong bas yang bawak rombongan kami lagik di streets pada waktu petang...
wah, wah, wah, wah.... rempit jugak ...

Nama rasmi Jonker Walk @ Streets ini ialah Jalan Hang Jebat.
Aku rasa Hang Jebat lagi glamour dari Hang Tuah kat area nih...
ada Jambatan Hang Jebat... Jambatan Hang Tuah kat mana pulak ya?

Then masuk ke Jonker Walks...
biasalah... ala-ala macam Petaling Streets kat KL.


Tapi kurang sikit immitation goods, l
ebihkan crafts, Baba & Nyonya heritages
dan barang-barang gifts, souvenir...

*Ini macam pusat nyanyi-nyayi, drama,
aktiviti seni Hokkien Hall...
ada kerusi nak tengok acara panggung.. *


Kat Jonker Walks nih, tak ada apa yang lebih havoc...

* udah-udah ler tuh mendera ayam togel tuh,
kesian dia terjerit-jerit semput...
mintak nyawa ... ampun... *


aktiviti main 'picit-picit' shrilling animals...
'Shrilling Chicken/Turkey' dengan 'Shrilling Cow'.

Mula tuh tak perasan lagik... masuk kedai,
nun di hujung dengar bunyik weird.
Macam bunyi anjing sakit tua tengah melolong pun ada.
Macam bunyi orang tengah nazak pun ada.
Macam bunyi hantu kemolok pun ada.

(Haaa... hantu kemolok.. sapa tau?
Terjadi di kalangan orang Minang suku Jambak Aus...
Setiap satu generasi,
pasti ada orang mati yang menjelma (setan)
jadi hantu kemolok pergi ke umah sedara & rakan terdekat mintak makanan...)

*Tengok mulut dia, tercungap-cungap nak ambik nafas...
Logically, immitate waktu nazak haiwan ternakan kena sembelih wat lauk...
sebab tuh tak ada kucing parsi nazak ker, hanjing nazak ker, monyet nazak ker ...*


* Shamsiah Farida Osman Wahid beli sekor ayam togel warna kuning besar kat streets,
masuk luggage knapsack, masa galas, tetiba kuar bunyi kelakar dari dalam bag... kekekkekk...suspens.. *


Kat kedai tuh,
'Shrilling Chicken/Cow' yang besar RM25.90,
yang kecik RM19.90.
Kat streets, lepas puas tawar-tawar,
satu stall nih, kasik yang besar RM15.00.

Nak pilih kena picit perut dia sampai leper,
kualiti bunyi ditentukan oleh kadar perut animal itu
memboncet semula dengan angin.

Lagik cepat perut dia buncit ke original condition, l
agik tak best sound effect dia.
Angin cepat masuk, tak ada effect bunyi 'nazak sasak nafas'.

Dah namanya Negeri-Negeri Selat
atau nama omputehnya "Straits States"...
Terdapat persamaan ciri-ciri collonial
& heritages peranakan antara Melaka, Pulau Pinang
(aku menci sebut Penang... arghhh!), Singapura.

Tinggalan bangunan lama yang tentunya menjadi trademark,
satu kebanggaan, banyak sudah dibaik pulih,
untuk menyemarakkan lagi pelancongan.

Dah namanya Chinatown...
memanglah sinonim dengan lorong sempit memanjang,
diapit oleh deretan bangunan kedai lama, gaya oriental kiri dan kanan.

Aku rasalah... personally, aku suka visit Melaka...

kaya dengan banyak tempat menarik, sejarah, heritages, masakan lazat,

jarak antara satu tempat ke tempat yang lain tak jauh, walking dinstance sahaja...
Low cost, choices of hotels, resort hotels ...
Yang penting penuh element warna-warni... full of joy.

* Information Counter next to Malacca River,
kat simpang antara Dutch Square - Jonker Streets *


Melaka River Cruise, port dia kat Jambatan Hang Jebat.
Akan lalu bawah jambatan depan Dutch Square nih...
Dutch Square dengan beginning Jonker Streets hanya 50 meter.

* Malam, feeling ala-ala naik gondola kat Venice lah... *

* Bestnya aku kalo ada satu umah tepi sungai macam ni, naik bot,
dah sampai tambat jer kat tepi, terus minum petang kat tepi tuh,
Hujung-hujung minggu grill ikan petang-petang sambil makan pengat jangung...
minum kopi O pekat... , malam pulak buat barbeque... waduhhh... *

Sekian, Aisyah Rohim melaporkan dari Sungai Penchala,
Ma'al Hijrah, sebelum balik ke Jengka Pahang.