Hmmm... Ramadhan sudahpun melepasi fasa pertengahannya.
Syawal bakal menyapa.
mind
heart
body
soul
Aku rasa frekuensi chahaya sudah makin laju...
sebab itu sekejap sahaja 24jam yg diperuntukan untuk manusia.
pendek sahaja tempoh satu hari.
Mungkin 2 hari sudah di 'compress' menjadi satu hari.
Maka 2 hari dahulu 'bersamaan' dengan satu hari sekarang.
mind
heart
body
soul
Aku sebagai buyer Jusco busy yaa amat dengan launching Festive merchandise, dari cushions, curtains, seasonal ornaments & bla-bla- bla...
dah seminggu aku tak duduk atas kerusi panas di opis tuh...
Asik turun padang out-station store visit memanjang...
ke Johor Bahru, Penang... (Aku pun tak hingin sebenarnya)
mind
heart
body
soul
Aku sebagai ibu, baru 2 hari berbuka puasa dengan puteri tengah & putera bongsuku.
Lantaran mereka berada di Jengka 13, Putri Malu, Pahang.
Ini hari aku akan pulang seorang ke Tikam Batu, Sg. Petani, Kedah untuk beramah mesra dengan putera sulongku.
mind
heart
body
soul
Aku sebagai isteri, saban petang bertolak pukul 6.30 petang, sampai bangunan KWSP KL dekat Laman Tuanku Abdul Rahman (next to Colliseum) aroud 7.10pm sanggup demi berbuka puasa bersama-sama di gerai Bazaar Ramadhan kitaorang di sana...
Kat Jalan Tuanku Abdul Rahman....
malam sahur kat kedai mamak Jasima, Tmn Tun Dr. Ismail.
mind
heart
body
soul
Raya kali ini agak sederhana.
Aku banyak yang hendak dipaparkan...
Tapi semenjak notebook Fujitsu aku rosak data card dia...
Semenjak laptop Toshiba aku screen black-out...
Aku tak boleh berbuat apa-apa...
mind
heart
body
soul
Aku nak terus mencatat & merekod.
Mungkin, kita jumpa lagi selepas Raya yaaa kawan-kawan...
mind heart body soul
*****Salam Eidul Fitri*****
**MAAF ZAHIR BATIN**