11bh February 2010 aku drive pulang dari Wangsa Maju
lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.
(Jumpa adik aku, Najib Rohim to handover Spiderman Trolley Bag
untuk putera sulongku Asyraf Daniel Imran.
Najib Rohim balik Cuti CNY starting 13th February 2010).
Melalui MRR2 depan Batu Caves, then took left into Jalan Kuching....
***** ***** ***** ***** ******
Nun jauh 500 meter di hadapan,
mata helang aku dah dapat menangkap & zoom in sesuatu....
Mata kasarku kata lori angkut sponge (Span)...
Hati kecilku kata yang lain.
Maka berlakulah pertelagahan & perdebatan hebat antara aku & Encik Anuar...
Aku: "Encik Anuar, cuba teka apa kat depan tuh, dalam lori.... "
Encik Anuar: "Ntah... tak nampak apa-apa pun..."
Aku: "Kalau nak tahu itulah babi.... lori angkut babi..."
Encik Anuar: "Impossible... mana ada lori babi angkut babi
secara terbuka terang- terangan..."
Aku: "Haaa... malam ini adalah kalau nak tengok....
tu semua babi yang dah kena 'sembelih' dah..."
"Ahhhh... mengarutsss... very the mengarutssss...!" tingkah Encik Anuar.
Aku punyalah tak puas hati.
Aku tekan pedal minyak, increase speed dari 60km/hour to 85km/hour...
lewat-lewat malam buta, mana nak 'speeding' selalunya...
... ambik angin malam kata orang...
Dari jarak 200meter, kelihatan jelas, lori satu tan,
mengangkut objek-objek berwarna 'peach-creamy'
macam warna mannequine atau tone bedak brand 'Yardley'....
....kekkekkeeek....
Aku: "Haaa? Nampak tak Encik Anuar.... Kalau dah babi tuh, babilah... Tak caya?"
Encik Anuar: "Mana.... pandai-pandai dia nih...
lori angkut span (Sponge) dia kata lori babi... nonsense...!"
Kelihatan objek-objek berwarna peach yang membukit di dalam lori
melambung-lambung & terhenjut-henjut dek 'inertia' daya lantunan lori 1 tan
yang membawanya sepanjang Jalan Kuching.
Aku: "Iyeeeerrrrr... tengok kaki dia, sumer ke-empat-empat terangkat ke atas
.... tu haaaa... telinga dia mengepak-ngepak berkibar disapu dek angin....
ehhh...tututuu... muncung si tonyok terserlah...
ni nak CNY, mestilah derang buat stock banyak-banyak...
tu ha... nampak tak perut dia dah terbelah dah... isi sumer dah di kosongkan..."
Encik Anuar: "Karut.... imaginasi liar ..."
Aku punyalah tak puas hati... aku kejar lori satu tan tuh....
nah ambik ko.... betul2 jarak 3.5 meter di belakang lori.....
Encik Anuar cepat-cepat naikkan tingkap....
(nahas kalau hujan ker hapa... merewciks-rewciks air renjisan babi nanti....)
Aku: "Ambik Encik Anuar, span gebulah sangat gayanya ...."
"Isyhhh....dia nih..." Encik Anuar dah meloya.
Sedangkan kalau main Farm Town & Farm Ville kat Facebook sana dapat gift Babi...
dah termuntah-muntah on the spot Encik Anuar berlari ke bathroom...
Bayangkan juga kalau bermain Eudemon @ Jin.Online
dapat Eudemon species Magegos (Piggy)
Encik Anuar dah termuntah-muntah hijau.... inikan pula yang real....
Lemas....
Kelihatan jelas... dalam 20 hekor babi dewasa siap dilapah perutnya,
(perutnya terbuka kosong), kepala masih bercantum
(seekor jer yang aku nampak ada kepala,
yang tulah telinga lembutnya beribar-kibar dilanda bayu malam pukul 12.30pagi)...
yang lain-lain tuh semua kaki naik atas, lembut melambai-lambai terhayun-hayun montok gebu macam span... weekkkkssss
* Telinga inilah yang aku nampak dari kepala sekor Babi berkibar-kibar
melambai aku yang tengah drive dari jarak 200 meter...
nak paste gambar kepala babi bertelinga aku tak tergamak... *
Aku kesal, handphone aku nun berselirat dalam handbag...
selalu aku tak pernah letak dalam handbag,
mesti standby kat tepi nak snap photo yang menarik & janggal...
Aku nak pintas lori angkut babi tuh, tak lepas-lepas, road under construction sebelah lane kanan... penuh orange cones ... at last after 30 seconds, aku berjaya overtook lori babi tuh... fuuuuhhhhh... lega-lega-lega....
15 minutes to reach home.
Sampai sahaja di rumah, Encik Anuar terus bergegas ke bathroom....
"Uweeekkkkkkssss....uweeekkkkkkssss...uweeekkssss..." aku tau dah... approximately half an hour dalam bathroom tak habis-habis dok uweeekkkkssss....
***** ***** ***** ***** ******
Maaf... aku tak mahu menggunakan perkataan KHINZIR.
Malas aku nak berlunak-lunak dalam soal ini.
Lihat frasa ini:
"khinzir sungguh" - lebih lunak
"babi sungguh" - ahhh, ganas.
Inilah betapa uniknya bahasa Melayu.
Oh, ya. Aku tak pernah terlupa babi itu haram.
Haram dari segala aspek,
sehingga diajar kepada setiap kanak-kanak mumayyiz kalau cakap babi berdosa.
Mengapa tak dipadam saja perkataan babi itu dalam kamus?
Atau kita rela menggunakan perkataan asing terutama Arab
dengan memanggil haiwan tersebut dengan nama khinzir?
Mungkin khinzir itu lebih manis dipertuturkan kerana ia dari Lughatul Arabiyyah...
***** ***** ***** ***** ******
Kita percaya anda juga ada yang pernah merasa bau bacinnya tempias babi.
Soalnya, kenapa ini terjadi??
Lori daging ayam dan lembu tertutup rapat sementara lori BABI terbuka luas
menempiaskan najis darah dan lendirannya ke serata jalan.
Hancur perasaan sayangkan muhibbah sekiranya terpercik dengan najis babi di serata jalan.
***** ***** ***** ***** ******
Hmmm.. terlanjur aku berbicara pasal keloyaan BABI
yang telah menyelinap ke dalam saraf aku dalam seminggu ini....
aku menyelitkan artikel dari Zorro, Puchong.
(yang terkenal dengan 'tagline' beliau : "Menerokai Dunia Pemikiran Reflektif")
Aku masih ingat lagi perkataan atau jenama BABI ini cukup "fobia" kepada sesiapa jua. Dizaman persekolahan aku dahulu, perkataan BABI memang menjadi "alat" untuk pelajar-pelajar yang bermulut celupar untuk "memaki" rakan-rakan dan guru-guru yang tidak disukai.
Perkataan empat(4) huruf yang ringkas tetapi cukup mengguris ulu hati dan membakar emosi. Dialog "BABI engkau..." cukup sinonim dan lemak kedengaran bersama "nada" sebutannya. Perkataan dan jenama BABI ini cukup popular walaupun rupa BABI yang sebenarnya tidak pernahpun aku lihat secara "life".
Jenama BABI ini pada pengamatan aku dahulu
merupakan satu istilah yang cukup menggelikan, meloyakan dan menyakitkan.
Sesiapa sahaja yang ditujukan perkataan ini pasti akan menggenggam buku lima dan berakhir dengan pergaduhan seumpama ahli-ahli politik sekarang yang bercakaran antara satu sama lain.
Ya, cukup sinonim tetapi dalam suasana yang berbeza.
Sekitar tahun 1993 dahulu, aku pernah terkena air BABI yang meleleh dan melayang di jalanraya semasa menunggang motosikal Yamaha WCX 2142.
Malang yang "berbau air BABI" kerana tanpa disedari aku telah membontoti sebuah lori yang berpenumpangkan beberapa ekor BABI.
Terasa sejuk sahaja apabila terkena anggota badan.
Mulut tanpa disedari mulai mengeluarkan perkataan sumpah-seranah.
Antara perkataannya..."BABI kau...takda jalan lain ke nak lalu".
Sudah tentu aku menyumpah BABI dan Lori BABI.
Terkena air BABI ini merupakan beban yang teramat berat pada aku.
Yalah, mencari kerja pula untuk menggali "tanah liat" bagi tujuan menyamak.
Habis seluruh pelusuk UPM aku jelajah untuk mencari bukit yang ada tanah liat.
Balik ke rumah, kena pula menyiapkan perkakas mandi.
Bagi mengelakkan perasaan was-was (setan betul), akupun bertapalah selama sejam bagi memastikan seluruh tubuh badan dilumur dengan air tanah liat dan disiram dengan serata-ratanya. Bukankah menyusahkan.
Fobia...fobia...BABI betul!
***** ***** ***** ***** ******